Sunday 28 July 2013

Raya Akan Tiba





Salam bertemu kita kembali, ary ni aku nak menceritakan sesuatu kepada korang korang semua, Lima hari lepas apa bila pulang dari bekerja around kul 5 cam tu, aku memandu kenderaan mengaharungi jammed yang memakan masa dua jam lebih untuk sampai ke rumah.. Actually aku seorang yang periang dan banyak bercakap tapi keadaan di opis yang aku memaksa aku diam seribu bahasa.Aku tak mau pikir salah sapa, cukuplah, pada aku biarlah tengok ajalah apa akan terjadi, jadi aku menulis blogg ini seolah olah aku dah berbicara dan bercakap tak adalah lapan jam membisu jer...





Berbalik pada citer yang aku nk sampaikan, waktu aku drive, aku test semua channel radio kononnya cari channel yang best best arr katakan, sedang aku sibuk duk test satu satu channel, muncul lah channel radio SURIA FM...lama jugak aku layan lagu yang di mainkan oleh DJ tersebut.Mesti korang semua nk tahu lagu apa yang dimainkan oleh DJ tersebut..Sabar sabar aku tengah menulis ni.

Lagu yang dimainkn oleh DJ tersebut banyak membuat aku terpikir sejenak dan amik masa lama juga. Apa lagi lagu rayalah, lagu yang penuh banyak kata kata kemaafan. Begitu Syahdunya lagu raya kita, berbangga aku seorang menjadi seorang Islam, dan rasa tak sabar pula nk beraya..

Aku lihat ramai yang dah mula membeli belah , membuat persiapan dari segi kelangkapan dan kuih raya serta macam macam lagi. Seronok aku melihat ragam ragam ragam manusia, tak ada yang lebih seronok daripada melihat wajah keseronokan mereka, tambah tambahan lagi kanak kanak kecil yang begitu taksub nyer mereka dengan bunga bunga apa yang di jual di pasaran, membuatkan aku teringat sewaktu aku kecil dahulu dengan meriam buluh dan stok stok  mercunku  yg tak pernah putus putus tu. Apa macam korang korang semua besar tk meriam buluh aku, satu kampung bergegar.



Aku terpikir alangkah bagusnya Allah s.w.t mewujudkan hari raya, kalau tidak aku rasa ada yang tidak mengenali antara satu sama yang lain apatah lagi, saling maaf memaafi.Aku lihat itu lah keunikan pada hari raya, setiap hari raya adalah hari umat islam meraikan kemenangan setelah  berpuasa selama sebulan, dan mereka semua akan  bersalam salaman antara satu sama yang lain, kunjung mengunjungi, mengeratkan silaturrahim dan hari yang juga mengingat pada mereka mereka yang telah kembali kepadanya...Andai kata kalau tiada hari ni, aku yakin kita semua akan buat hal masing masing, silap silap sanak saudara, jiran tetangga pon kita tidak mengenali, lebih lebih lagi hidup di bandar, yang sering kali diaorang cakap MIND YOUR OWN business..Aku harap pada yang membaca ini cuma pandangan aku, aku tak bermaksud nak tujukan pada sesiapa, macam aku cakap sebelum ini kita semua punyai persepsi yang berlainan dan buah pikiran yang berbeza..Kalau sesiapa tersinggung aku minta maaf yer...




Tetapi dalam kita semua sibuk bergembira, aku terpikir jugak akan kesilapan kesalahan yang aku lakukan sama ada secara sedar atau tanpa sedarinya. Ia membuat aku terpikir sejenak. Patut ker aku yang mula kan ucapan maaf walaupon dah  banyak kali aku melakukan, atau pon patut ker aku menunggu, tak dapat dinafikan bahawa rata rata rakan rakan aku suruh aku jangan amik port kerana aku dah lakukan yang terbaik dan hanya aku yang terlalu memikirkan akan hal ni..Hmmmmmm aku berpikir berpanjangan, adakah boleh mengikut pandangan diaorang diaorang ni atau pon aku perlu lakukan sesuatau, ataupon lebih baik berdiam diri sahaja dan lihat sahaja akhiran nyer macam mana..Adakah kita dapat meraikan hari raya dengan penuh makna sedangkan masih ada lagi tanggungjawab yang belum dilaksanakan.

Pendapat aku, walau macam mana pon kesedihan kita, walau di mana pon kita berada, hari raya kita semua mesti sambutnya dengan penuh gembira, walaupon dalam setahun kita  berdepan dengan pelbagai rintangan biarlah satu atau dua hari adalah untuk hari kita terus senyum buat diri kita. Bukan kah seronok dan suka nyer hati ni apabila korang melihat budak budak kecil memakai baju raya yang cantik cantik dan diaorang senantiasa epy sambil sibuk mengutip duit raya sana sini..Tak ada yang lebih indah apa bila melihat satu dunia umat islam menyambut hari lebaran..Hari yang penuh makna, ada kala hari yang penuh bersejarah buat seseorang...

Kira punya kira, lagi lapan ary jer Syawal menjelang, aku pon dah mula shopping tak adalah shopping kaw kaw  sangat hanya beli keperluan keperluan yang perlu bukan kah berjimat cermat  tu bagus dam kebanyakkan aku membeli kuih raya kerana aku suka makan kuih raya, terutama kuih cornflakes, aku pon tak tahu ngapa aku pantang jumpa kuih raya tu, terlalu sedap buat diriku. Alhamdulillah time time raya cam ginilah rata rata offer pakian yang harga nyer mahal kita leh dapatkan dengan harga yang murah...

Oklah nampak sampai di sini saja untuk ary ni, aku harap walaupon di mana jua korang berada ary raya mesti epy jgn sedey sedey dan lebih afdhal kalau kita bermaaf maafan kerana ary raya lebih dikenali hari kemaafan antara satu sama yang lain. Aku tahu walaupon kita susah mahu maafkan seseorang tu, tapi siapalah kita nak menghukum antara manusia, silap silap satu ary atau tiba nyer waktu kita pasti meminta tolong pada sesiapa saja yang berada tika tu. Kita tidak dapat meramalkan esok lusa apa akan berlaku. Macam aku sendiri dengan apa yang berlaku pada diriku dan persekitaran, aku sendiri pon tak tahu nk mulakan macam mana, tapi aku tak henti henti doa kepadanya  agar perkara positf akan berlaku. Mesti korang tertanya tanyakan aku ni perfect ker, di sini aku pon cam korang jugak dah nama manusia. we are same, cuma aku  mahu lakukan yang terbaik saja di dalam kehidupan, aku pon percaya korang jugak begitu.













1 comment:

  1. Bila dah buat luahan, tentu hati lebih tenang kan? Andai itu membantu, teruskan.

    ReplyDelete