Sunday 11 December 2016

INILAH SEBENARNYA BERLAKU



Salam bertemu kita lagi. Kali ni aku mahu menceritakan habis habis apa yang terjadi antara aku dan rakan aku itu, supaya semua orang tk beranggapan yang bukan bukan kepada aku kelak. Puas aku berpikir berhari hari berminggu munggu sama ada perlu ker aku menceritakan agar satu hari nanti semua orang akan clear picture mengenai diri aku, bukan salah anggap ke atas keikhlasan aku dalam berkawan..

Pada mulanya aku lebih memilih agar  berdiam diri dan lantaklah apa orang nk cakap cakaplah aku tak kisah. Tapi lama kelamaan aku lihat semakin melampau situasi yang berlaku. Aku banyak berpikir mengenai hal ni kerana pada amatan aku benda ni hanya petik jari jer nak settle masalahnya, tapi aku tgk ada pihak yang nk perbesar besarkan akan hal ni jadi pun kenalah mula menulis dan menjelaskan apa yg aku rasa selama ni. Kalau ikutkan aku tak nak berbuat seperti ini tapi keadaan memaksa. Prinsip aku kalau kita berjanji merahsia sesuatu perkara kita akan rahsiakan kerana JANJI adalah satu perkara yang mulia dan kebesaran dengan mengungkap kan perkataan JANJI hanya allah yang tahu dan sebilangan manusia yang tahu menghargai perkataan itu..bukan nyer pergi cerita sana sini...

Begini kisahnya.aku rasa lega dan kurang  stress  pada aku lepas aku tulis atau luahkan dalam blog ni. Aku tk adalah nk katakan yang aku ni pandai tulis blog, blog aku simple aja, tak macam blog yang lain perghh design kaw kaw, sedap mata memandang..Berbalik pada cerita asal, korang semua dan pada pembaca setia aku tima kasih kerana suka apa yang aku tulis dan ada diantara korang yang sms serta memberi moral support kepada diriku, apa yang aku tulis ni adalah luahan dari hati aku, Jaga lah Hati dan perasaan kita sebaik mungkin itu lah kata dari seorang rakan kerja aku yang berada di sini..tima kasih akak....walaupon teguran secara tk langsung tapi penuh bermakna buat diri ini.

Ini yang berlaku, rakan aku, aku dapati masih tidak puas hati dgn aku, sedangkan aku tetap berdiam diri malas nk masuk campur cam budak kecik jer. apa yang berlaku, rakan aku ada berjumpa dengan boss EO  N32 aku tak perlulah aku nk cakap spesificnyer cukuplah hint hint aja. Yang mengejutkan aku dia berjumpa dgn boss aku bersama Sahabat dia dari unit lain siap tutup pintu bilik boss aku lagi, inilah staff pertama dalam opis ni yang jumpa boss siap tutup pintu lagi, pecah rekod.. dan rata rata rakan kerja di sini datang bertanya kepada aku apa citer atau apa kes, aku diam dan masih menjawab ntah  tak tahu pulak aku yang dia gi jumpa boss, termasuklah CC kat tempat keje aku pon bertanya sedemikian juga kepadaku.Cuma aku nk beritahu kat opis ni kita menguap sambil menutup mulut orang tetap tahu juga...Apa yang dia mengadu selama berjam jam aku tak kisah, aku dtg buat keje aku dan cukup masa aku blah....Pada aku tak apalah dia nak mengadu ker apa apa ker aku tk kisah pada mulanya aku harap lepas dia ngadu diri dia akan rasa lega dan dapat  tenangkan pikiran, tapi sangkaan aku meleset ia tk berlaku seperti itu dan berlaku sebaliknya.

Apa yang aku dapati kawan aku ni nk besarkan lagi cerita ni. Pada aku, ni hal personal lainlah kalau aku buat hal kat tempat keje tu lain citer. kali ni lagi dahsyat dia jumpa second boss aku EO N27..Ntah apa benda yang dia cakap aku tak tahu tahu tahu jer rakan kerja ku yang jaga pembangunan siap tanya aku ngapa nk tarik satu line telepon ke belakang. Aku pon hairan juga, tapi aku bukanlah bodoh sgt sampai tak dapt nak berpikir sebab apa terjadi nyer cam tu. sehingga sekarang aku masih berdiam dan tk bercakap apa apa mengenai masalah aku dan dia. Last last aku tanya  pada rakan kerja aku yang jaga pembangunan tu, boleh ker dalam aty aku tak apalah dia nk cam tu kita tunaikan aja, dah tk leh nk bercampur dgn orang dah tk leh bekerjasama dengan aku, ok fine. tapi malangnya tak boleh nk tarik line telepon tu. kerana banyak keburukan antaranya andaikata ada budak baru masuk keje sapa nk ajar dia dan macam mana sesuatu info tu nk sampaikan pada antara satu sama yang lain, dan kalau ada call utk aku cam mana dia nk sampai maklumat tersebut...

Alangkah bagusnya, kalau rakan kerja aku tu lah, jumpa kedua dua boss mintak komputer baru, sudah tiga tahun aku minta dua komputer baru, untuk aku dan untuk dia juga. Supaya kerja kitaorang pon senang komputer pon up to date, bukan dia tak tahu keadaan komputer aku cam mana, dah mula suka jammed dan keadaan komputer dia pon tunggu masa aja cuma tak tahu malaikat maut dtg bila nk amik nyawa komputer ni, kan bagus kalau dia membantu aku dalam hal ni, bersama sama usahakan dapat kan perlatan elektronik yang baru. mesti  best bekerja dangan komputer baru up to date laju dan pantas...tapi lain pula yang terjadi..barulah orang nampak kami bersungguh sungguh mahukan komputer yang baru demi menjalankan tugas dengan lebih mantap lagi...tak adalah asyik aku jer utarakan permintaan dua komputer baru dalam mesyuarat yang aku hadiri...kiranya permintaan itu akan jadi KUKUH....

Korang banyangkan macam mana perasaan korang, kalau rakan kerja korang mengadu pasal korang pada boss. Korang tentu dapat rasakan macam mana gembiranya perasaan tu, macam tu lah yang aku rasa.



Boss aku N27 nak bawak masalah aku ni kepada Pengarah...Giler arr sampai macam tu sekali. Aku tetap bersabar walupon hati aku berkata kata apa lagi rakan kerja aku tu nak, tak henti henti. Aku tunggu gak kalau mereka panggil aku, tapi sampai sekarang mereka tak panggil aku pon, macam aku cakap sapa yang wujudkan semua masalah ni. Yang aku tahu atas nasihat CC maka benda ni terhenti macam ni, kerana benda ni remeh temeh aja wat malu jer kalau bawak ke pengetahuan Pengarah (first staff kat sini yang kes sampai ke tahap itu), bayangkan aku dah masuk keje kat tiga tahun nk mintak dua komputer ganti pon tak dapat dan nk tukar system telepon pon sampai sekarang tk dapat dapat...

Atas nasihat CC, CC aku berkata KESILAPAN RAKAN AKU ADALAH KERANA BERCERITA SANA SINI DAN MEMBAWA ORG LUAR DALAM MASALAH INI..Aku pon bersetuju dengan CC aku..Aku kesian juga pada dia nak aja aku suruh dia hentikan bercerita pasal ni kerana lambat laun pasti mereka mereka ni akan terhidu juga perkara ni. Kalau semua orang tahu hal ni bagaimana, adakah kita semua mampu tersenyum lagi..Aku dah leh nampak kesannya tapi biarlah ia berlaku takut tak berlaku lain citernye pula,selalunya pandangan aku tak pernah silap. Dan sehingga sekarang aku masih berdiam dan tk pernah mengadu apa apa pon pasal dia pada sapa sapa..Sekarang CC pon dah sedia maklum, aku malu gak dan apa leh buat diam dan tunduk muka ke bawah..




Sekarang bekerja pon sudah berlainan. aku dapati ada info yg aku tak dapat, contohnya kalau ada pegawai cuti ker apa apa ker aku tk dimaklumkan oleh dia, sedangkan aku maklumkan kepada dia melalui sms. Aku tk kisah dan bersabar bukan dia yang nk menjawab Mesyuarat bersama Pengarah nanti, aku yang nk menjawab setiap isu, dia hanya menjawab isu yang dibawa ke dalam mesyuarat pentadbiran ...Aku rasa lepas ni mesyuarat pentadbiran pon aku tak akan tahu apa yang berlaku nk ker dia maklumkan kepada aku lagi...sama jawatan sama tempat keje meja pon berkongsi bersama...

Kalau korang berpikir aku nk jatuh cinta ker kepada dia sampai jadi macam ni...Aku ketawa sebesar besarnya dan jangan mengarut..kalau dia anggap aku macam ni, aku tak leh nk cakap apa. Aku anggap dia Best Fren Fren aja, kerana dia tk pergi team building aku pon tk pergi team building kerana tk mahu biarkan dia rasa keseorangan..bukankah seronok ada kawan macam ni.. bukanlah nk katakan aku ni baik sangat cuma nak lakukan yang terbaik atas nama persahabatan......

Yang aku tahu dari rakan dia, suami dia tk suka aku bercakap dengan dia, macam yang dia  cakap pada aku jaga batas batas. erk peliknya aku tk buat apa apa pon. tetiba batas..batas jagung ker apa..Aku nk beritahu kat sini, hingat isteri aku suka ker aku duduk sebelah pompuan, isteri aku  perempuan lagi sensitif dan ary ary  tahu suami dia duduk sebelah pompuan di tempat keje. Kalau nk ikut sensitiflah .Tapi kitaorang berfikir secara matanglah.. Pada pendapat aku isteri aku jauh lagi baik kalau nak buat perbandingan, kerana berjawatan besar dan mix chinese lagi jadi tak ada sebab aku nk jatuh cinta ker apa apa ker dengan sapa sapa, we are gentleman dan isteri aku tahu aku berkawan dan bekerja dengan dia, dulu kawanlah sekarang tak tahulah apa mendanya...bukan isteri aku tk pernah jumpa  dengan suami dia, kita orang pernah aja bertemu tapi kitaorg cool aja anggap rakan kerja.. Isteri aku pon terkejut gak sampai isteri aku pon kena kick dari facebook dia, dia cuma maklumkan suami dia yang unfriend kitaorg, aku tk kisah pon, apalah salah isteri aku kat dia, isteri aku tanya aku apahal dia wat macam ni dan isteri aku tk kisah itu hak  engkau.Isteri aku sound lagi macam budak kecik aja pemikiran dan ni ker bakal bakal EO satu masa nanti.. i have no komen.....Pernah sekali aku dan isteri aku ke PPUM aku terserempak dari jauh nampak kawan aku ni, aku maklumkan pada isteri aku, aku pon smslh kat dia dengan mengatakan isteri aku nk kenal dengan dia dah satu hospital sampai balik langsung tk bersua, Isteri aku diam aja dan cakap apa hal dgn minah ni, macam ni ker rakan kerja aku yang aku bangga banggakan..Aku diam aja pada aku itu hak masing masing...berbeza jumpa dengan rakan kerja aku yang lama...INTAN...Last last aku kena akui rakan kerja aku yang lama lagi best dan keseronokan bekerja tu ada, walaupon ada masalah adakalanya.Standardlah manusia mana yang tk ada masalah...Orang gila aja yang tak ada masalah...Jadi kalau korang pikir aku ni jatuh cinta ker apa apa ker ngan dia silap besar, bukan taste aku pon, uwekkkk... senang aja pada aku kalau nk dapat China Doll, Japannese Doll lagi cun cun aku leh dapat...jadi lu pikir sendirilah...

Kalau ikut kata kata CC aku, aku bersetuju, masalah ni kecik petik jari aja, tapi dah ada tabiat nk besar besarkan hal, nak wat macam mana.Korang jangan silap pula, aku tak paksa pown diaorg diaorang ni kena dengar cakap aku. cuma korang paham lah macam aku cakap tadi sekurang kurangnya 10 tahun akan duduk sebelah aku, jadi mesti kena jaga ikhuwah tu sebaik mungkin..

Sehingga ke ary ni aku tak pernah menceritakn sesuatu yang buruk mengenai kawan aku tu pada sapa sapa. Pada pendapat aku sudah sudahlah  dan aku sedia maafkan dia kerana kita manusia, cukup masa kita semua pergi solat. ingat dosa dosa... Kalau dia terbaca blog aku ni cukup janganlah pergi menceritakan apa apa. Sampai bila dia nk lari dari aku, aku ni senior dia..Persepsi orang  pada kita, kita tak tahu apa apa yang diaorang nilaikan... jadi stop dan berpikiran profesional serta matang... Macam CC aku beritahu kalau seseorang tak leh tgk kita bergaul dengan orang kat opis ni berhenti keje suruh orang tu bayar gaji pada  macam tempat keje ni bayar kita...itulah pesanan CC aku Kesilapan Besar Rakan Aku tu adalah pergi bercerita sana sini..Daripada orang tak tahu orang dah tahu dan boleh mengagak siapa rakan aku ni yang sebenarnya...










No comments:

Post a Comment