Sunday 21 July 2013

Aku Dan Adik




Salam...Ary ni aku nak ceritakan mengenai aku n adik aku.. Aku rasa cukuplah asyik coretan yang sedey sedey jer, kali ini aku cuba menceritakan sesuatu yang menarik harapan aku cam biasa agak yang pembaca terhibur kalau tk terhibur pon duk diam diam aja.

Aku dan adik aku memang rapat. Sebelum aku menceritakan lebih lanjut aku rasa baik aku intro sedikit mengenai latar belakang kitaorg. Nama adik aku Tn Hj Hafizul Faris in Sya allah kalau semua ok mengikut perancangan DR Tn Hj Hafizul Faris dan nama aku pula Tn Hj Hazarul Anan...Adik aku ni terror main game terutama PS3 kegemaran dia KILL ZONE dan GOD OF WAR...nama Glamour dia lebih dikenali HIGHWAYMANZUL..Masuk aja dalam KILL ZONE korang leh jumpa dia bermaharajalela dalam game tu. Mana kala aku tak lah addict sangat ngan game game ni, paling aku minat game God Of War, aku kalau sudah  main game lain confirm pening kepala dan silap silap mungkin masuk hospital tapi berbeza ngan adik aku dia kalau main non stop aku tgk ok jer dia tak ada sympton sympton sakit kepala....



Aku bersyukur kerana hubungan aku dan adeq aku cukup akrab, tak macam orang lain yang aku tengok, antara adik beradik pon bergaduh sana sini, ada yang bergaduh sampai masuk balai polis pon ada..Aku pon tak tau lah diaorang diaorang ni macam mana. itu semua tak penting yang penting aku dan adik aku sehingga kini alhamdulillah. Kami membantu antara satu sama yang lain, berpasukan bersama sama, back up each other sama ada suka ker atau tidak suka, melindungi antara satu sama yang lain sama ada terpaksa atau dipaksa, menyokong antara satu sama yang lain di setiap masa dan yang aku dapati kalau aku dan adik aku dan bekerjasama ramai orang tak boleh berbuat apa apa, itulah power nyer kitaorg.

Aku dan adeq aku ni ada satu tabiat dan tradisi, korang mesti tertanya tanya kan, tadisi kitaorg adalah setiap malam sabtu kita akan akan pergi lepak lepak kat kedai sambil menghisap sisha, pada aku aku setuju sangat kerana waktu inilah kitaorang akan berbincang sambil tukar buah pikiran dan dapat melapangkan diri setelah penat semingguan bekerja.. Tak dapat dinafikan shisha yang dibuat di kedai tu memang terbaik dari ladang. Untuk pengetahuan korang semua, aku dan adik aku kali pertama kita orang menghisap shisha waktu kita orang berada di Arab Saudi....Itulah detik detik pengenalan Shisha dalam hidup kitaorang, tapi untuk pengetahuan semua kitaorang tak adalah addict sangat aku hairan juga apa bila rata rata manusia cakap addict lah apalah, aku tak tahu berdasarkan  apa yang menyebabkan mereka mereka tu cakap cam tu,ada yang cakap tak baik untuk kesihatan, aku hairan juga aku n adik aku bertahun tahun menghisap shisha kesihatan kitaorg tip top tak ada sympton sympton yang tk menyenangkan, malah kitaorang makin bijak... tapi aku tak nak ulaskan apa apa sebab semua orang ada pandangan masing masing dan terpulang lah apa yang korang nak pikir..Kalau korang pikir cara positif positif lah kalau negatif negatif lah....Tul tak??





























Sebenarnya adik aku banyak membantu aku dalam kehidupan seharian aku, kalau korang tgk adik aku korang mesti cakap punya macam dia bodyguard aku ker. Antara aku dan adik aku kita orang tak ada berahsia punya.Sama sama gi thailaid, sama sama tengok show, sama sama usha awek dan macam macam aktiviti yang kita orang buat bersama sama.Kita orang masing masing open mind dan kalau dah berjumpa memang happening and havoc arr.. Kebanyakkan perancangan kita orang bersama sama, bukan kah berdua itu lebih baik daripada berseorangan..

Dan tak lama lagi kitaorang akan ke Sabah Tawau bersama adeq aku, inilah program yang paling latest, tak sabar aku tunggu ary tersebut dan tak tahulah apa havoc akan berlaku kat sana, yang aku tahu macam macam program yang akan kami tempuhi. Untuk pengetahuan korang aku selalu POW adeq aku, almaklumlah menggunakan kuasa yang terdapat pada aku iaitu ABANG BESAR...anywhere tima kasih di atas segala galanya...moga murah rezeki untuk kita berdua selalu hendaknya.

Tak lama lagi syawal nak menjelang, aku lihat adeq aku dah mula shopping begitu jugak dengan aku, kereta adeq aku dah service cuma kereta aku jer belum nk service lagi in sya allah 03/08/2013 aku kan service kereta aku macam macam yang kena perbaiki maklumlah nk jalan sana sini kereta mestilah kena tip top dan In Sya Allah bulan 12 aku mungkin ke Terengganu, tempat yang aku tk pernah sampai lagi.. Sebut aja pasal nak raya, adeq aku keluar dengan rancangan yang giler, adeq aku ada mencadangkan nak membakar lemang di Negeri Sembilan, inilah kali pertama dalam hidup aku membakar lemang di Negeri Sembilan..aku dan adeq aku serta 15 batang lemang.Lemang kitaorang buat memang terbaik aku tak dapat nafikan walaupon aku dah beli merata rata tempat  antaranya, Area Kuantan, Negeri Sembilan, Perak dan banyak tempat lagi, lemang yang keluarga kitaorang jugak paling sedap.. Bincang punya bincang aku yang kena bawak batang lemang tu ke negeri sembilan, kalau aku tk dpt bawak buluh buluh lemang tu korang paham paham lah apa yang terjadi. Tapi In Sya Allah benda yang baik akan dipermudahkan oleh yang ESA, tunggu dan lihat ajalah..Minggu depan aku akan mencari buluh buluh lemang tu..






Oklah nampaknya sampai di sini saja coretan aku untuk kali ini, dan In Sya Allah aku akan menulis lagi di masa akan datang.




No comments: