Tuesday 20 May 2014

Just Share


As salam di sini aku ingin berkongsi something dengan rakan rakan, pada aku bila aku baca article di bawah yang aku amik dari penulis blog lain banyak makna nyer, dan aku mahu terima kasih pada penulis blog tersebut bahawa aku pinjam saja article beliau untuk tambahan pengetahuan kepada sesiapa yang memview blog aku... Maksud aku ada baik nyer apa yang di sampaikan oleh penulis blog lain yang kita sama sama mahu kan kelainan dan boleh mengambil iktibar.

Apa apa pown aku respect pada Mr Ahmad dalam rancangan TERJAH beliau bersama rakan rakan terjah memang terbaik, sebab aku rasa itulah tugas wartawan, yang aku dapat lihat sesiapa yang kena terjah  jawapan mereka boleh dipercayai dan kekadang aku lihat terkebil kebil mereka nak menjawab sama Mr Ahmad, Michelle dan Azwan Azmi.. Mereka wartawan yang bagus kena mampu manaikkan rating sesuatu rancangan televisyen. Tak dapat dinafikan ramai lagi wartawan yang hebat hebat seperti Karam Singh Walia, perghhh memang tebaik setiap rancangan beliau mesti ada pantun dan kalau dia terjah dahsyat juga. Tidak terkira sama ada beliau terjah opis kerajaan atau pon swasta goyang diaorang BEB... Pada aku otai is otai no one can beat them. Pada aku diaorang ni dah leh di kategorikan sebagai LEGEND patut dapat award tersendiri.

Aku ingin menerangkan bahawa, aku tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa atau punyai niat buruk kepada sesiapa sebagai langkah berjaga jaga sahaja. Tak salah kalau kita menulis asalkan jangan membawa masalah kepada negara dan masyarakat..Aku harap sesiapa saja yang membaca apa yang aku tulis ni memahami apa yang aku cuba sampaikan, kerana macam aku cakap sebelum ni kita manusia punyai cara pemikiran yang berbeza dan pendapat yang berlainan antara satu sama yang lain dan termasuk juga persepsi setiap individu tersendiri.

P/s : Kurangkan Kontroversi Berdiri Atas Bakat Sendiri.....( mesti korang familiarkan ayat tersebut kan kan)

Oklah kengkawan sehingga kita berjumpa lagi...Aku harap korang terhibur apa bila membaca blog aku, kalau korang rasa boring ker menyampah atau apa apa, maka tak perlu baca kerana aku tidak rugi apa apa pown di akhirnya, kepada yang rajin membaca marilah kita sama sama kongsikan ilmu pengetahuan bersama sama semoga kita mendapat syafaat yang berguna darinya...

Sila Baca : Jangan emo

(NOTE : Originally written in August 2011 - thus the outdated roster of journo and portfolio of ministers)

Kebanyakkan kamu benci dengan TV3 kan? Benci membuak-buak macam globul udara yang terbentuk selepas kamu kentut didalam bath tub. Blub blub bunyinya dan bila ianya sampai ke permukaan air, semerbak bau tinja mencabul reseptor hidung. Benci wujud kerana pada kamu Bulletin Utama ialah sebuah rancangan CEREKA yang cuba tetapi gagal to disguise itself as a proper NEWS show. I mean seriosly when was the last time you feel obliged to watch Bulletin Utama? I can recall the exact date.September 11 2001. That was the last time that I voluntarily sit my ass infront of the TV to watch it. These days I will only tune in to watch Bulletin Utama to look at the female sports news presenter. I dunno what's her name is but she is fucking fit. Ha ha!




The fact that a lot of people hates Bulletin Utama is understandable. Most of my friends are Pro Pakatan people and they can't stomach the blatant Pro-BNpropaganda spewed on the telly anymore.

Tetapi ada kepelikkan disini. Tahu apa kepelikkan itu? Kebanyakkan diantara kamu yang pro Pakatan rata-rata katakan wartawan TV3 semua tak boleh pakai. Ramai yang percaya semua "berita" yang dipaparkan TV3 berkenaan parti Anwar Ibrahim and coadalah karya cereka yang layak diletakkan bersebelahan karya Stephanie Mayer di kedai buku. This same people who denounces Bulletin Utama then had no problem watching MELODI on Sundays.




Lepas tu bila ada berita hangat pasal artis so and so korang jugaklah yang paling hangat nak memaki artis so and so di laman media social.



"Eh babi sial Miera Liyena ni.... minum arak! Ya Allah kapirnya kau"

Wait..... wait........ what the fuck is this? Kau kata wartawan TV3 babi anjing. Kau kata berita TV3 tak boleh pakai langsung pasal semuanya fabrikasi. Kau pertahankanLelaki Y dan Lim Guan Beng (inside joke kepada pembaca Twitter sekalian)bermati-matian. Kamu sarankan diboikot semua media arus perdana kerana melaporkan fitnah. Tapi kamu kemudian tanpa segan silu pergi 711 beli Berita Harian untuk sisipanBiPOP setiap Ahad. Bah! Boikot konon!

Mari kembali kepada Melodi. Kenapa bila ada gossip panas dipaparkan dalam rancangan ini kamu cepat percaya? Mudah memaki Artis A pasal kononnya dia minum beer bukan berjenama Barbican di kelab malam. Kamu tahu TV3 ada long history of fabricating crap to pursue their own bullshit agenda kan? Kamu tahu mereka will do anything for a rating kan? Kamu juga tahu Melodi biased macam SPR pasal bila selebriti mereka sendiri yang terkantol tak pula si ASS AHMAD rambut macam BULU ARI-ARI ALLEYCATSpergi TERJAH. Kes Raja Hendon Mastura pakai bikini? NO NEWS. Tapi Fasha Sendalpakai bikini habis dijajanya satu Malaya. Gambar Michelle peluk balak Melayu dia dan kissing NO FUCKING NEWS . Tapi gambar Puteri Sarah Liyana kiss BF di paparkan banyak kali. Fatty McFat Fuck Jalan Jalan Cari Kolesterol saman BF dia pasal tak jadi kawin? NO SHIT SIR I DUNNO WHAT U TALKING ABOUT? . The list goes on dear readers!

See?

So why are we so quick to believe in the gossips featured in Melodi? Oh and a question that I often hear asked by my MELODI hating friends is;

"Eh kenapa orang sanggup layan Melodi eh tapi tak sanggup layan Buletin Utama. Both shows takde kualiti dan berita bohong. So why one is MORE highly rated than the other?"

Aku ada jawapan kepada soalan bernas ini. Simple........ do you know why? I give you a minute. No it is not because of Melodi memaparkan lebih banyak awek hot dan lurah berdendam. Sebab utama kenapa orang suka tengok melodi dari Bulletin Utama ialah kerana tak macam wartawan Bulletin Utama, wartawan MELODI BERANI BERTANYA SOALAN PANAS DAN TAJAM. Ass Ahmad dan Michelle sanggup cari artis sehingga kelobang Saiful Bukhari semata-mata hendak dapatkan jawapan. Mereka tanya soalan direct tanpa mengira hati perut dan juga limfa si artis yang diterjah.

Bezakan dengan wartawan Bulletin Utama. Lepas kes Teoh Beng Hock, Adik Aminurashid , S Kugan dan 2 wanita Singapura disuruh berbogel dahulu ada tak wartawan Malaysia terjah pihak berwajib untuk dapatkan straight answer? AdakahHishamuddin Onn diterjah oleh Pang Chin Fei ketika sedang makan di DOME macamMiera Liyana kena terjah oleh Ass Ahmad? Aku HENDAK SANGAT tengok Hisamuddin Onn terkebil-kebil dan tershitbrix disuruh komen pasal kematian Aminurashid ketika tak bersedia macam Miera Liyana. I bet most of you would love to see this too. Di Unitd Kingdom, menteri dan wakil rakyat keluar rumah sahaja kena terjah wartawan untuk dapatkan jawapan adalah perkara biasa. John Prescott (dulu menteri pengangkutan UK) kena terjah masa lepas balik berjogging depan rumah kerana wartawan mahu jawapan dari beliau mengenai kenaikkan cukai jalan. Berpeluh pakcik tu jawab sampai depan pintu rumah dia.

You know what would be awesome. Orang benci MELODI sekarang pasal wartawannya terlalu obstrusif jaga tepi BIKINI selebriti. Orang benci Bulletin Utama kerana wartawannya tak bertanya THE RIGHT questions kepada Pak Menteri kita tentang isu negara. Here is an idea yang aku nak sampaikan kepada CEO TV3 dan MEDIA PRIMA




Swap duty. Suruh Ass Ahmad, Michelle and Azwan Azmi (same dumbshit yang paparkan berita INCEPTION aku sebagai REAL GOSSIP) . Aku nak tengok depa ada the same TESTICULAR FORTITUDE tak untuk tanya Pak Menteri kita soalan tajam yang kita mahukan jawapannya. Aku termimpi-mimpi tengok Ass Ahmad menolak mikrofon depan muka pengarah SPRM dan tanya

"Kes Dato S dan 12 pegawai kastam tempohari bila nak ada follow up? Kenapa tiada yang diseret ke mahkamah walaupun dah kes dah setahun berlalu?"

I am going to bet that secara automatis MELODI turun rating dan Bulletin Utama pula menjadi show yang wajib tonton.

So TV3..... amacam? Berani?


p/s : Why someone weak? Because a weak man knows the value of strength, the value of power

No comments:

Post a Comment

Wednesday 16 April 2014

MY BOSS


MY  BOSS




As salam bertemu kita kembali setelah lama aku tk menulis apa apa, bukan apa almaklumlah sibuk sikit wat masa ni, menguruskan macam macam hal itu dan ini jadi tk dapat nak meluangkan sedikit masa terhadap blog ku ini. Alhamdulillah setakat ni aku ok ok saja tak ada apa apa tsunami atau ribut yang berlaku pada laluan hidupku in sya allah aku akan menjadi seorang ahli perniagaan satu hari nanti, perancangan itu sudah ada tapi dari segi perlaksanaan masih lagi perlu dipertingkatkan lagi..

Berbalik pada tajuk blog aku ini, aku nak menceritakan mengenai bos yang aku pernah bekerja satu ketika dahulu sehingga kini, macam macam environment kerja yang telah aku lalui n tempuhi ada yang suka duka ada yang gembira sehingga kini mengingatinya dan macam macam lagi. Tapi yang aku tahu sekiranya kita ingin menjadi Golden Boss maka kita perlu mempunyai pekerja yang mempunyai Golden Worker, kalau tidak usahlah bermimpi mahu menjadi boss yang terbaik. Inilah pandangan aku berdasarkan pengalaman pengalaman yang aku tempuhi. Pengalaman yang mengajar serta mematangkan diri aku..

BOSS PERTAMA AKU.......(SYARIKAT JEPUN)

En Mohd Fadzli, Aku Cuma panggil abg fazley, Ini lah boss yang aku berani cakap terus terang yang create aku sehingga sekarang. Memang terbaik. Pada mula nya orangnya bermata empat maksud aku bercermin mata. Strict memang strict aku pon gerun gak waktu  mula mula mahu bekerja sama dengan dia. Sebab tak ramai orang di bawah seliaan beliau, itu yan yang buat aku gentar sikit sebab ramai yang tk boleh nk mengikut cara dia sebab tu tk ramai pekerja bernaung di bawah pimpinan beliau. Pada mulanya aku lihat boss aku ni terror  dalam computer, sebut saja computer mesti projek tu dia akan dapat. Confirm sebab dia memang terbaik dari ladang. Maka bermula lah aku bekerjasama dengan beliau, dalam projek PAPERLESS. 

Setiap sabtu dan ahad aku kena datang opis untuk nak generate time table each machines for the next following week. Mula mula memang aku tk paham sepatah haram pon, boss aku siap datang cakap kat aku dia dah buat enam dah sedangkan aku baru terhegeh hegeh buat dua  time table. Sehingga ada satu projek yang dinamakan ROAD TO JAPAN DAN HUNGARY Negara lapar. Merasa aku jejak kaki kat sana. 



Aku di calonkan untuk membentangkan projek PAPERLESS ni. Kiranya pertandingan setiap department. Setiap Department kena hantar dua kumpulan termasuk department aku. Persembahan itu akan dilakukan di hadapan  Director JEPUN (Mr Onaka). Aku masih ingat lagi kumpulan aku yang terakhir di calonkan tempat ke sepuluh dengan nama kumpulan MAXIMUM IMPACT. Waktu pertandingan itu macam macam soalan soalan pelik yang aku terpaksa jawab dari panel panel penilaian pertandingan.Berpeluh peluh juga aku menempuhi pada hari itu, boleh dikatakan lauk yang sedap pon jadi tak sedap aku makan pada hari tu..First time dalam hidup aku aku mempresentkan projek tu dan tercalon menang tempat terkahir.. Kira alright sangatlah bagi sebuah permulaan yang kecil untuk sebuah langkah yang besar.

Suasana kat tempat kerja ni aku leh katakan seronok rata rata pekerja semua saling tolong menolong,sebab kekadang kitaorg bekerja lebih dari 16 jam jadi hubungan sesama rakan mestilah kena akrab kerana kita memerlukan antara satu sama yang lain. Kalau bergaduh pun boss aku akan cakap pintu pagar depan syarikat tu besar, amik beg tolong blah, kita datang mahu bekerja bukan nk layan korang nyer hal hal personal…itulah polisi atau prinsip bekerja dengan JEPUN.

Boss aku ni ajar aku, sebelum apa yg dia nk aku dah mesti sediakan. Begitu juga apa apa isu aku mesti dah menghantar email kalau aku diam aja asyik nk disuruh aja bila balik kerja sakit jer telinga aku ni. Mesti buat sebelum orang suruh dan confident. Tapi Alhamdulillah lama kelamaan aku dah boleh terima dan seronok bekerja dengan boss yang punyai keazaman yang tinggi sehingga kita pernah makan Maggie bersama sama pada waktu pukul 2 atau 3 pagi siap bawak cili padi potong lagi…Itulah yang dinamakan keseronokkan bekerja. THE FIRST BOSS YANG CREATE AKU.


BOSS AKU YANG KEDUA......(SYARIKAT CHINA)

Boss kedua aku berbangsa cina. Nama Dia Mr Jc Choong. Aku panggil dia Mr JC. Yang unik tentang boss kedua aku ni kalau dia dah mula bercakap macam kekasih aku rasa, ternyata orangnyer lembut n cool. Pada mula nya nak aja aku panggil MR COOL. Kerja dengan dia memang menyeronokkan kerana setiap kesilapan yang kitaorang lakukan boss aku ni akan betul kan dan motivasikan kitaorg. Kekadang tu aku rasa dah macam pensyarah pun ada, nada suara dia memang cam tu konsisten sama ada ketika marah atau tidak tetap steady. Kita orang bekerja macam satu keluarga. Segala apa yang berlaku di tempat kerja kitaorang tiada rahsia antara satu sama yang lain.




Berkat kesungguhan antara kami semua bekerja sebagai satu pasukan, aku dan rakan rakan yang lain telah mendapat bonus 4 dan 5 bulan. Best performance tu. Seronok memang seronok pada masa tu. Pada hujung minggu apa bila kami semua cuti dari tugas macam macam aktiviti yang kitaorg lakukan bersama , antaranya pergi ke PULAU PANGKOR, Makan di HOTEL CASSUARINA, KUALA WOH, Air terjun LATA ISKANDAR. Kiranya trip department aku..Setahun kumpul duit sesama sendiri kiranya ada tabung. Tak adalah asyik kerja aje tapi sedikit ruang untuk diri sendiri berhidur tak ada..

Suasana bekerja dengan syarikat cina ni, memang sibuk kekadang minum pon tk sempat apatah lagi nk gi kencing ker apa apa ker.work is work. Kalau tk suka boleh keluar ramai lagi leh buat apa yang kita buat.Memang lah aku tk pernah kena apa apa. Lagipun kita datang cari rezeki bukan buat hal.  Mungkin itu yang membezakan antara kita dengan mereka, kerana kita menganggap kerja itu satu ibadah apa yang di ungkapkan adalah doa.

Apa yang aku dapat pelajari dari boss ke dua aku ni ialah apa yang berlaku bertindak dahulu yang penting keyakinan mesti tinggi, think out of the box, mesti highlight setiap perkara tanpa disuruh  dan kalau ada apa apa yang berlaku tenang dan hadapinyer slow slow sama ada hadapi sorang sorang atau kita semua hadapi beramai ramai..Bunyinyer seperti ini dan ini apa yang kita praktikkan, senantiasa melindungi nama department, suka atau tidak mesti  menyokong keputusan department, mesti membantu department sama ada suka ataupun dipaksa...

BOSS AKU YANG KE TIGA......(COMPANY SINGAPORE)

Boss aku yang ketiga ni berbangsa india. Time ni aku teruk sikit boleh dikatakan performance aku drop empat warning letter dan aku blah 24 jam. Sebab dari awal awal lagi dia memang tk suka cina n melayu bekerja di bawah dia. Kalau boleh dia nk semua india atau kroni kroni dia yang aku tahu dia pon kerja teruk untuk sampai ke tahap boss. Setelah  aku buat penilaian, dia jadi boss sebabkan pengalaman tanpa punyai apa apa ijazah.  Apa yang aku dapat lihat sejak aku masuk kerja di situ pentadbiran nyer yang kucar kacir, pekerja mogok tk datang kerja. Pekerja report sampai ke kedutaan..Lepas tu macam haram kami semua di soal selidik tak pasal pasal lak tu. FBI pon tk selidik kitaorg teruk macam tu....



Yang pasti bila time kerja kita semua macam anjing dan kucing, sure kena memekak antara satu sama yang lain kalau tk berperang antara satu sama yang lain tk sah. Kesian gak aku tengok operator operator yang ada di bawah department tu. Sehingga ramai yang menangis apa bila aku nk berhenti kerja dari situ.Ramai yang datang jumpa aku dengan mengatakan siapa akan memujuk mereka, memaafi mereka sekiranyer mereka lakukan kesalahan, mempertahankan mereka sebagai anak buahku.. Sehingga kini kekadang aku terkenang kan mereka mereka itu.Pada aku semua orang bagus Cuma terpulang pada kepala yang menerajui sesuatu organisasi.. Kepala memainkan peranan.






Aku percaya untuk mahu menjadi boss yang baik kita memerlukan pekerja yang berdedikasi bukan boss yang hebat tapi masakan punyai pekerja bawahan yang hampeh.. Dalam erti kata yang lain if you want to be a golden boss you must start from your golden worker. Sebelum aku mengangkat kakiku keluar dari tempat kerja tu aku telah menaikan rata rata pekerja yang berada di bawah aku dengan kenaikan gaji yang maksimum. Boss aku pon tk perasan yang aku buat kertas kerja ni bersama line leader aku n supervisor aku kemudian dia approve tanpa memeriksa. Pada aku pekerja pekerja yang menaikan nama sayarikat serta Profit sesebuah syarikat itu. Satu hadiah yang cukup bermakna dari aku untuk pekerja pekerja di bawah seliaan aku.Pada para pekerja aku boleh dikatakan pembela nasib pekerja, pada mata boss aku aku dikatakan pekerja atasan yang teruk lebih dari korup..Untuk pengetahuan korang semua aku blah dari situ dalam masa 24jam.

