Tuesday 16 July 2013

Bermulanya Sebuah Kisah






Ini blog aku yang pertama, aku lebih mengambarkan diri aku seperti gambar di atas. Walaupun nampak ganas tapi ada sikit kelembutan di dalam setiap perkara, begitulah juga manusia di atas muka bumi ini.terdapat macam macam ragam kekadang sampai aku sendiri pown tak memahami, kekadang aku rasa sayu dan kasihan pada mereka, kekadang aku rasa tk kasihan langsung, tak tahulah ngapa apa perasaan cam gitu.. Maka bermula lah sedikit coretan mengenai apa yang aku lalui dan sedikit falsafah serta prinsip kehidupan yang ada pada diri aku ini.

Orang yang paling rapat dengan aku bukan lagi kawan kawan, walaupun kitaorang duduk satu tempat kekadang langsung tak bertegur sapa selama mana aku sendiri pon tak tahu, diaorg ada keje diaorang sendiri jugak jadi tk perlulah aku nk salah kan diaorg sebab masing masing ada life dan aku tgk pon diaorg seronok aja kalau aku tiada bersama.Tak apa lah aku dah tak nak harapkan apa apa, biarlah apa yang berlaku setiap memori yang indah akan aku ingati walaupon pahit aku kena terima jugak..

Setiap manusia dalam dunia ini Allah uji dengan pelbagai MASALAH, bagi aku setiap kali ada masalah, aku takkan terus refer ke manusia itu, manusia ini, tetapi dalam hal aku aku buntu dan aku terus refer kepada sesiapa saja untuk mencari jawapan bagi setiap persoalan yang wujud dalam pemikiran aku.Buat apa aku nk pergi dekat orang yang tak mahu tolong dan aku dah tahu tak akan membantu.Pada aku masalah tetap datang dan pergi cuma terpulang pada diri setiap manusia nak tangani dan akhiri nyer macam mana. Pada pendapat aku kalau kita think wisely in sya allah kita kan akhiri dengan senyuman kalau kita tk dapat nk berpikiran wisely maka akhiran pikir sendiri lah

Sebenarnya pelbagai dan macam macam peluang pekerjaan yang lebih baik aku dapat, tapi bila terkenangkan rakan yang di mana kami tekad bersama sama untuk berjaya, aku menolak setiap tawaran itu dengan keikhlasan. Pada aku tak apa yang penting tk hilang rakan, biarlah slow slow menuju ke puncak kejayaan yang pasti cepat atau lambat aja perjalanannya, aku yakin dan akan rasa seronok apa bila melihat rakan aku tersenyum puas bersama sama aku menikmati kejayaan..Tapi seperti yang aku katakan itu semua adalah satu ketika dahulu, dan apa yang aku lakukan sia sia saja. akhirnya jatuh terduduk tanpa berkata kata.

pada aku kawan adalah kawan, sahabat adalah sahabat, teman adalah teman kawan baik adalah kawan baik. kawan yang pernah jadi kawan baik aku, yang aku beritahu itu ini dan macam macam lagi kini hanya tinggal kenangan, semua yang terjadi hanyalah sekelip mata dan aku tak tahu macam mana nk cari penyelesaian. Ramai yang beritahu pada aku bahawa lupakan tk guna pertahankan kalau org dah tk mahu kat kita...

Aku terpaksa untuk harungi dugaan dan cabaran yang baru pada aku, walaupon sungguh sakit untuk aku tempuhi aku terpaksa redah jua. Dahulu aku lebih mengutamakan rakan, aku sanggup buat apa sahaja atas nama kawan. Tapi kini hanya tinggal kenangan sahaja sebagai hiburan diri. Banyak cara dan macam macam yang aku lakukan untuk pulihkan semula keadaan, semua cara atau method yang aku guna semua temui kehampaan, akan benarlah bak kata orang tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Rakan yang dahulunya aku hormati aku sayangi, aku dan dia  menjaga antara satu sama yang lain dan macam macam lagi yang kami lakukan atas dasar tanggung jawab sebagai rakan, kini apabila bersua seolah olah kami semua tidak mengenali antara satu sama yang lain.Ukhuwah yang terjalin lama hancur macam itu saja Aku terpikir jugak sampai bila keadaan harus begini Walau macam mana pon aku masih bersabar moga di suatu ary nanti akan terlihat keikhlasan aku di dalam perhubungan yang dinamakan RAKAN....AMINN...


.
Aku pon sebagai manusia ada lakukan kesilapan bukanlah nk cakap yang aku ni perfect sangat tak adalah, jadi aku sedar sebagai manusia yang normal aku tk leh lari dari dugaan. Ramai antaranya suruh aku bersabar dengan apa yang aku lalui bersama rakan aku. Pada aku rakan rakan lah naikkan aku rakan rakan lah yang jatuhkan aku.

Sekarang aku tak tahu nak buat apa,  ternyata sekali keadaan seperti ini sudah tentu tidak menyeronokkan, ada yang mengatakan SILENCE IS THE BEST MEDICINE..Aku tak sangka bahawa hanya aku saja menganggap rakan padahal sebelah pihak lagi tk pernah menganggap seperti apa yng aku pikir.Dahulu kami berbual bual bekerja seperti satu pasukan kongsi suka dan duka tapi kini hanya  SENYAP, SUNYI,SEPI..


Pertemuan kita di suatu hari
Menitiskan ukhwah tang sejati
Bersyukurku ke Hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci


Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua


Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba Mu


Mencari hidayah daripada Mu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati Hamba Mu
Di atas perpisahan ini


“Teman, betapa pilunya hati menghadapi perpisahan Ini.
Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama. Semoga
Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini. Teruskan
Perjuangan”


Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba Mu


Senyuman yang yersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu


Semoga, Tuhan berkatimu

Pernah dengar orang berkata kata ( Antara lelaki dan Perempuan tak boleh jadi kawan baik) aku tak percaya kalau dah namanya kawan sepatutnya mesti ada kepercayaan antara satu sama yang lain, prinsip aku apa bila berkawan aku akan lakukan bersungguh sungguh, kerana aku percaya sekarang adalah masa untuk aku cari kawan yang boleh menangis bersama biarpon berlainan gender. Tapi akhirnya aku yang menangis keseorangan.Pada aku aku percaya kalau betul ikhlas kita berkawan kita akan pertahankan dan menyokong antara satu sama yang lain, kita akan pastikan rakan kita sama sama kecapi kejayaan di dalam kehidupan yang penuh mencabar ini....




No comments: