Sunday 24 November 2013

MEMORI KURSUS SABAH




Salam kengkawan semua agak lama jugak aku tk menulis sebagai ketenangan jiwa dan raga ini, Ary ni setelah beberapa ary aku nak menceritakan pengalaman aku ke SABAH sebagai penghibur diri ini dan sebagai kenangan yang aku boleh kita semua ingat kira (sweet sweet lah).

Gambar kapal terbang di atas tu, itu adalah satu pengangkutan aku dari AIRPORT KLIA ke SABAH. Alhamdulillah selamat pergi dan pulang, merasa juga aku naik pengankutan MAS setelah agak lama juga aku tk menaiki penerbangan MAS ni almklumlah semenjak ketibaan tiket tambang murah yang dibuat oleh AIR ASIA, ramai yang tertumpu pada syarikat penerbangan tersebut. Pada aku layanan yang diberikan oleh MAS amat berpuas hati berbanding dengan AIR ASIA, antaranya Luggage Air Asia hanya dibenarkan 20kg sahaja manakala Luggage MAS dibenarkan  sebanyak 30kilo.

Perjalanan dari KLIA ke Sabah memakan masa 2jam 30 minit atas kapal. Fuyoo lama nyer aku duduk sambil tenangkan pikiran lupakan segala kesibukan dan macam macam ragam kat Opis tu yang berlaku. Alahmdulillah pergi dan balik aku dapat duduk berhampiran dengan tingkap, maka dapatlah aku saksikan macam macam bangunan, ladang dan keindahan ciptaan tuhan....

Sebenarnya pada mula nya aku nyaris cancel menyertai kursus di intan Sabah ni, macam ni ceritanya, aku sepatutnya pergi kursus tersebut bersama seorang rakan aku yang bekerja di sini, secara kebetulan atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan rakan aku itu terpaksa membatalkan kursus tersebut dengan alasan yang munasabah. Pada mula nya aku terkejut juga macam mana ni, tak kan aku nk menyertai kursus tersebut seorang diri.Setelah berpikir panjang panjang dan sokongan dari boss aku, aku gagahkan diri ini untuk pergi juga seorang diri. Kursus yang aku nyaris nyaris batalkan rupanya adalah satu kursus yang akan aku ingat selamanya..

Back to story again, akhirnya aku sampai jugak ke AIR PORT K.K. Aku sibuk mencari teksi untuk ke tempat kursus, kursus yang memakan masa 4 ary. Alhamdulillah akhirnya aku jumpa gak pengangkutan yang membawa aku ke tempat kursus, yang mengejutkan aku adalah  jumlah tambang teksi pergi dari airport ke Intan Tuaran Sabah adalah sebanyak RM90 dan jumlah tambang teksi pulang dari intan ke Airport adalah sebanyak RM120...perghhh tak pernah dalam hidup aku menaiki teksi yang menelan jumlah kos banyak sebegini..Terasa Seperti Orang kaya pula, In Sya Allah satu hari nanti aku akan jadi orang kaya di Malaysia ini...Aminnnn......

Akhirnya aku sampai jugak ke tempat yang aku nk tujui itu....



Perasaan aku apabila aku tiba, terkejut juga, berjauhan sekali tempat kursus ni dengan bandar. Pastu yang aku dapati rata rata nya adalah hutan, macam last resort inside the forest. Mula mula memanglah aku terkejut
tapi apabila aku bermula pikiran positif seronok rasanya dengan pemandangan menghijau udara yang nyaman lapang dada dan kepala otak aku ni..Tenang Senyap Sunyi...Tapi nak berjalan jalan ke bandar memang tak dapatlah..


                  

Maka bermulalah kursus tersebut, apa yang aku dapati aku amat menyukai kursus tersebut tambahan pula dapat rakan kursus yang paling best walaupon berlainan jabatan, cara dan layanan serta pemikiran mereka yang membuat aku rasa seronok dan menghayati kursus tersebut. Almaklumlah kami di sana di gelar rakan dari semenanjung. Ternyata mereka semua melayan kerenah kami macam kawan yang sudah lama mengenali. Seronok rasanya tak terasa langsung berada di negeri orang walaupon pertama kali aku datang ke Kota Kinabalu.

Aku rasa seronok sekali kerana dapat rakan rakan yang havoc, jenis respect each other serta rakan rakan yang kita semua boleh bergurau senda. Aku dapat rakan baru Iaitu Penghulu ( EN CLAY), Sobri yang aku sangka cina rupanya Melayu, Daisy, Aronika,Hadi, Rady, Izwan, Husin nakal,Ustaz,Arni, Shida dan ramai lagi, yang aku tak ingat nama mereka. Pada yang aku tak sebut namanya bukan bererti aku lupakan kamu semua, tidak jangan ada pula yang beranggapan macam tu, kamu semua tetap dalam ingatan kerana setiap malam kita semua wassap antara satu sama yang lain. Aku harap hubungan kita semua kekal dan senantiasa contact each other.Mengenali korang semua adalah sesuatu yang terindah dalam hidupku. Aku harap sama samalah kita memupuk ukhuwah kita ini hingga berkekalan.