Suasana bekerja di syarikat ni, boleh dikatakan dalam keadaan huru hara. Semua berlari sana sini tak tahulah apa yang mereka kejarkan. Kejar maut kot agaknyalah…Ramai yang masuk keluar,maksudnya tempat kerja yang tk kondusif.. Aku nk buat macam mana Human Resources tempat kerja ni tk begitu power kalau human resource nyer power sudah tentu akan wujud satu suasana yang berlainan mengikut apa yang sesebuah syarikat itu kehendaki...

Bro n Sis rezeki ada di mana mana saja, apabila kita dekatkan diri pada Allah maka hal hal duniawi akan tunduk sama kita. Oh lupa lak aku bukan aku tak nak mention nama boss aku tu. Anggap sajalah aku bagi hint MR M………..SAN.. Last yang aku dengar dari rakan rakan seperjuangan aku kat syarikat tu  boss lama aku dan diaorang itu dah ditukarkan ke department lain gara gara sistem pemerintahan yang teruk.. Itulah dia yang aku maksudkan punyai  pengalaman tetapi tiada ilmu pembelajaran di dada. Satu situasi yang berbeza..
  
BOSS AKU YANG KE EMPAT.......(SYARIKAT EUROPE)

Boss yang keempat aku ni bernama MR GANESAN..Alhamdulillah dengan kesungguhan team aku. Kami perolehi kenaikan gaji yg maximum. Aku turut meraikan bersama supervisor aku tiga line leader aku yang sangat berdedikasi dan technician aku. Bukan aku nk katakan aku ni bagus ker apa, tapi kalau kita kerja kita kena buat sungguh sungguh kerana pada aku, aku bawa nama department yang aku  bekerja, kalau department yang seronok sudah tentu kita akan bekerja lebih lama malah akan kerja lebih dari 12 jam atau pon rasa cam tk nak balik rumah jer.. 

Kali ni kitaorang merasa pergi ke PULAU TIOMAN. Tambahan pula boss aku berjaya dapatkan kitaorg beberapa dana dari HRDF.. bermalam kita orang kat sana 3 hari 2 malam beramai ramai, kerja kitaorg kat sana makan makan makan. Semua seafood, satu kenangan yang aku create, bukan aku sorang create bersama sama rakan rakan kerja aku.

    

Tempat kerja aku ni memang sejuk, jam 12 tgh hari pon kita org still pakai jacket panas. Al maklumlah orang putih kan tk leh tahan panas. Kekadang waktu aku pergi kerja jiran aku siap Tanya aku sejuk sgt ker tempat kerja abg tu. Aku pun menjawab sejuk kalau tidak aku pon tk akan pakai jacket. Kali ni performance aku ROAD TO THAILAND.. (SAWADIKAP)

Macam macam situasi atau suasana  tempat kerja yang aku tempuhi. Ada suka ada duka. Suasana tempat kerja di syarikat EUROPE ni pada aku ok. Pekerja nya semua berdedikasi dan kalau sebut bab bab cover mengover atau tolong menolong diaorang akan sure tolong sama ada berada di dalam suasana tempat kerja atau ketika berada di luar.. Kalau seorang wat majlis semua orang akan turun nyer. Kalau majlis kahwin kalau tak 15 ke 20 biji kereta tk sah lah kitaorg yang datang..WORK AS A TEAM, CARING AS FAMILY...

BOSS AKU YANG KE LIMA......(SEKTOR AWAM) (Sehingga Kini)



Boss aku  yang ke lima, Nama Dia En Mohd Zaidi. Macam biasa aku panggil boss aku ni, BOSS..Alhamdulillah dan terasa syukur dan yang mengejutkan aku boss aku yang kelima ni. inilah kali pertama boss aku yang mengajak staffnyer ke Masjid untuk menunaikan solat serta terawih bersama dan adakala berbuka puasa bersama sama. Macam macam tempat aku kunjungi moga ianya kekal setiap tahun.Selama ni aku hanya tgk dalam televisyen jer boss mengajak staff staffnye berhenti mesyuarat lalu menunaikan solat lepas tu sambung balik perbincangan diaorang diaorang tu.. mesti korang semua pernah melihat dalam televisyen sekmen tu..Alangkah bagusnya kalau setiap Boss yang beragama islam membuat apa yang telah  Boss aku buat..

Suasana di tempat kerja ni pada aku tk mesra alam langsung. Pada aku lah macam aku katakan sebelum ni setiap org punya cara dan pandangan serta cara cara pemikiran yang tertentu. Di tempat kerja yang baru ini aku tk boleh nak harapkan apa apa yang luar biasa, maksud aku dari segi program luar atau nak menganjurkan apa apa program, baik dilupakan aja niat murni tu kerana pada hemat aku mereka mereka ni hanya tahu pergi keje balik keje, clock in and clock out...Nak buat aktiviti atau apa apa riadah tak akan menjadi, aku pon pelik. tapi kalau mereka bahagia macam tu nak buat macam mana, kita tk leh paksa org ikut cara kita kita hanya boleh menyarankan apa yang lebih baik terpulang nak ikut atau tidak kerana pada akhirnya aku tidak rugi apa apa pown.

Pencapaian yang aku terima dari boss aku ni, adalah aku dicalonkan mendapat anugerah pekerja cemerlang tahun  2013. Mula mula macam tak percaya pulak, selepas solat, aku muhasabah diri alhamdulillah mungkin ada hikmah hikmah yang tertentu dan hadiah daripada boss aku kerana setiap kerja aku yang aku lakukan tanpa merungut. macam macam tugas yang aku buat, yang pasti nama department aku tak ada sapa leh cakap buruk, seperti teruklah apa apalah. Bayangkanlah kalau kita sendiri tak nak jaga nama department kita mana kita pergi pown orang dapat lebelkan kita...Sedar atau tanpa sedari aja. Aku percaya bukan setiap pekerja itu akan menjaga nama baik sesuatu department tu apatah lagi mahu jaga ukhuwah persahabatan sesama sendiri...memang bull shitlah,...kalau ada pon boleh dikira dengan jari jemari ni..



Di sini aku nak maklumkan bahawa boss aku yang aku maksudkan hanya menunggu masa untuk meninggalkan tempat kerja ni. Boss aku sudah membuat surat pertukaran beliau. Yang lebih mengejutkan aku surat pertukaran boss aku tu aku lah yang menghantar ke jabatan pertukaran. Sungguh aku tak sangka dalam ramai ramai pekerja akulah yang menghantar surat tukar tu. Setiap boss ada ragam dan keunikan nyer tersendiri. Bak kata pepatah  yang patah silih berganti yang berganti tak akan sama macam yang patah...Seorang boss yang boleh manjadi kawan, open mind enjoy sesama, makan bersama sama, memberi nasihat yang berguna dan macam macam lagi..

Aku sering teringat ada seseorang pernah menegurku. Di dalam dunia ni kita kena respect empat orang. Pertama Ibu , Kedua bapa, Ketiga Guru, Keempat BOSS kita... Kerana aku percaya setiap dari mereka akan memberi sesuatau atau tunjuk ajar kepada kita semua bukan aku sahaja, untuk kita meneruskan lagi kehidupan di masa akan datang...














No comments:

Post a Comment