Wednesday 18 December 2013

SORANG LAGI




As salam apa khabar bertemu kita kembali. Agak lama jugak aku tk menulis, bukan apa kekadang aku rasa blog ni cam bengong jer jadi malas aku nk repair sana sini. Malas aku nak amik port atau malas nk semak kan pikiran yang dah memang semak dengan orang sekeliling......

Ary ni aku nk menceritakan tentang seseorang pada pembaca pembaca blog aku, tapi sebelum itu aku nk ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membalas serta memberi pendapat bernas korang pada aku, aku hargainyer, tak pulak aku ada yang sanggup komen sendiri denganku nak katakan aku dah ada followers tak lah jugak, any where and anyhow tima kasih atas feedback korang yang sangat membina buat diriku ini.....

Mari aku menceritakan sesuatu agar kita semua boleh mengambil iktibar ke atas apa yang berlaku. Macam yang aku pernah, aku  katakan dahulu yang baik jadikan teladan yang buruk amiklah iktibar untuk menuju ke arah kebaikan. Jangan melihat dari satu sudut sahaja. Dalam erti kata lain orang dha naik roket menuju ke bulan, sedangkan ada lagi segelintir dari kita yang masih mengayuh atau mendayung sampan, come on lah guys gurls dunia dah makin maju dah hampir nak masuk wawasan 2020 dah tapi pemikiran tolonglah profesional sikit dan think out of the box. Bukan lah aku nk cakap aku ni bagus or POYO jer mamat ni, bukan macam tu, pada aku kalau pemikiran kita sejajar dengan peredaran masa in sya allah apa yang kita rancangkan di dalam kehidupan kita pasti kita dapat capainya......

Bagini cerita nya, aku menulis hanya sekadar luahan perasaan bukan nk kutuk sana sini, jadi pada pembaca aku harapkan terima feedback positivelah, yang negatif aku ignorekan.Ok get back to main topic.....


Aku punyai seorang rakan, pada mulanya aku anggap dia boleh aku percaya, walaupon sesama jantina. Tapi sejak kebelakangan ni aku dapati rakan aku ni semakin ary semakin berlaku perubahan sikapnya. Ada juga aku bertanya what had happen to you or am i doing something wrong. Tapi macam biasalah tepat apa yang aku sangkakan, tak akan mereka menceritakan apa yang berlaku atau pun be profesional. What past is past.
Aku tak hairan pon nk tegur ke tk nk tegur ker aku dah tak kisah sebab di sini aku rasa kalau kita percaya kan mereka confirm esok kena tikam nyer. Tak  boleh buat kawan sekadar kawan membuang masa boleh.....

Sometimes aku ketawa kecil jugak, nama aja melayu tapi kalau dah berdendam mengalah kan kaum cina atau india. Bukan aku nk salah kan mana mana kaum harap korang jangan salah paham, maksud aku Islam adalah saudara, dan telah dijanjikan oleh Iblis kepada Allah bahawa dia akan sesatkan  umat manusia, alangkah bagusnya kalau manusia ni saling maaf memaafi antara satu sama yang lain. Benar ada satu ustaz tu berkata sedih sebenarnya melihat Kaum Melayu ini sendiri, kurang keakraban sesama sendiri. Banyak faktor kita leh tgk, antaranya restoran kalau restoran melayu nk berkembang pon payah malah tepi tepi restoran tu pon org melayu nk menumpang niaga pon mereka takut cuba kita lihat restoran cina keliling restoran terdapat stall stall kecil kecilan..Aku rasa aku tk mau komen lebih lebih think out of box korang akan nampak apa yang aku nampak?????????( BERSATU KER KITA)......

Berbalik pada citer asal, aku pon hairan ngan rakan rakan aku. Sayang sebenarnya berpotensi tapi pemikiran mereka yang menghalang mereka dari pada untuk terus maju. Aku sedih sebenarnya dengan situasi yang berlaku masalahnyer nk berjumpa ary ary lepas tu dengan tingkah laku mereka pasti lah aku confirm mengetahui some thing happen. Lepas ni aku dah tekad apa apa program yang diaorg buat aku akan tarik diri, adakala kalau semua cara yang kita buat semua tak kena pada mata mereka, cara yang paling bijak adalah kita berundurkan diri ataupun hang on dengan apa yang kita ada..walaupon ada sedikit kesedihan di dalam hati ini, redho ajalah.

Sayang seribu kali sayang kalau kita semua bersatu macam macam boleh lakukan. Aku pon tak tahu  sampai bila keadaan nk jadi macam ni. macam budak  budak sedangkan agong pon boleh maafkan pesalah ni kan sesama rakan. Bukan aku nk kata aku ni bagus sangat ker apa ker, aku senantiasa ingat satu ary nanti kalau kita perlukan pertolongan kita tak tahu sapa yang akan muncul ketika itu. Memanglah ramai manusia atas muka bumi ni tapi kita tak tahu antara berbillion billion manusia tu sapa yang akan muncul, mungkin orang yg kita sangka, mungkin orang yang kita tk sangka sangka, we dont know about it cause it will related each other in this life..

Tak apalah dia nk berubah sikap dia ker apa apa ker, lantaklah dia adaklaa kita terlalu pikir pasal perasaan orang lain pon tak guna jugak sebab mereka bukan nk pikir macam tu, dan zaman sekarang ni tak seperti zaman seperti dahulu. Zaman sekarang ni  kawan pon makan kawan, kalau dulu sejak kecil kita keep in touch sampai ke mati pon still keep in touch. Biarlah budah budak zaman sekarang mereka hanya pikir pendapat mereka aja betul pendapat orang lain haram untuk diterima atau didengar. Pada orang orang seperti ini aku nk tujukan image di bawah ni....

                      
Hahahaha aku rasa inilah kali pertama dalam blog aku ada image seperti itu. Bukan aku  nk marah sesiapa ker apa apa ker, tapi pada yang berkenaan tu udah udahlah, kalau nk membenci aku pon janganlah sampai nampak ke atas muka korang kelakuan korang dan cara korang. Aduhhh profesional lah sikit, and then kot kot kalau korang terlupa adakah islam ajar kita macam ni.

Di sini aku tak cakap aku ni bagus ker apa ker. aku cuma mahu lakukan yang terbaik sebagai umat, sebagai rakan sebagai saudara dan sebagainya. Tapi korang ni ngapa adakala aku rasa cam susah sangat nk buat macam tu..SOMETIMES IN ORDER TO GET BETTER WE NEED TO GIVE SOMETHING BEFORE WE GAIN OTHER THING.....

Pada aku aku dah lama maafkan korang macam aku terangkan ratusan kali, aku manusia wat silap bukan MALAIKAT ker atau GOD OF WAR ker. Jadi pada korang yang masih masih tk mengenali aku, aku tk kisah itu lantaklah korang dengan sikap korang, pada aku aku nk beritahu aku dah lama maafkan korang, dan aku nyer prinsip semalam semalam punya hal lah bro, ary ni ary ni punya hal lah bro..yang korang nk bawak semalam punya  hal pon ke ary ni ary ni nyer hal pon ke ary ni last last kan dah tk dapat buat wise decision..

Kalau tk silap aku Nabi pernah berkata belajar hingga ke negeri Cina. Walaupon aku tk belajar ke negeri cina tapi aku pernah bekerja dengan cina selama bertahun tahun. Pendapat aku lah kalau korang yang aku maksudkan masih tk berubah kalau ke cina ke atau kerja dengan majikan cina ker, ary ni masuk kerja minggu depan dah berhenti kot.. Aku rasa masa tu baru korang hargai hidup korang serta sekeliling korang semua dengan lebih sempurna..

Oklah nampak nyer cukuplah sampai di sini saja hasil nukilan hati aku nie. Kalau aku ada wat silapker salah ker minta ampun awal awal, seperti aku katakan aku pun manusia macam korang punyai hati dan perasaan macam korang , kalau aku tersilap aku pastikan dan cuba supaya tk ulanginyer kembali.. Terpulanglah pada korang korang nk menilainya macam mana...Yang muktamad aku boleh katakan rugi kalau kita semua tk akrab dan hargai antara satu sama yang lain...


!!SEKADAR RENUNGAN!!

MAMPUKAN APA YANG KITA BINA ARY INI BERTAHAN UNTUK HARI ESOK????KORANG PIKIR, KORANG JAWABLAH DALAM HATI KORANG.......








No comments:

Post a Comment