Seronok betul acara yang kita semua menyertai siap dengan diiringi dengan pantun, tembak rakan rakan apa bila mereka membuat presentation, membina Lover Tower oleh kumpulan kitaorg serta lucu juga apabila melihat tower rakan rakan yang lain, ada seperti di atas tower nya ada perahu, main lagu  Sawi sawi sawi, nyanyi lagu personal diri dan macam macam lagi. Yang aku kagum apa bila rakan rakan membuat presentation di hadapan rakan rakan, rakan rakan  yang lain turut menyokong dan memberi perhatian terhadap apa yang dibentangkan bukannya condemm lagi seperti yang berlaku di rata rata jabatan yang lain apabila mereka menghadiri kursus bersama sama..Anyhow kalian semua terbaik, tiada satu pon peserta kursus yang tersinggung semasa kursus dijalankan, semuanya pergi dan pulang di dalam keadaan HAPPY..HAPPY..HAPPY....

Ternyata  kursus Perkhidmatan Pelanggan Berbudi Bahasa mambawa seribu pengertian, Thanks guy n gurls, Di Sini aku upload gambar kursus kita untuk kenangan kita semua sepanjang hayat..

GAMBAR PESERTA KURSUS PERKHIDMATAN PELANGGAN BERBUDI BAHASA INTAN TUARAN SABAH

                     Displaying 20131112_104731.jpg

Yang paling aku tak dapat lupakan dan macam tak percaya juga, gara gara sibuk kursus tu sempat jugak salah seorang dari rakan kita merancang untuk menonton wayang ramai ramai di One Borneo...Citer wayang yang kita orang menonton ary tu adalah citer hantu, tu citer paling latest yang berada di panggung wayang ketika itu. Tajuk citer CARRIE. Tak pernah aku menyertai kursus punyai lebihan waktu menonton wayang. Anywhere terbaik lah guys n gurls. Memang release stress betul.

WATAK CARRIE

            


Di dalam hatiku ini, aku berharap agar kita di pertemukan lagi di kursus akan datang bersama sama kalian, dan aku rasa selepas ini aku tak akan lagi menyertai kursus yang dibuat oleh pentadbiran aku. Aku lebih suka kursus di luar bersama berlainan jabatan, berbeza dari segi ideologi, sosiologi dan pendapat.

Pada pendapat dan penilaian aku, adalah lebih baik aku menyertai sesuatu  kursus berdasarkan minat dan kita rasa bahagia apabila kita menyertai kursus tersebut, daripada kita menyertai sesuatu kursus tetapi hati dan jiwa kita tak dapat menyerap sepenuhnya mengenai kursus yang kita ikuti..Pergi dan balik dari kursus tidak ada apa apa perubahan malah jadi lebih teruk, dan  adakalanya turut menjejaskan hubungan sesama rakan.

BYE BYE SABAH....SEHINGGA KITA BERJUMPA LAGI....




Terdengar Bisikan Mesra,
Kalimah Keramat Bermentera,
Bermulanya Siang Berakhir Malam Ku,
Tak Akan Ku Jemu Menyebut Namamu.

Tiada Batasan Waktu,
Tiada Tempat mu Tertentu,
Di Gunung Di Lembah, Di Darat , Di Air,
Siapa Pun Hamba, Keikhlasan Doa, Keagungan,
Kasih Merubah Takdir.

(korus)
Bila Ku Sedari Diri Disayangi,
Langkah Kaki Ini Semakin Berani,
Bila Terkeliru Ku Ucap Namamu, Terasa Diriku,
Kembali Dipandu.

Engkau Pertama Tiada Akhirnya,
Aku Dalam Kegelapan Engkaulah Cahaya,
Izinkanlah Aku Menumpang Di Sini,
Ku Berserah Diri.

Pada rakan rakan aku, sudah tentu kamu dapat memahami lirik lagu yang berada di atas itu, lagu yang kita nyanyikan bersama sama. Aku pasti teringat pada kamu semua setiap kali lagu itu dimainkan. Bagaimana pula dengan kamu semua adakah kamu juga mempuyai perasaan sebegitu denganku.

Nampaknya sampai di sini sajalah coretan ku untuk kali ini. Di harap sesiapa yang membacanya akan terhibur.







2 comments:

Post a Comment