Tuesday 20 August 2013

MEREKA TK AKAN BERUBAH






Salam semua ary ni aku nk menceritakan tentang keadaan semasa, Aku harap tiada lagi anasir anasir yang tk sepatutnya atau menggangu aku. Aku bersyukur akhirnya tak ada sesiapa menggangu aku lagi, tapi aku tak tahu lah sampai bila keadaan harus berlanjutan seperti ini. Apa yang aku kena buat adalah supaya hati dan perasaan aku ni kuat dan tk guna memikirkan dan mengambil berat orang yang tk nk berkawan dengan kita..Tak perlu terhegeh hegeh pada mereka dan yang pastinya kerja aku pon lagi senang dari ari ke ari. Agaknya inilah hasil yang aku dapat setelah bersabar hari demi hari..

Aku terpikir jugak adakah keadaan cam ni hanya sementara, pada hemat dan amatan aku keadaan macam ni hanyalah sementara kerana kita tk tahu esok atau lusa apa yang akan terjadi, sama ada kena tikam ker atau ada yang ibarat ayam menyorok kepala tetapi bontot tertonggeng..

Perubahan yang aku dapat lihat sekarang ni, rakan baik aku tu, lebey banyak diam kan diri berbanding dulu, baguslah kalau macam tu, tapi ramai yang mengatakan pompuan ni ada dua mulut, mulut atas dan mulut bawah..aku tak kisah semua tu yang pastu lantak lah mereka, sendiri pikir dah ada kepala hotak bukan kecik lagi...

Semalam aku half day, mengikut keadaan dan undang undang opis ni, aku mesti memaklumkan pada rakan aku sekiranya aku mahu kemana mana. Aku hantar dua SMS, ini SMS yang aku hantar....SALAM AWAK ARI NI SAYA HALF DAY ADA OPPONMENT PPUM HARAP MAKLUM......Untuk pengetahuan korang dua kali sms yg aku hantar tapi satu pon dia tk reply..aku tak hairan untuk nk pastkan dia dpt sms yang aku hantar aku hantar pada kawan baik dia, kawan baik sehidup semati dia tu  dengan sms  yang sama ni ayat sms  yang aku hantar SALAM MAKLUMKN PADA KAWAN BAIK AWAK TU SAYA HALF DAY DAN SURUH DIA BACA SMS DIA......Last last aku maklumkan pada Chief Clerk suruh maklumkan sendiri pada partner aku tu yang aku half day...Korang tgklah benda simple jer tapi tak tahu ngapa  mereka mereka nk rumitkan keadaann jadi parah macam ni..Kalau keje kat syarikat profesional or multinasional dah lama fail terbang ke muka... Tapi biarlah aku tak mahu pikir pon dia nk reply ker tk nk reply ker aku tak kisah kerana pada aku aku dah maklumkan..Mungkin jugak suami dia tk kasi dia reply messsage dgn aku mana lah tahu harap ker apa apa ker...Aku bukan apa cuma geram aja bila pikirkan keadaan macam ni last last aku juga yg diaorg salah kan nk rumitkan lagi keadaan..Sekarang aku dah tk kisah apa yang diaorang nak cakap cakaplah kerana aku dah tk hairan apa yang diaorg nk cakap cakap lah. Aku dah tk kisah kerana aku masih berdoa sehingga ke hari ni..untuk mereka yang pernah menjadi sahabat aku walaupon hanya di mulut akau jer cakap bergitu..biasalah dan bersabar lah wahai hati..





Biarlah aku dah tk mahu berpikir dan kalau aku terpikir pon hanya kenangan yg ada dalam memori aku bahawa satu ketika dulu mereka mereka  ini adalah sahabat baik aku cuma mulut aku jer yang ngaku cam tu, dan rata rata kawan aku cakap bahawa mereka mereka ni tk boleh nk berubah. Ehmmm bukan aku yang cakap rata rata orang yang jumpa aku cakap macam ni..

Seperti yang aku beritahu pada korang semua ini blog aku apa yang aku tulis adalah apa yang aku lalui, kalaukorang tk berminat untuk membaca ker apa apa ker aku tak kisah kerana apa yang aku tulis ni adalah apa yang aku lalui....Tu ajalah aku rasa sampai di sini saja lah utk kali ni. Aku sudahi coretan aku untuk kali ni dengan ucapan minta maaf kalau ada terkasar bahasa ker atau apa apa ker. aku tk bermaksud utnuk tujuk pada sapa sapa kalau sapa yang terasa aku tujukan pada mereka berbuatlah sesuatu...




No comments:

Post a Comment

Wednesday 14 August 2013

PISS OFFF






Bertemu kita semula, dan hari ni aku nak kongsi serba sedikit mengenai apa yang terjadi, kalau ikutkan hati memang aku marah betul ni, tapi bila terima nasihat dari rakan rakan buat apa nk layan orang yg tak memahami dan menyusahkan saja.Ada yang mengatakan bahawa orang macam ni tak boleh nak buat apa apa, apa yang kita perlu lakukan adalah put them one side and leave it and ignore them..kata kata dari Ayahanda BANK ISLAM IPOH....SALUTE....

Di sini aku ada coretkan apa yang berlaku antara perbualan dengan kawan kepada rakan baik aku  tu, satu ketika dululah. Sekarang tidak lagi lah, susah utk aku nk terima dan biarlah satu hari nanti diaorg mengerti niat aku ikhlas...

Yang aku tak paham pompuan ni kononnya nk jadi GODMOTHER, kawan kawan dari facebook aku pon dia sound satu persatu, tapi ala facebook you can say anything and write what ever you one. Am i right..Yang aku tengok kawan kawan aku dari fb pon hentam dia kaw kaw, aku pon tak paham apa motif dia nk buat cam tu tak ada keje nk cari keje rasanya, padahal apa yang aku tulis tk bermaksud pon kepada sapa sapa... Last last aku banned diaorg dari facebook aku. Aku malas nk pikir apa apa pada aku lantaklah bukan menyumbang apa apa pown,  dan aku terkejut gak sejak bila dia jadi SAHABAT kepada rakan baik aku tulah. Itu Ramai yang mudah menyebut sahabat tapi diaorg sendiri tak tahu nilai dan erti SAHABAT tu dan cara cara mempertahankan. Bak kata peapatah yang sering kali manusia ungkapkapkan, bila di depan mata di sepak sepak bila dah tiada di depan mata baru di ingat ingat...

Sebelum aku cerita lebih lanjut biar aku intro serba sedikit....Nick name DEAN adalah nick aku yg aku guna kat FB aku so supaya korang bila baca korang leh tahu mana satu aku reply mana satu kawan kepada kawan baik aku tu yang reply.


XRnis Arnis Assalammualaikum hazarul...awak ni makin lama saya tngk spt tk bersemangat kat kaunter tu. Knp ? Awak dh tegur dura ke ? Status2 awak spt dituju pd seseorg ? Tk baik awak lepas kat situ. Kan sy dh pesan...solat laaa...doa bnyk2. Setiap masalah pasti ada jln penyelesaiannya Sy ada mimpi ttg awak...dlm mimpi awak minta bantuan sy....cuba awak story...supaya sy fhm apa plak yg awak rasa....dura kwn sy...awak pun kwn sy...sedih tngk keadaan awak mcm ni hope awak cpt sembuh k
Wednesday
9:48pm Dean Vinchester Salam XRnis Arnis....tima kasih kerana akhirnya awak sudi membalas sebelum ni tk pernah pown anywhere thanks for ur concern..antara saya dengan dura no komen buat masa ni.satu hari nanti saya akan beritahu apa yang saya rasa. cuma bukan sekarang arnis.. Lagipon saya ni bukan sapa saapa pown pada korang kan...korang ada kisah ker... walau macam mana pon, adura tu rakan saya, jadi walau macam mana pon dia tetap rakan baik saya pada saya.walaupon saya ditendang ker apa ker. apa apa berlaku pada dia saya tetap akan muncul seandainyer saya mengetahui, jauh mana pown saya akan dtg beri sokongan cuma dtg berseorangan atau pon dalam angkatan yang besar..biarlah ni antara saya dengan awak.saya tk putus putus berusaha agar kami kembali seperti dulu..tapi kalau saya seorang pon harap macam tu tak guna gak kan......kerana once saya dah anggap kawan forever pon dia tetap dlm hati saya tk kisah lelaki ker pompuan...kerana susah nk dpt apabila kita dpt kita pertahankan.... pasal mimpi arnis tu, memanglah saya minta tolong, berhari hari saya berdoa, saya pon lakukan kesilapan harapkan kawan kawan nilah yg betulkn saya tapi tak seperti yang terjadi. Arnis since arnis concern pasal saya. maaf kalau saya tersilap. arnis kenapa ada sesuatu pada diri kamu. kenapa kamu tk berbuat sesuatu sedangkan kamu tak mampu nak bawa benda tu. arnis maaf kalau saya berkata atau tersilap badan kamu tetap akan kurus macam ni, sehingga kamu punyai.......waktu maghrib pastikan kamu solat on time jgn lewat seminit pon..saya belajar tk abis tp pandangan saya tk silap.maaf kalau tersilap.kalau betul buatlah sesuatu, kamu yg tahu apa yg kamu bawa. saya dah cuba tegur adura, tapi saya tk mampu dan saya tk terdaya..oklah arnis cukuplah sampai sini..kerana gembira rasanya ada seseorg concern lama berdiam diri sekali ada kawan rasa tk henti nk bercakap..apa apa pun arnis jgn nampak saya sorang saja yang bersalah....wasalam.........harap harap ni antara saya dgn awak..
Thursday
10:10am XRnis Arnis Assalammualaikum hazarul. Hmmm...panjang story awak ni. Saya faham awak anggap dura kawan baik awak. Saya pernah ada kawan baik lelaki. Dah berkahwin pun. Keadaan mcm awak dgn dura...tp saya pujuk dia...sy pujuk " awak cuma saya blh anggap kawan baik je..tk lebih dari itu " selepas tu kawan baik saya nikah dgn org lain....doa sy mengiringi beliau. Sehingga kini kami masih kawan baik Ttg awak kata " Lagipon saya ni bukan sapa saapa pown pada korang kan...korang ada kisah ker..."..... hmmmm salah tanggapan awak pd sy...sy cuba tegur awak...tp awak masam...moody...sy jadi pelik...sy sendiri jika bersahabat mmg jaga erat hubungan. Jatuh bangun sahabat tu....saya sedia di sisi. Tapi awak tk beri peluang pd saya utk bantu awak. Jadi sy perhati kan awak dr jauh. Sesuatu ttg diri saya ? tk mampu bawa benda ? hazarul....salah tu.....sy faham maksud awak. Saya tk menuntut apa2 ilmu hitam. Ilmu yg sy ada apa yg sy pelajari di sekolah2...kolej...dan tmpt kerja. Bab solat mmg saya tk suka lambat2. Saya mmg concern bab amalan saya. Jk sekiranya awak mengatakan saya ada 'benda yg sy tanggung'....awak silap. Kadang2 syaitan mengelirukan pandangan awak disbbkan dlm keadaan awak mcm ni...hanyut dek kerana emosional yg tk blh dikawal. Tu yg sy rasa dan nampak. Awak...berubahlah....sayangkan kerja...rumahtangga...jagalah persahabatan yg sedia ada...yg tiada...biarkan ia berlalu...suatu hr nnt semua ni akan pulih. Percayalah... Allah swt takkan menguji hamba-Nya jika seseorg insan tu tk mampu...sbb DIA tahu awak blh handle...sbb tu DIA uji habis2an... Awak nk saya bantu ke dlm bab awak n dura ? sy sedia membantu sekiranya mengelokkan silaturrahim. BTW, sy bukan mencari kesalahan sesiapa dlm hal ni....kita cari jln penyelesaian. Kadang2 yg saya nampak...awak bnyk bermain dgn perasaan. Boleh sy tanya sesuatu tak ? jujur dgn saya...awak syg dura sbg sahabt atau lebih dari itu ? do answer...
Thursday
5:16pm Dean Vinchester salam arnis. tima kasih kerana sudi membalas, arnis menjawab soalan awak tu, memang lah saya sayangkan adura macam saya sayangkan liza juga, tapi saya sayang sebagai sahabat akrab saya.seperti sahabat saya yg lain. tak bermaksud apa apa atau pon atau ada niat apa apa..kalau kita sahabat yang baik kita tak akan menyokong sahabt kita buat sesuatu yg tk betul dan kita sedih apabila sahabat kita jatuh dan kita gembira apa bila sahabat kita maju, tapi tak semua org yg memahami. Arnis kita nk berkawan biarlah selepas waktu bekerja pon kita berkawan, bukan hanya waktu kejejer kita kenal selepas itu masing masing buat bodo.tapi buat masa ini saya tak mau pikirlah arnis, buat apa nk pikirkan org yg tak mahu dan kita jer terhegeh hegeh. arnis umur kitaorg pon dah meningkat cuma matang atau tk matang aja, saya berusaha nk kita jadi rakan baik. Supaya ukhuwah tu kekal, zaman sekarang ni nk dpt kawan yang betul betul anis sendiri pon tahu cam mana. Kalau tidak tak kan saya boleh mempercayai adura 100%,, tapi itu dulu arnis, silap saya kerana terlalu cepat mempercayai last last padan muka..saya mengerti batas batas pergaulan, hidup ni rumit jadi mari kita penuhi ia dengan kegembiraan.kerana itulah niat kitaorg. sesekali kita epy arnis bagi saya satu sebab kenapa saya boleh mempercayai arnis. dan sejauh manakah arnis jaga kepercayaan itu... Arnis macam saya cakap tempoh hari, adura tu sahabt saya walaupon mulut saya aja yang anggap cam tu, walau macam mana pon dia tetap ada dalam hati saya>sahabt saya empat org. tiga org menjadi seorang tk menjadi.. arnis mengenai pertolongan awak tu, arnis in this world everything have their own price, what is yours by doing to helping me. which at last you gain nothing..why you do that.are you doing that because for someone asking you to help or sincere from your heart arnis kalau arnis nk tolong lakukan lah apa yg arnis perlu lakukan sebagai rakan..laksanakanlah tanggungjawab seorang rakan.. arnis buat masa ni zarul tk mau pikir. biarlah satu hari nanti dia sendiri akan menyedari keihklasan zarul. cukuplah utk ary ni arnis.sehingga kita bertemu lagi....wasalam....

6:57pm XRnis Arnis Hmmm skrg dh clear. Saya tk minta awak percayakan sy 100%. Lebih baik awak percayakan diri sendiri, Allah swt . Sy tk tau apa yg sebenar2nya berlaku. Sy fhm awak cuba berbaik dgn dura di tmpt keje mahupun di luar tp apa yg sy fhm dura kurang selesa dgn cara awak yg memaksa. Suami dia sendiri minta jauhkan diri dia dgn awak. Akhirnya Allah swt bukakan pintu hati dia supaya sedar batas2 pergaulan persahabatan di antara lelaki dan perempuan Jadi di sini sy tegaskan bahawa srlama ini awak memaksa dura n liza ikut apa yg awak fikir n rasa. Itu yg sy fhm ttg apa yg mereka luahkan. Kita semua dh besar n patut matang dlm hal ni. Tp knp jd mcm ni sedangkan sy selesa menjd kawan utk dura n hazarul. Bukan senang sy nk kawan dgn sesiapa pun kerana pengalaman mengajar segala2nya. Sy lebih berhati2. Sy dgr mcm2 ttg awak dan sekeliling yg berdekatan dgn awak tp knp blh jd sampai masuk rekod ? Sy tk suka masuk campur hal org atau menyibuk tp bila sahabat sy down... sy kaji knp dan mengapa...sbb itu sy tanya awak directly dlm ni. Awak tau tk nama sy juga naik pd en.zaidie ? Mmg sy geram tp sy fhm knp jd mcm ni. Awak spt inginkan dunia kawan hanya ada dura,liza n awak...pleaseeeeee be a matured person...she can choose whom she want to be with not to be force. If u don't like me fren with dura n liza...that's your personal problem. Awak xde hak halang kami rapat dan sy tk pernah minta dura tk kawan dgn awak..... Bab knp sy bantu n concern about this ? Tiada siapa yg paksa sy utk berckp mcm ni. Sy tk suka di remote oleh org luar sbb sy suka berfikir & buat keputusan dgn meminta pendapat suami,family...dan lagi satu...awak sendiri kena berusaha tegur dura n dgr apa yg dia nk ckp. Tp jk dia memilih utk diam...lebih baik awak diam dan jlnkan tugasan. Jgn bentak2 or tunjuk protes sampai buat dura tertekan. Sy rasa utk awak berbaik mcm dulu tk mungkin kerana suami dura kurang senang dgn cara awak. Di ofis tegur la mn yg patut tp selepas tu sudah2 la..... Hazarul pun perlu sedar bab ni...Dalam persahabatan....percintaan....tiada paksaan...jika berlaku goyah lah sesebuah hubungan. Wassalam
Thursday
10:49pm Dean Vinchester Salam arnis, ehmmm saya no komen, pada saya awak tak perlulah masuk campur arnis, awak tu pkk sibuk saja hal pkk itu lagi terbaik. Dan awak tak tahu apa apa pown dan awak tk akan clear.. pasal apa yang awak cakap. saya hanya tk leh lihat diaorg kawan ngan orang lain, arnis saya tak kisah diaorg nk kawan ngan sapa sapa pon tu bukan masalah saya bukan saya ni terhegeh hegeh.itu hak diaorg diaorg nk kawan ngan sapa sapa saya tk kisah pon apa diaorg nk cakap cakap arr.do I care now. suka suka aja cakap org tk mature... arnis antara saya ngan dura, I don't care, cuma kalau stress ngan saya mintak tukar, sebelum ni saya ok aja dengan apa yang terjadi, ngapa budak yang baru masuk tk sampai setahun bawak byk maslaah.hal petadbiran saya rasa tk perlulah arnis masuk campur..arnis bukan warga pentadbiran pown..so stay away tu adalah lebih bagus.. saya tahu apa yang dia report, so report lah lagi suruh adura complain banyak banyak.akan tiba satu masa nanti. antara saya dengan dia hanya org yang duduk sebelah saya dari kul 8 hingga kul 5...tak apa tk lama lagi saya pula akan report akan mengadu pada pihak atasan.. macam saya cakap kalau dia nk libatkan suami dia saya tk kisah, suruh dia mintak tukar dia yg tk leh kerja ngan saya. apa suami dia nk dia buat ker apa apa ker, don't care. sudah apa yg terjadi. cakap ngan saya nanti masuk neraka...saya dah tk kisah sebenarnya suruh dia jgn menyibuk sudah..saya tahu sapa saya nk suruh dia tukar, tapi piker sendiri I will never leave... arnis this is my last conversation to you, if I hear n see you interrupt in ptd matter, I will make a report to all the cc and eo . I don't care apa reaksi ptd pada saya. cause selama ni saya berdiam aja. arnis you cakap batas, batas kepala otak dia, batas apa nyer, klau macam tu nasihatkan dia jgn cakap ngan semua lelaki, masuk neraka...mengenai suami dia suka ker tk suka. kalau tk suka make a move...saya dgr macam macam you complain pasal saya. kat ptd tu macam mana nk selindung pasti org ketahui, benda yg tenggelam pasti timbul.... arnis, pasal saya ngan adura itu antara dia ngan allah,,, saya tk mau pikir. cuma pesan kat dia klau tk leh bekerjasama ngan saya make a move. baru msuk pastu nk susahklan semua org. you jgn memandai nk masuk jadi org tgh. once I akan complain I akan refer pada you punya seksyen you tak ada keje ker nk masuk capur hal pentadbiran. arnis I don't want to see any message from you again. it enough kalau ikut hukum ni pon leh buat you masuk neraka. nak ikut hokum pastikn ikut betul betul, if I see you massage again, I will make a complain to both eo n cc, all this while diaorg hanya dgr citer you aja but my story they haven't hear yer... saya tk paham yang arnis nk sebut pasal cinta ker apa apa ker, ingat saya ni aapa. you tell adura saya akan buat hal saya, dan tunggu ajalah lihat apa allah akan beri.... sampai di sini saja arnis, don't message me again. I never complain anything about adura until now, you dua jer yg selalu complain pasal saya.. apa yang you orang buat saya tak akan maafkan you orang.....carilah saya kat sana.... pesan pada adura mintak tukar tu yg terbaik...saya pon senang dia pon senang..saya leh bantu pertukaran dia... sudah kalau ikut hokum nanti you masuk neraka lak sms ngan org bukan muhrim nk ikut hukum ikut betul betul.....beritahu adura saya tk akan berbicara apa apa dgn dia...HARAM IKUT HUKUM MASUK NERAKA NANTI........kalau tak tahu hujung pangkal arnis duduk diam diam saya dah berapa minggu tk ganggu dia. apa lgi dia nk......haram kan bercakap ngan org bukan muhrim.... macam I cakap jgn message I lagi..you message I I akan akan bgtahu pada eo the truth...
Today
8:14am XRnis Arnis Assalammualaikum hazarul. Syabas ! Awak pandang rendah pd sy sedangkan awak sama spt sy hamba Allah swt yg tk punyai apa2. Baru sy nmpk colour awak. Terima kasih hina sy sedangkan sy nk bantu awak. Good job ! Sy sudahpun mempunyai bukti yg kukuh ttg conversation kita. Awwak nk ugut sy kan ? Silakan...make a move...i'll play the game. Baru sekali sy masuk jumpa en.zaidie disbbkan sahabat sy tertekan. Jgn fitnah tk tentu pasal. Saya sendiri tkkan maafkan awak disebbkan tuduhan dan hinaan yg melulu yg awak tunjukkan. Jk awak nk report....go ahead...kerana sy tak takut manusia yg riak dan sombong mcm awak. Ingatlah hazarul whai hamba Allah swt , kita ni manusia biasa. Di dunia hany pangkat yg membezakan tetapi di cc Allah anda tahu anda di mn ? Berdepan dgn sy jika awak benar...jk tidak buatlah kesimpulan sampai bila2. Akhir kata...terlajak perahu blh diundur...terlajak kata bruk padahnya. Wassalam
8:18am Dean Vinchester awak bukti, ehmmmm simpanlah bukti tu, saya pon ada gak bukti apa yg awak katakan tu.awak tk kenal saya lagi. dan awak nk report reportlah.....apa yg saya cakap adalah ikhlas..oklah teruskan lah perjuangan awak
8:20am XRnis Arnis Laaaa kata awak nk report n buat aduan. Sy kata silakan...bukan setakat conversation kita tp awak dan dia... sy pelik knp awak nk cari pasal dgn sy sedangkan nawaitu sy nk bantu baikkan. Simpati je la sy blh beri jkk kata sahabat or title kawan.. awak dh tk layak sy anggap kwn. Soooooooooo pelik
8:29am Dean Vinchester lantak awaklh arnis, cuma saya harap you stay out...awka nk jadikan bukti ker apa apa ker, terpulanglah...sudah this conversation has end
8:30am XRnis Arnis Tau pun. I'll stay out but if my name naik lg.....tau la langit tu tinggi ke rendah till then adios
8:37am Dean Vinchester nama awak naik. awak terus tuduh saya, saya tk pernah pon mention apa apa pasal awak ker atau apa apa, jadi tk apalah kalau awak syak saya ker apa apa ker....ok bye
8:51am XRnis Arnis Nnnnnnnnnnn jgn kacau sy lg tlg laaaaa sy malas nk ckp apa2 punnnnnnnnnnnn

Macam tu lah kisahnya, aku pon pelik hak bila terpikir n baca semula conversation tu, siap tk nk maafkan aku tu, aku tk hairan cuma aku tertanya tanya  bila diaorg sembanyang atau solat dia orang ni tak rasa sesuatu ker, maksud aku sibuk mengejar yang di depan tetapi yang di sisi masih lagi ketidak sempurnaan...Aku kekadang tu nk aja sound jadilah seorang perempuan islam yang sebenarnya, sejuk mata memandang dan tahu menghormati antara satu sama yang lain dan kita hidup ni bukannya berseorangan malah kita hidup bermasyarakat..

Aku pon tk paham dengan mereka mereka ni, kalau ikutkan hati aku aku memang nak ignore diaorang diaorng ni, tapi diaorg tetap datang menyemak dan buat jiwa aku kacau jer. Kalau ikutkan hati akulah aku tak mahu benda ni berlaku dan korang pon paham kan seronok ker berada dalam keadaan macam ni. Pada pendapat aku lah mula mula aku tak leh nk terima  keadaan sebegini tapi setelah di nasihatkn oleh kawan kawan dan adeq aku sendiri kini alhamdulillah aku dah boleh terima keadaan runcing sebegini.Aku semakin hari semakin boleh terima kenyataan dan ini yang aku pelajari, manusia ni terdapat macam macam ragam dan mereka suka sukarkan sesuatu keadaan sedangkan situasi itu sebenarnya simple mana aja.. In the name of human some of the human will act like that...and the rest will act profesional and make thing simple in life.....caya lah trademark aku kali ni...

kalaulah ikutkan apa yang aku nk coretkan, aku dah tk mau bercerita mengenai benda benda ni, tapi semakin aku cuba mengelakkan diri, semakin aku menghampiri benda benda  cam ni, susah tul aku nk lupakan ada jer menda yang datang. Kini aku tekad aku akan terus mendiamkan diri dan tk akan bertegur sapa dalam hal ni seperti mereka mereka  yang pernah menasihatkan aku. Aku mesti berdiri teguh dengan berbekal kan semangat kawan kawan yang masih setia kepada ku yang tk henti henti mendoakan agar aku berjaya di dunia dan akhirat begitu juga termasuk adeq aku yang dimana setiap seminggu sekali kita kan lepak bersama dengan shisha kesayangan dan adeq aku tk putus putus bertanya akan hal ni tanpa jemu serta memberi beberapa dorongan yang berguna kepada diri aku sendiri....RESPECT....

Mesti korang terpikir kan, aku ni lemah sangat ker, bukan lemah cuma kalau benda tu kena mengadap ari ari tk tension dibuatnya.Seminggu, sebulan berbulan, bertahun tahun..kalau korang pon aku rasa leh jadi giler dibuatnya..

Kekadang itu aku terpikir alangkah bagusnya kalau setiap hari adalah hari yang indah. Macam yang aku pernah luahkan sebelum ni. Aku harap ada kalanya semua berjalan baik baik sahaja, almaklumlah sama sama beragama islam. Tapi bukan aku tak mahu berbaik semula, tetapi aku sukar mahu lupakan apa yang berlaku dan terjadi. Walhal aku pernah terpikir sampai bila keadaan harus berlarutan sebegini, ada rakan baik ku dari terengganu pernah berkata aku punyai hati yang lembut dan aku patut bersyukur kerana itu....

Di sini bukan aku nak berkata yang aku tak mahu kembali ke pada ukhuwah seperti yang dahulu, tapi semakin aku mencuba semakin berat rasanya seolah olah dah wujud satu jurang, jurang yang aku sendiri tak tahu nak pecahkan macam mana..Sapa lah yang tak mahu menjawab salam apabila ada orang memberi salam...Tak gitu......Apa yang aku pikir sekarang adalah bersabar dan lihat macam akhirannya....Aku harap  pabila tiba masanya waktu keadaan sendiri akan membuat aku dan dia menyedari segala galanya......................Cuma cepat atau lambat saja yang menjadi persoalanya..











No comments:

Post a Comment

Sunday 4 August 2013

RASA PILU



Kepahitan rakan baik memang menyakitkan  dan melukakan, apatah lagi, hubungan persahabatan yang dibina dengan rakan  baik bagaikan adik beradik...

Namun, rakan baik sama seperti hubungan lain iaitu perlu melalui banyak pahit manisnya...Kata kata (Rakan baik hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok) bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah..

Ada ahli psikologi mengatakan walaupon mempunyai rakan yang baik adalah penting untuk kesejahteraan kesihatan , mental dan fizikal, rakan baik juga boleh membawa kepada perasaan tertekan jika bertukar menjadi permusuhan...Andaian dan pemikiran bahawa persahabatan antara kawan baik akan kekal selama lamanya adalah permulaan kepada kegagalan dan persahabatan..



Waktu aku memulakan persahabatan dengan pemikiran dan jangkaan tinggi hubungan ini akan berjalan manis berjaya..Justeru tidak hairanlah aku sanggup berkorban masa, tenaga serta emosi untuk rakan baik aku itu,sebagai balasannya, aku inginkan sebuah perhubungan yang digelar rakan baik.....Realitinya, apa yang berlaku tidak memenuhi jangkaan ku walaupon berualng kali aku perbetulkan situasi tapi masih tidak berjaya, terlalu berat untuk diriku membuat keadaan pulih seperti sedia kala.

Itulah permulaan kepada segala tekanan yang aku terima, RAKAN yang aku jangka membawa sinar dalam hidup rupanya membawa begitu banyak penderitaan kepada diriku. Walau bagaimana pon pada diri aku dia tetap rakan aku kerana satu ketika dulu dia pernah menjadi rakan baik aku dan aku tak begitu mudah untuk melupakan setiap kenangan masih segar dalam ingatan biarlah walaupon tidak bertegur sapa buat masa ini mungkin stu ary nanti masing masing akan terasa betapa berharganya perhubunganyang digelar rakan


 

Kata-kata bahawa PERSAHABATAN adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman tidak wujud lagi dalam kamus persahabatan..

Sikap suka membantu memang baik, tetapi aku perlu bertanya sama ada kawan baik aku itu selesa dengan pengorbanan dan sikap ambil beratku itu, kerana pada hemat dan amatan aku, aku hanya lakukan tanggung jawab, sebagai rakan, aku mahu lakukan yang terbaik, mungkin aku terlalu melindungi, menjaga dan mempertahankan sehingga terjadi keadaan seperti ini..

Aku mengerti perubahan sikap rakan baik aku itu tidak semestinya datang daripada kesilapan mana-mana pihak.Setiap masa dan saat manusia boleh berubah, aku bangga kalau rakan aku itu berubah ke arah pasitif dan ke arah membawa kejayaan, rakan mana yang tidak seronok melihat kawannya berjaya....Tak Gitu......

Pada saat ini, aku dan rakan baik aku dipenuhi emosi,jadi aku percaya berilah masa dan ruang untuk melihat serta menilai semula persahabatan itu.

Aku tertanya tanya adakah apa yang diinginkan oleh aku selari apa yang di inginkan oleh kawan aku itu????????

Penyelesaian kepada masalah kami berdua adalah mengambil satu proses yang berterusan. Akan wujud tangisan dan tawa dalam proses tersebut..

Aku juga perlu bersedia berkawan dengan orang lain.Bersahabat denagn ramai orang dan mencari rakan baru mungkin dapat mengubat kesedihan yang aku lalui.....

Ada yang berpendapat aku tidak mungkin dapat memaafkannya sehingga akhir hayat.Tiada sapa yang boleh menangani masalah aku kerana sebagaimana bersedianya aku untuk meneruskan kehidupan, aku akan terasa kepedihannya....Justeru itu aku perlu lalui kesakitan dan kepedihan dengan penuh tabah, ada yang menyarankan agar aku perlu mendapatkan khidmat kaunseling bagi mengurangkan tekanan atau aku perlu luahkan kepada orang yang aku percaya. Apabila hati dan emosi tenang, aku perlu cuba untuk memaafkan rakan baik aku itu, Kesediaan aku untuk memaafkan kawan baik aku itu sesuatu yang mulia kerana Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat  buat saudaranya, tapi kenapa akau sajayang berpkiran sedemikian alangkah bagus juga kalau sesama dapat berpikir sebegini...Seandainya aku masih gagal untuk memaafkan rakan aku itu, anggaplah apa yang berlaku mengajar aku atau membuat aku menjadi lebih matang dan berhati hati memilih sahabat di masa akan datang.....




No comments:

Post a Comment