Sunday 4 August 2013

RASA PILU



Kepahitan rakan baik memang menyakitkan  dan melukakan, apatah lagi, hubungan persahabatan yang dibina dengan rakan  baik bagaikan adik beradik...

Namun, rakan baik sama seperti hubungan lain iaitu perlu melalui banyak pahit manisnya...Kata kata (Rakan baik hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok) bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah..

Ada ahli psikologi mengatakan walaupon mempunyai rakan yang baik adalah penting untuk kesejahteraan kesihatan , mental dan fizikal, rakan baik juga boleh membawa kepada perasaan tertekan jika bertukar menjadi permusuhan...Andaian dan pemikiran bahawa persahabatan antara kawan baik akan kekal selama lamanya adalah permulaan kepada kegagalan dan persahabatan..



Waktu aku memulakan persahabatan dengan pemikiran dan jangkaan tinggi hubungan ini akan berjalan manis berjaya..Justeru tidak hairanlah aku sanggup berkorban masa, tenaga serta emosi untuk rakan baik aku itu,sebagai balasannya, aku inginkan sebuah perhubungan yang digelar rakan baik.....Realitinya, apa yang berlaku tidak memenuhi jangkaan ku walaupon berualng kali aku perbetulkan situasi tapi masih tidak berjaya, terlalu berat untuk diriku membuat keadaan pulih seperti sedia kala.

Itulah permulaan kepada segala tekanan yang aku terima, RAKAN yang aku jangka membawa sinar dalam hidup rupanya membawa begitu banyak penderitaan kepada diriku. Walau bagaimana pon pada diri aku dia tetap rakan aku kerana satu ketika dulu dia pernah menjadi rakan baik aku dan aku tak begitu mudah untuk melupakan setiap kenangan masih segar dalam ingatan biarlah walaupon tidak bertegur sapa buat masa ini mungkin stu ary nanti masing masing akan terasa betapa berharganya perhubunganyang digelar rakan


 

Kata-kata bahawa PERSAHABATAN adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman tidak wujud lagi dalam kamus persahabatan..

Sikap suka membantu memang baik, tetapi aku perlu bertanya sama ada kawan baik aku itu selesa dengan pengorbanan dan sikap ambil beratku itu, kerana pada hemat dan amatan aku, aku hanya lakukan tanggung jawab, sebagai rakan, aku mahu lakukan yang terbaik, mungkin aku terlalu melindungi, menjaga dan mempertahankan sehingga terjadi keadaan seperti ini..

Aku mengerti perubahan sikap rakan baik aku itu tidak semestinya datang daripada kesilapan mana-mana pihak.Setiap masa dan saat manusia boleh berubah, aku bangga kalau rakan aku itu berubah ke arah pasitif dan ke arah membawa kejayaan, rakan mana yang tidak seronok melihat kawannya berjaya....Tak Gitu......

Pada saat ini, aku dan rakan baik aku dipenuhi emosi,jadi aku percaya berilah masa dan ruang untuk melihat serta menilai semula persahabatan itu.

Aku tertanya tanya adakah apa yang diinginkan oleh aku selari apa yang di inginkan oleh kawan aku itu????????

Penyelesaian kepada masalah kami berdua adalah mengambil satu proses yang berterusan. Akan wujud tangisan dan tawa dalam proses tersebut..

Aku juga perlu bersedia berkawan dengan orang lain.Bersahabat denagn ramai orang dan mencari rakan baru mungkin dapat mengubat kesedihan yang aku lalui.....

Ada yang berpendapat aku tidak mungkin dapat memaafkannya sehingga akhir hayat.Tiada sapa yang boleh menangani masalah aku kerana sebagaimana bersedianya aku untuk meneruskan kehidupan, aku akan terasa kepedihannya....Justeru itu aku perlu lalui kesakitan dan kepedihan dengan penuh tabah, ada yang menyarankan agar aku perlu mendapatkan khidmat kaunseling bagi mengurangkan tekanan atau aku perlu luahkan kepada orang yang aku percaya. Apabila hati dan emosi tenang, aku perlu cuba untuk memaafkan rakan baik aku itu, Kesediaan aku untuk memaafkan kawan baik aku itu sesuatu yang mulia kerana Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat  buat saudaranya, tapi kenapa akau sajayang berpkiran sedemikian alangkah bagus juga kalau sesama dapat berpikir sebegini...Seandainya aku masih gagal untuk memaafkan rakan aku itu, anggaplah apa yang berlaku mengajar aku atau membuat aku menjadi lebih matang dan berhati hati memilih sahabat di masa akan datang.....




No comments: