Thursday 18 July 2013

Hari yang Suram Isnin - Jumaat





Salam bertemu kita semula, aku harap kepada sesiapa yang membaca nukilan akan terhibur dan memahami inilah hari hari yang aku lalui walaupon aku sendiri tak tahu kenapa semua ini harus jadi cam ni, kenapa masih ada manusia yang menyukarkan keadaan walaupon setiap apa yang berlaku itu adalah hikmah dan pengajaran buat kita semua dalam mematangkan akal dan pikiran kita..

So cerita yang aku maksudkan adalah, hari hari yang terseksa yang aku lalui dari isnin hingga jumaat. aku betul betul seronok apa bila waktu maghrib tiba, aku lah orang yang paling seronok dan paling tenang waktu selepas itu. Bukan aku tak nk cakap aku tempat di mana aku berada dari isnin hingga jumaat, tapi confirmlah waktu opis, opis mana di mana aku tak boleh nak beritahu dengan spesific nyer, demi demi keselamatan diri sendir, mesti korang paham punya apa yang aku cuba katakan ini..

Biar aku intro sedikit mengenai diri aku ini, sebelum ni aku berkerja 4 tahun di JAPAN VIDEO COMPANY, 2 tahun di UNISEM, setahun di KESM, dan 2 tahun di Western Digital. Hebat kan, tak lah hebat mana pown kerana aku percaya setiap manusia ada rezeki nyer tersendiri begitu jugak dengan rezeki yang Allah dah sediakan untuk aku. Ternyata aku amat berseronok walaupon aku bekerja lebih 16 jam (GILER ARR)... Itulah aku seronok apa bila bekerja dapat jumpa kawan kawan dan yang paling best cukup bulan dapat gaji aku akan enjoy dengan adeq aku, nanti akan datang aku story kan just wait aku n adeq aku. Tapi semua keseronokkan itu berakhir apa bila aku masuk tempat baru, kiranya aku bahagia selama dua tahun lepas tu aku sendiri pon tak tahu apa yang terjadi dan apa yang berlaku dan masih tak memahami sehingga sekarang..

Benarlah kata kata orang di luar tu sesetengah tempat keje tak akan berubah malah susah nk pertingkatkan service sesebuah organisasi kepada masyarakat, apa apa pown ni cuma pendapat dan penilaian aku, kalau salah sorry arr, tapi selalunya aku bercakap mengenai fakta bukan sesuka hati jer buat kesimpulan yang tk berasas dan memandai mandai jer..

Di tempat baru aku bekerja ni aku memang tak paham dan susah untuk aku harungi keadaan persekitaran, tak dapat dinafikan lebih ramai pekerja perempuan dari lelaki, mungkin itulah salah satu faktor nya menyebabkan tak boleh nk maju kot pada amatan aku.Mesti korang nak tahu kan apa yang berlaku, sabar aku akan luahkan apa yang aku rasa..ok..korang baca tak sampai lima minit dah habis aku mengarang tiga empat jam baru siap...hahaha, jangan marah tak best arr asyik serius jer kita gurau gurau sikit, ok kita continue semula, tempat keje aku ni, korang jangan terkejut kekadang langsung tak bertegur antara satu sama yang lain selama berhari hari , berminggu minggu, berbulan bulan dan bertahun tahun kot, yang aku hairan nya cukup masa atau tiba waktu diaorang gi sembahyang, aku kagum at least ingat jugak diaorg pada yang Esa, benda yang baik kita mesti sokong benda yang tak baik kita jauhkan tak gitu???....Di sini aku nak tujukan beberapa hadis akibat tak bertegur sesama sendiri walaupon sesama umat, moga kita semua dapat mengambil iktibar dan jadikan pengajaran di dalam kehidupan seharian kita.Marilah kita sama sama renungkan manalah tahu leh jadi pedoman buat kita dan pembaca..

Nabi sebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini  tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)
Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )
Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ” ( al-Bukhari)

Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)

Ada juga hubungan renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.

























Sebab itulah tajuk yang aku letak Isnin - Jumaat adalah hari yang suram dan aku masih percaya bahawa keadaan persekitaran akan berubah, dan setiap manusia pasti berubah cuma aku harapkan biarlah berubah ke arah yang positif bukan ke arah yang negatif. Aku pon tak paham dan adakah semua rakan kerja aku yang baru ini suka bekerja dalam keadaan persekitaran macam ni. Tapi bagi aku memang tak best dan menyeronokkan kerana dalam hati  aku ini tak sabar sabar nak balik atau keluar dari sini. Beruntung dan hargailah rakan rakan sekerja korang yang ok, jangan jadi macam ini sudahlah. Sesiapa yang bekerja tentu memahami apa yang aku cuba maksudkan..

Korang jangan pula terkejut, apa bila terserempak rakan rakan satu opis apabila aku di luar seoalah olah masing masing tak kenal,  dahsyat kan, berbeza waktu aku bekerja di sektor swasta dulu, dan selepas waktu bekerja dah tak boleh nak  call diaorg atau keep in touch lagi ngan diaorg, kononnya isteri  marah lah, boyfren marahlah, suami marahlah, takut pulak aku diaorg ni masuk neraka pula ingkar arahan bukan nk ngorat pon kat diaorg,  tak ingin aku, kalau pemikiran masih macam ini lagi cuma nk kekalkan ukhuwah, tapi pemikiran aku dan pemikiran  diaorg amat berbeza..kalau bergaduh sesama sendiri korang paham paham lah apa yang berlaku...Aku amat paham dan betul kata orang kita tak boleh nak buat orang suka kat kita atau terima idea idea kita tapi aku percaya tak salah nk ikut kalau sesuatu idea itu boleh membuat semua orang maju.

Nampaknya sampai di sini saja untuk kali ini, walau macam mana pon aku berharap agar satu hari nanti semua orang di sini dapat bekerja dalam situasi kekeluargaan dan keseronokkan bekerja itu wujud.Apa apa pown mengertilah ini nukilan dari hati aku, aku tak bermaksud nak mengaibakan sesiapa, andai kata kalau berlaku seperti itu aku dahulu kan dengan lafaz ( MINTA MAAF)....Aku dah minta maaf kalau korang tak nak maafkan aku aku tak kisah itu antara korang ngan TUHAN.....WASALAM.....




No comments: