Tuesday 23 July 2013

ERTI KEKECEWAAN





Salam semua bertemu kita kembali hendaknya aku harap kepada pembaca pembaca yang membaca nukilan aku ni tak rasa boring, kerana aku percaya masing masing punyai citarasa yang berbeza kerana kita manusia jadi setiap benda kita semua mempunyai pemikiran dan cara tanggani sesuatu perkara mengikut kehendak masing masing..

Siapa yang tak pernah kecewa. Tipulah kalau korang tak pernah rasa kecewa, Sehebat mana, sekuat mana pon kita, sesempurna mana pun hidup kita, kita mesti rasa kecewa, kalau boleh tak nak tahu pon maksud perkataan tu, tapi bila dah kecewa rasa macam macam ingin kita lakukan dari segi baik dan buruk



Ary ni korang mesti tertanya tanya kenapa tajuk blog aku mengenai kekecewaan. Aku paham kita semua punyai satu  perasaan yang telah disediakan oleh yang ESA dalam diri kita. Jadi kita tak boleh lari dari perasaan sedey, gembira, gemuruh, marah serta macam macam lagi.

Tak siapa memilih untuk kecewa, namun ia datang tanpa kita menduga, seperti ku sangkakan hujan tapi taufan datang melanda, tanpa membawa sebarang tanda atau amaran kepada kita terlebih dahulu.

Kecewa dalam meniti perjalanan hidup adalah satu uhian dan dugaan yang perlu kita tempuhi dengan sabar kerana ia merupakan satu ujian dan dugaan kepada diri kita agar kita menjadi insan yang tabah di masa akan datang. Semua itu merupakan satu ujian dari Allah bukannya satu beban pada diri walaupon kita sering kali ingat ianya adalah satu beban, adakala ia dapat membuat kita menyedari yang kita ini sentiasa bersyukur dan ingat pada sang pencipta. 

Aku percaya ada masa, kita perlu di ingatkan mengenai tujuan sebenar atau asal usul sesuatu perkara.

Kecewa tak bermakna kecundang, ia cuma penyataan emosi yang biasanya hadir apabila kita gagal mencapai sesuatu pada ketika itu, bukan untuk menanggung selama lamanya sesuatu kekecewaan itu, masih banyak jalan atau cara yang boleh kita lakukan dengan bermunajat, memohon hidayah darinya semua itu dapat dilakukan dengan tiga huruf iaitu DOA, supaya kita dapat memilih penyelesaian yang betul, kita jangan terlalu degil  untuk menerima teguran dan pendapat orang lain, kerana aku percaya ada kala pendapat orang lain itu lebih baik dari pendapat sendiri.





Di sini aku nyatakan beberapa cara untuk renungan kita bersama, sumber yang diperolehi aku dapatkan daripada internet.

1 Lupakan Yang Pahit
cakap memang senang. tapi berapa lama masa yang akan diambil? berapa banyak air mata yang akan mengalir? berapa banyak rintihan yang akan dilontarkan? memang hakikat untuk melupakan begitu saja sangat susah. tapi selagi kita terkenangkan kenangan tu selagi itulah kita  tak mampu nak mulakan langkah baru. tarik nafas dalam-dalam. alih perhatian kepada benda lain. belajar perlahan-lahan untuk melupakan. InsyaAllah kita boleh!
 


 2 Belajar Untuk Bersyukur
           
       Apabila kita belajar untuk bersyukur maka hati dan perasaan kita akan jadi neutral kerana kita dekat              diri kita dengan Allah


             


3 Memaafkan
Susahnya nak maafkan seseorang tu. aku sendiri kadang-kadang sangat susah nak maafkan kesalahan orang dan  masa yang diambil bukan sedikit. peritnya sampai berdendam. tapi kita semua kena percaya. jika kita rasa sedih, sebenarnya sebab kita  tak mampu nak maafkan kesalahan diri kita sendiri apatah lagi kesalahan orang lain. bila kita dah belajar melupakan kita akan lebih tabah. kita akan lebih relax, tenang.  tak ada apa yang nak di kesahkan lagi. 
 4 ketawa
ketawa mampu menyembunyikan duka.  tak susah nak ketawa. bergurau dengan rakan-rakan. baca komik, jangan terlalu menyendiri. kalau tiba-tiba sedih tu datang jangan terus menangis. cuba senyum. tarik nafas panjang-panjang....LETS IT BE....

 DOAKAN KEPADA DIRI SENDIRI:
"sesungguhnya Kasih Allah itu lebih BESAR dr kekecewaan ku dan.
perancangan Alah itu lebih HEBAT dari angan-angan ku".

kemudian doalah, "Ya Allah. gantikanlah padaku yg lebih baik dari apa yg telah daku kehilangan."



Nampaknya sampai di sini saja hasil nukilan aku utuk hari ini, aku harap kepada sesiapa yang membaca nukilan ini dapat mengambil iktibar dan gunakan di dalam kehidupan seharian dengan lebih tenang dan bersemangat dan pada yang menyumbang idea atau aku amik idea dari mana mana sumber aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.







No comments: