Sunday 28 July 2013

Raya Akan Tiba





Salam bertemu kita kembali, ary ni aku nak menceritakan sesuatu kepada korang korang semua, Lima hari lepas apa bila pulang dari bekerja around kul 5 cam tu, aku memandu kenderaan mengaharungi jammed yang memakan masa dua jam lebih untuk sampai ke rumah.. Actually aku seorang yang periang dan banyak bercakap tapi keadaan di opis yang aku memaksa aku diam seribu bahasa.Aku tak mau pikir salah sapa, cukuplah, pada aku biarlah tengok ajalah apa akan terjadi, jadi aku menulis blogg ini seolah olah aku dah berbicara dan bercakap tak adalah lapan jam membisu jer...





Berbalik pada citer yang aku nk sampaikan, waktu aku drive, aku test semua channel radio kononnya cari channel yang best best arr katakan, sedang aku sibuk duk test satu satu channel, muncul lah channel radio SURIA FM...lama jugak aku layan lagu yang di mainkan oleh DJ tersebut.Mesti korang semua nk tahu lagu apa yang dimainkan oleh DJ tersebut..Sabar sabar aku tengah menulis ni.

Lagu yang dimainkn oleh DJ tersebut banyak membuat aku terpikir sejenak dan amik masa lama juga. Apa lagi lagu rayalah, lagu yang penuh banyak kata kata kemaafan. Begitu Syahdunya lagu raya kita, berbangga aku seorang menjadi seorang Islam, dan rasa tak sabar pula nk beraya..

Aku lihat ramai yang dah mula membeli belah , membuat persiapan dari segi kelangkapan dan kuih raya serta macam macam lagi. Seronok aku melihat ragam ragam ragam manusia, tak ada yang lebih seronok daripada melihat wajah keseronokan mereka, tambah tambahan lagi kanak kanak kecil yang begitu taksub nyer mereka dengan bunga bunga apa yang di jual di pasaran, membuatkan aku teringat sewaktu aku kecil dahulu dengan meriam buluh dan stok stok  mercunku  yg tak pernah putus putus tu. Apa macam korang korang semua besar tk meriam buluh aku, satu kampung bergegar.



Aku terpikir alangkah bagusnya Allah s.w.t mewujudkan hari raya, kalau tidak aku rasa ada yang tidak mengenali antara satu sama yang lain apatah lagi, saling maaf memaafi.Aku lihat itu lah keunikan pada hari raya, setiap hari raya adalah hari umat islam meraikan kemenangan setelah  berpuasa selama sebulan, dan mereka semua akan  bersalam salaman antara satu sama yang lain, kunjung mengunjungi, mengeratkan silaturrahim dan hari yang juga mengingat pada mereka mereka yang telah kembali kepadanya...Andai kata kalau tiada hari ni, aku yakin kita semua akan buat hal masing masing, silap silap sanak saudara, jiran tetangga pon kita tidak mengenali, lebih lebih lagi hidup di bandar, yang sering kali diaorang cakap MIND YOUR OWN business..Aku harap pada yang membaca ini cuma pandangan aku, aku tak bermaksud nak tujukan pada sesiapa, macam aku cakap sebelum ini kita semua punyai persepsi yang berlainan dan buah pikiran yang berbeza..Kalau sesiapa tersinggung aku minta maaf yer...




Tetapi dalam kita semua sibuk bergembira, aku terpikir jugak akan kesilapan kesalahan yang aku lakukan sama ada secara sedar atau tanpa sedarinya. Ia membuat aku terpikir sejenak. Patut ker aku yang mula kan ucapan maaf walaupon dah  banyak kali aku melakukan, atau pon patut ker aku menunggu, tak dapat dinafikan bahawa rata rata rakan rakan aku suruh aku jangan amik port kerana aku dah lakukan yang terbaik dan hanya aku yang terlalu memikirkan akan hal ni..Hmmmmmm aku berpikir berpanjangan, adakah boleh mengikut pandangan diaorang diaorang ni atau pon aku perlu lakukan sesuatau, ataupon lebih baik berdiam diri sahaja dan lihat sahaja akhiran nyer macam mana..Adakah kita dapat meraikan hari raya dengan penuh makna sedangkan masih ada lagi tanggungjawab yang belum dilaksanakan.

Pendapat aku, walau macam mana pon kesedihan kita, walau di mana pon kita berada, hari raya kita semua mesti sambutnya dengan penuh gembira, walaupon dalam setahun kita  berdepan dengan pelbagai rintangan biarlah satu atau dua hari adalah untuk hari kita terus senyum buat diri kita. Bukan kah seronok dan suka nyer hati ni apabila korang melihat budak budak kecil memakai baju raya yang cantik cantik dan diaorang senantiasa epy sambil sibuk mengutip duit raya sana sini..Tak ada yang lebih indah apa bila melihat satu dunia umat islam menyambut hari lebaran..Hari yang penuh makna, ada kala hari yang penuh bersejarah buat seseorang...

Kira punya kira, lagi lapan ary jer Syawal menjelang, aku pon dah mula shopping tak adalah shopping kaw kaw  sangat hanya beli keperluan keperluan yang perlu bukan kah berjimat cermat  tu bagus dam kebanyakkan aku membeli kuih raya kerana aku suka makan kuih raya, terutama kuih cornflakes, aku pon tak tahu ngapa aku pantang jumpa kuih raya tu, terlalu sedap buat diriku. Alhamdulillah time time raya cam ginilah rata rata offer pakian yang harga nyer mahal kita leh dapatkan dengan harga yang murah...

Oklah nampak sampai di sini saja untuk ary ni, aku harap walaupon di mana jua korang berada ary raya mesti epy jgn sedey sedey dan lebih afdhal kalau kita bermaaf maafan kerana ary raya lebih dikenali hari kemaafan antara satu sama yang lain. Aku tahu walaupon kita susah mahu maafkan seseorang tu, tapi siapalah kita nak menghukum antara manusia, silap silap satu ary atau tiba nyer waktu kita pasti meminta tolong pada sesiapa saja yang berada tika tu. Kita tidak dapat meramalkan esok lusa apa akan berlaku. Macam aku sendiri dengan apa yang berlaku pada diriku dan persekitaran, aku sendiri pon tak tahu nk mulakan macam mana, tapi aku tak henti henti doa kepadanya  agar perkara positf akan berlaku. Mesti korang tertanya tanyakan aku ni perfect ker, di sini aku pon cam korang jugak dah nama manusia. we are same, cuma aku  mahu lakukan yang terbaik saja di dalam kehidupan, aku pon percaya korang jugak begitu.













1 comment:

Post a Comment

Tuesday 23 July 2013

ERTI KEKECEWAAN





Salam semua bertemu kita kembali hendaknya aku harap kepada pembaca pembaca yang membaca nukilan aku ni tak rasa boring, kerana aku percaya masing masing punyai citarasa yang berbeza kerana kita manusia jadi setiap benda kita semua mempunyai pemikiran dan cara tanggani sesuatu perkara mengikut kehendak masing masing..

Siapa yang tak pernah kecewa. Tipulah kalau korang tak pernah rasa kecewa, Sehebat mana, sekuat mana pon kita, sesempurna mana pun hidup kita, kita mesti rasa kecewa, kalau boleh tak nak tahu pon maksud perkataan tu, tapi bila dah kecewa rasa macam macam ingin kita lakukan dari segi baik dan buruk



Ary ni korang mesti tertanya tanya kenapa tajuk blog aku mengenai kekecewaan. Aku paham kita semua punyai satu  perasaan yang telah disediakan oleh yang ESA dalam diri kita. Jadi kita tak boleh lari dari perasaan sedey, gembira, gemuruh, marah serta macam macam lagi.

Tak siapa memilih untuk kecewa, namun ia datang tanpa kita menduga, seperti ku sangkakan hujan tapi taufan datang melanda, tanpa membawa sebarang tanda atau amaran kepada kita terlebih dahulu.

Kecewa dalam meniti perjalanan hidup adalah satu uhian dan dugaan yang perlu kita tempuhi dengan sabar kerana ia merupakan satu ujian dan dugaan kepada diri kita agar kita menjadi insan yang tabah di masa akan datang. Semua itu merupakan satu ujian dari Allah bukannya satu beban pada diri walaupon kita sering kali ingat ianya adalah satu beban, adakala ia dapat membuat kita menyedari yang kita ini sentiasa bersyukur dan ingat pada sang pencipta. 

Aku percaya ada masa, kita perlu di ingatkan mengenai tujuan sebenar atau asal usul sesuatu perkara.

Kecewa tak bermakna kecundang, ia cuma penyataan emosi yang biasanya hadir apabila kita gagal mencapai sesuatu pada ketika itu, bukan untuk menanggung selama lamanya sesuatu kekecewaan itu, masih banyak jalan atau cara yang boleh kita lakukan dengan bermunajat, memohon hidayah darinya semua itu dapat dilakukan dengan tiga huruf iaitu DOA, supaya kita dapat memilih penyelesaian yang betul, kita jangan terlalu degil  untuk menerima teguran dan pendapat orang lain, kerana aku percaya ada kala pendapat orang lain itu lebih baik dari pendapat sendiri.





Di sini aku nyatakan beberapa cara untuk renungan kita bersama, sumber yang diperolehi aku dapatkan daripada internet.

1 Lupakan Yang Pahit
cakap memang senang. tapi berapa lama masa yang akan diambil? berapa banyak air mata yang akan mengalir? berapa banyak rintihan yang akan dilontarkan? memang hakikat untuk melupakan begitu saja sangat susah. tapi selagi kita terkenangkan kenangan tu selagi itulah kita  tak mampu nak mulakan langkah baru. tarik nafas dalam-dalam. alih perhatian kepada benda lain. belajar perlahan-lahan untuk melupakan. InsyaAllah kita boleh!
 


 2 Belajar Untuk Bersyukur
           
       Apabila kita belajar untuk bersyukur maka hati dan perasaan kita akan jadi neutral kerana kita dekat              diri kita dengan Allah


             


3 Memaafkan
Susahnya nak maafkan seseorang tu. aku sendiri kadang-kadang sangat susah nak maafkan kesalahan orang dan  masa yang diambil bukan sedikit. peritnya sampai berdendam. tapi kita semua kena percaya. jika kita rasa sedih, sebenarnya sebab kita  tak mampu nak maafkan kesalahan diri kita sendiri apatah lagi kesalahan orang lain. bila kita dah belajar melupakan kita akan lebih tabah. kita akan lebih relax, tenang.  tak ada apa yang nak di kesahkan lagi. 
 4 ketawa
ketawa mampu menyembunyikan duka.  tak susah nak ketawa. bergurau dengan rakan-rakan. baca komik, jangan terlalu menyendiri. kalau tiba-tiba sedih tu datang jangan terus menangis. cuba senyum. tarik nafas panjang-panjang....LETS IT BE....

 DOAKAN KEPADA DIRI SENDIRI:
"sesungguhnya Kasih Allah itu lebih BESAR dr kekecewaan ku dan.
perancangan Alah itu lebih HEBAT dari angan-angan ku".

kemudian doalah, "Ya Allah. gantikanlah padaku yg lebih baik dari apa yg telah daku kehilangan."



Nampaknya sampai di sini saja hasil nukilan aku utuk hari ini, aku harap kepada sesiapa yang membaca nukilan ini dapat mengambil iktibar dan gunakan di dalam kehidupan seharian dengan lebih tenang dan bersemangat dan pada yang menyumbang idea atau aku amik idea dari mana mana sumber aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.







No comments:

Post a Comment

Sunday 21 July 2013

Aku Dan Adik




Salam...Ary ni aku nak ceritakan mengenai aku n adik aku.. Aku rasa cukuplah asyik coretan yang sedey sedey jer, kali ini aku cuba menceritakan sesuatu yang menarik harapan aku cam biasa agak yang pembaca terhibur kalau tk terhibur pon duk diam diam aja.

Aku dan adik aku memang rapat. Sebelum aku menceritakan lebih lanjut aku rasa baik aku intro sedikit mengenai latar belakang kitaorg. Nama adik aku Tn Hj Hafizul Faris in Sya allah kalau semua ok mengikut perancangan DR Tn Hj Hafizul Faris dan nama aku pula Tn Hj Hazarul Anan...Adik aku ni terror main game terutama PS3 kegemaran dia KILL ZONE dan GOD OF WAR...nama Glamour dia lebih dikenali HIGHWAYMANZUL..Masuk aja dalam KILL ZONE korang leh jumpa dia bermaharajalela dalam game tu. Mana kala aku tak lah addict sangat ngan game game ni, paling aku minat game God Of War, aku kalau sudah  main game lain confirm pening kepala dan silap silap mungkin masuk hospital tapi berbeza ngan adik aku dia kalau main non stop aku tgk ok jer dia tak ada sympton sympton sakit kepala....



Aku bersyukur kerana hubungan aku dan adeq aku cukup akrab, tak macam orang lain yang aku tengok, antara adik beradik pon bergaduh sana sini, ada yang bergaduh sampai masuk balai polis pon ada..Aku pon tak tau lah diaorang diaorang ni macam mana. itu semua tak penting yang penting aku dan adik aku sehingga kini alhamdulillah. Kami membantu antara satu sama yang lain, berpasukan bersama sama, back up each other sama ada suka ker atau tidak suka, melindungi antara satu sama yang lain sama ada terpaksa atau dipaksa, menyokong antara satu sama yang lain di setiap masa dan yang aku dapati kalau aku dan adik aku dan bekerjasama ramai orang tak boleh berbuat apa apa, itulah power nyer kitaorg.

Aku dan adeq aku ni ada satu tabiat dan tradisi, korang mesti tertanya tanya kan, tadisi kitaorg adalah setiap malam sabtu kita akan akan pergi lepak lepak kat kedai sambil menghisap sisha, pada aku aku setuju sangat kerana waktu inilah kitaorang akan berbincang sambil tukar buah pikiran dan dapat melapangkan diri setelah penat semingguan bekerja.. Tak dapat dinafikan shisha yang dibuat di kedai tu memang terbaik dari ladang. Untuk pengetahuan korang semua, aku dan adik aku kali pertama kita orang menghisap shisha waktu kita orang berada di Arab Saudi....Itulah detik detik pengenalan Shisha dalam hidup kitaorang, tapi untuk pengetahuan semua kitaorang tak adalah addict sangat aku hairan juga apa bila rata rata manusia cakap addict lah apalah, aku tak tahu berdasarkan  apa yang menyebabkan mereka mereka tu cakap cam tu,ada yang cakap tak baik untuk kesihatan, aku hairan juga aku n adik aku bertahun tahun menghisap shisha kesihatan kitaorg tip top tak ada sympton sympton yang tk menyenangkan, malah kitaorang makin bijak... tapi aku tak nak ulaskan apa apa sebab semua orang ada pandangan masing masing dan terpulang lah apa yang korang nak pikir..Kalau korang pikir cara positif positif lah kalau negatif negatif lah....Tul tak??





























Sebenarnya adik aku banyak membantu aku dalam kehidupan seharian aku, kalau korang tgk adik aku korang mesti cakap punya macam dia bodyguard aku ker. Antara aku dan adik aku kita orang tak ada berahsia punya.Sama sama gi thailaid, sama sama tengok show, sama sama usha awek dan macam macam aktiviti yang kita orang buat bersama sama.Kita orang masing masing open mind dan kalau dah berjumpa memang happening and havoc arr.. Kebanyakkan perancangan kita orang bersama sama, bukan kah berdua itu lebih baik daripada berseorangan..

Dan tak lama lagi kitaorang akan ke Sabah Tawau bersama adeq aku, inilah program yang paling latest, tak sabar aku tunggu ary tersebut dan tak tahulah apa havoc akan berlaku kat sana, yang aku tahu macam macam program yang akan kami tempuhi. Untuk pengetahuan korang aku selalu POW adeq aku, almaklumlah menggunakan kuasa yang terdapat pada aku iaitu ABANG BESAR...anywhere tima kasih di atas segala galanya...moga murah rezeki untuk kita berdua selalu hendaknya.

Tak lama lagi syawal nak menjelang, aku lihat adeq aku dah mula shopping begitu jugak dengan aku, kereta adeq aku dah service cuma kereta aku jer belum nk service lagi in sya allah 03/08/2013 aku kan service kereta aku macam macam yang kena perbaiki maklumlah nk jalan sana sini kereta mestilah kena tip top dan In Sya Allah bulan 12 aku mungkin ke Terengganu, tempat yang aku tk pernah sampai lagi.. Sebut aja pasal nak raya, adeq aku keluar dengan rancangan yang giler, adeq aku ada mencadangkan nak membakar lemang di Negeri Sembilan, inilah kali pertama dalam hidup aku membakar lemang di Negeri Sembilan..aku dan adeq aku serta 15 batang lemang.Lemang kitaorang buat memang terbaik aku tak dapat nafikan walaupon aku dah beli merata rata tempat  antaranya, Area Kuantan, Negeri Sembilan, Perak dan banyak tempat lagi, lemang yang keluarga kitaorang jugak paling sedap.. Bincang punya bincang aku yang kena bawak batang lemang tu ke negeri sembilan, kalau aku tk dpt bawak buluh buluh lemang tu korang paham paham lah apa yang terjadi. Tapi In Sya Allah benda yang baik akan dipermudahkan oleh yang ESA, tunggu dan lihat ajalah..Minggu depan aku akan mencari buluh buluh lemang tu..






Oklah nampaknya sampai di sini saja coretan aku untuk kali ini, dan In Sya Allah aku akan menulis lagi di masa akan datang.




No comments:

Post a Comment

Thursday 18 July 2013

Hari yang Suram Isnin - Jumaat





Salam bertemu kita semula, aku harap kepada sesiapa yang membaca nukilan akan terhibur dan memahami inilah hari hari yang aku lalui walaupon aku sendiri tak tahu kenapa semua ini harus jadi cam ni, kenapa masih ada manusia yang menyukarkan keadaan walaupon setiap apa yang berlaku itu adalah hikmah dan pengajaran buat kita semua dalam mematangkan akal dan pikiran kita..

So cerita yang aku maksudkan adalah, hari hari yang terseksa yang aku lalui dari isnin hingga jumaat. aku betul betul seronok apa bila waktu maghrib tiba, aku lah orang yang paling seronok dan paling tenang waktu selepas itu. Bukan aku tak nk cakap aku tempat di mana aku berada dari isnin hingga jumaat, tapi confirmlah waktu opis, opis mana di mana aku tak boleh nak beritahu dengan spesific nyer, demi demi keselamatan diri sendir, mesti korang paham punya apa yang aku cuba katakan ini..

Biar aku intro sedikit mengenai diri aku ini, sebelum ni aku berkerja 4 tahun di JAPAN VIDEO COMPANY, 2 tahun di UNISEM, setahun di KESM, dan 2 tahun di Western Digital. Hebat kan, tak lah hebat mana pown kerana aku percaya setiap manusia ada rezeki nyer tersendiri begitu jugak dengan rezeki yang Allah dah sediakan untuk aku. Ternyata aku amat berseronok walaupon aku bekerja lebih 16 jam (GILER ARR)... Itulah aku seronok apa bila bekerja dapat jumpa kawan kawan dan yang paling best cukup bulan dapat gaji aku akan enjoy dengan adeq aku, nanti akan datang aku story kan just wait aku n adeq aku. Tapi semua keseronokkan itu berakhir apa bila aku masuk tempat baru, kiranya aku bahagia selama dua tahun lepas tu aku sendiri pon tak tahu apa yang terjadi dan apa yang berlaku dan masih tak memahami sehingga sekarang..

Benarlah kata kata orang di luar tu sesetengah tempat keje tak akan berubah malah susah nk pertingkatkan service sesebuah organisasi kepada masyarakat, apa apa pown ni cuma pendapat dan penilaian aku, kalau salah sorry arr, tapi selalunya aku bercakap mengenai fakta bukan sesuka hati jer buat kesimpulan yang tk berasas dan memandai mandai jer..

Di tempat baru aku bekerja ni aku memang tak paham dan susah untuk aku harungi keadaan persekitaran, tak dapat dinafikan lebih ramai pekerja perempuan dari lelaki, mungkin itulah salah satu faktor nya menyebabkan tak boleh nk maju kot pada amatan aku.Mesti korang nak tahu kan apa yang berlaku, sabar aku akan luahkan apa yang aku rasa..ok..korang baca tak sampai lima minit dah habis aku mengarang tiga empat jam baru siap...hahaha, jangan marah tak best arr asyik serius jer kita gurau gurau sikit, ok kita continue semula, tempat keje aku ni, korang jangan terkejut kekadang langsung tak bertegur antara satu sama yang lain selama berhari hari , berminggu minggu, berbulan bulan dan bertahun tahun kot, yang aku hairan nya cukup masa atau tiba waktu diaorang gi sembahyang, aku kagum at least ingat jugak diaorg pada yang Esa, benda yang baik kita mesti sokong benda yang tak baik kita jauhkan tak gitu???....Di sini aku nak tujukan beberapa hadis akibat tak bertegur sesama sendiri walaupon sesama umat, moga kita semua dapat mengambil iktibar dan jadikan pengajaran di dalam kehidupan seharian kita.Marilah kita sama sama renungkan manalah tahu leh jadi pedoman buat kita dan pembaca..

Nabi sebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini  tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)
Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )
Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ” ( al-Bukhari)

Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)

Ada juga hubungan renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.

























Sebab itulah tajuk yang aku letak Isnin - Jumaat adalah hari yang suram dan aku masih percaya bahawa keadaan persekitaran akan berubah, dan setiap manusia pasti berubah cuma aku harapkan biarlah berubah ke arah yang positif bukan ke arah yang negatif. Aku pon tak paham dan adakah semua rakan kerja aku yang baru ini suka bekerja dalam keadaan persekitaran macam ni. Tapi bagi aku memang tak best dan menyeronokkan kerana dalam hati  aku ini tak sabar sabar nak balik atau keluar dari sini. Beruntung dan hargailah rakan rakan sekerja korang yang ok, jangan jadi macam ini sudahlah. Sesiapa yang bekerja tentu memahami apa yang aku cuba maksudkan..

Korang jangan pula terkejut, apa bila terserempak rakan rakan satu opis apabila aku di luar seoalah olah masing masing tak kenal,  dahsyat kan, berbeza waktu aku bekerja di sektor swasta dulu, dan selepas waktu bekerja dah tak boleh nak  call diaorg atau keep in touch lagi ngan diaorg, kononnya isteri  marah lah, boyfren marahlah, suami marahlah, takut pulak aku diaorg ni masuk neraka pula ingkar arahan bukan nk ngorat pon kat diaorg,  tak ingin aku, kalau pemikiran masih macam ini lagi cuma nk kekalkan ukhuwah, tapi pemikiran aku dan pemikiran  diaorg amat berbeza..kalau bergaduh sesama sendiri korang paham paham lah apa yang berlaku...Aku amat paham dan betul kata orang kita tak boleh nak buat orang suka kat kita atau terima idea idea kita tapi aku percaya tak salah nk ikut kalau sesuatu idea itu boleh membuat semua orang maju.

Nampaknya sampai di sini saja untuk kali ini, walau macam mana pon aku berharap agar satu hari nanti semua orang di sini dapat bekerja dalam situasi kekeluargaan dan keseronokkan bekerja itu wujud.Apa apa pown mengertilah ini nukilan dari hati aku, aku tak bermaksud nak mengaibakan sesiapa, andai kata kalau berlaku seperti itu aku dahulu kan dengan lafaz ( MINTA MAAF)....Aku dah minta maaf kalau korang tak nak maafkan aku aku tak kisah itu antara korang ngan TUHAN.....WASALAM.....




No comments:

Post a Comment

Wednesday 17 July 2013

Perkenalan Yang Tak Di Sangka


                                                                                                       




Bertemu kita semula, mesti korang tertanya tanya kenapa tetiba ada gambar muslimah bertudung pulak kali ini, so begini cerita nyer bermula, dan sekarang dalam sedar tk sedar kawan aku yang baru ni banyak membantu aku dalam menempuhi dan mententeramkan jiwa aku tatkala di saat saat aku buntu atau aku tak tahu buat apa. Buat masa ini dialah yang banyak memberi kata kata mutiara bagi aku dan kiranyer guide aku untuk keluar dari situasi yang meruncing ni..

Macam ni, aku tak pernah jumpa pown kawan aku ni,, mesti  korang semua tertanya tanya kan macam mana aku leh kenal dengan orang yang aku sendiri tak tahu bagaimana rupanya tapi yakin setiap nasihat yang diberikan kepada aku, ternyata dia seorang yang boleh aku bersandar ketika memerlukan semangat.. Dia seorang yang baik dan boleh diharap dipercayai.

Perkenalan yang aku tidak di sangka sangka telah mengajar aku erti kehidupan di dalam perjuangan yang dinamakan sahabat. Jadi pada aku begitu unik aku kenal dengan rakan aku yang baru nie. Bersyukur pada Esa aku hilang seorang rakan aku temui seorang kawan.Biarlah walaupon aku tak pernah bersua cukup sekadar saling ingat mengingati, hormat menghormati, menyokong antara satu sama yang lain, dan yang paling aku utamakan adalah saling maaf memaafi.

Biar aku cerita sedikit mengenai diri beliau. Nama pendek dia KHATIJAH..itu aja yang aku tahu, nama yang sering aku guna untuk memanggil hanya JAH aja, dan yang aku tahu dia sakit, sakit saraf. Dia tak boleh nak berdiri lama. aku harap satu hari nanti akan bertemu jugak dengan dia dan semoga dia cepat sembuh. aku tahu satu hari nanti dia akan sembuh jugak, kerana dari segi pandangan aku aku yakin dia seorang yang kuat bukan mudah untuk putus asa, aku rasa kagum seorang perempuan mengharungi semua dugaan sebegini dan dia tetap tersenyum walau apa pon yang  berlaku, tak macam perempuan yang lain perangai dan kelakuan tak tahu lah apa nk cakap dalam erti bahasa lain A.P.T.B....APA POWN TAK BOLEY..

Di sini aku ingin berkongsi apa yang aku dapat melalui kenalan baru aku.aku harap sesiapa yang membaca nukilan aku ni kemungkinan beberapa kata kata di bawah ini mampu dan berguna dalam kehidupan kita semua..

Allah menyukai orang yang bertaubat dan tahu kesalahan diri sendiri, kerana mereka akan kembali berfikir dan sudi memaafkan kesalahan orang lain pada kita.bagaimana kita dapat hidup senang, seorang muslim yang suka menyakiti orang lain atau menganiaya hamba allah, semoga kesusahan yang menimpa diriku terdapat kemudahan dalam waktu yang dekat. Setiap pesakit bakal sembuh sesudah sakitnya dan orang yang merantau akan pulang sesudah kepergiannya begitu juga seseorang yang bergaduh akan berbaik sesudah menginsafi dirinya..

Allah menguji keikhlasan bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ada masalah,Allah melatih kesabaran dalam kita kesakitan dan Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali mengantikan dengan apa yang lebih baik buat kita.

Ucapkanlah selamat tinggal kepada kesedihan tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong lorong kesengsaraan dan jauhkan dari keputusan dan kegagalan....Marilah kembali kejalan keimanan dengan melempiaskan kerinduan kita pada allah dan merasa puas dengan qada dan qadarnya,,Kata orang ''Kehidupan Itu Penuh Penderitaan.'' Tapi aku katakan ...Tersenyumlah...cukuplah kepahitan itu di datangkan dari yang MAHA ESA.Sabarlah menghadapi hari hari yang sukar kerana  semua kesukaran pasti ada akhirnya dan kesabaran itu hanya dimiliki oleh orang yang mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah

Memanglah tak dapat nak dinafikan lagi persahabatan yang sejati ini terlalu bernilai dan lebih tinggi nilainya dari intan dan permata...tapi harus mengerti kawan yang betul betul boleh jadi kawan dan kawan mana yang boleh menjadi lawan...ok kita continue lagi..

Bersyukurlah kepada Allah adalah salah satu method yang paling  baik dan mudah untuk meraih kebahgiaan dan membebaskan diri dari stress...Tiada sesuatu kesusahan pon melainkan pasti ada akhirnya dan tiada sesuatu keadaan yang pahit pun yang dialami oleh seseorang melainkan akan datang sesudahnya keadaan manis..



 JIKA ANDA BERSAHABAT BERSEDIALAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT....JIKA ANDA BERMUSUHAN BERSEDIALAH UNTUK MENGALAH demi persahabatan kalian..

Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan itu adalah dendam...Jika kebaikandibalas dengan kebaikan itu perkara biasa,,Jika kebaikan itu dibalas dengan kejahatan itu adalah zalim tetapi kejahatan dibalas dengan kebaikkan itu adalah mulia dan terpuji..

Keikhlasan cermin kesucian hati, sabar itu penahan derita,ketenangan hati tanda redhanya jiwa..

Pada aku hadiah terbaik adalah....Kepada  kawan kesetiaan, kepada musuh kemaafan, kepada ketua khidmat, kepada yang muda contoh terbaik, kepada yang tua hargai budi mereka dan kesetiaan, kepada pasangan cinta dan ketaatan, kepada manusia kebebasan..

Kini aku percaya ''Kekuatan tidak datang dengan kemampuan fizikal, tapi ianya datang dari semangat yang tk pernah mengalah, hidup ini pilihan, apa yang buat aku sedih tinggalkanlah , tanpa rasa takut akan hilangnya kebahgiaan di masa depan. Ada sahabat yang tak ada di sisi kita, tapi nama kita sentiasa di dalam doadia,ingatlah  orang yang sebenarnya berani  ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan menghadapi setiap dugaan dan cabaran. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain...faktanya kamu lebih  kuat daripada apa yang kamu fikirkan...cuma kamu yang tidak mempercayainya..

Rakan baru ku JAH selalu berpesan kepada aku, Walau macam mana pon yang terjadi antara aku dan rakanku itu, dia tetap kawan aku dan pernah menjadi kawan baik aku. Mungkin di bibir saja yang berkata tidak tapi hati dan pemikiran masih lagi mengambil berat terhadap rakan ku itu...Sebuah kata kata yang hebat pernah dilontarkan kepada aku...

inilah kata kata rakan baru saya untuk saya....JAH tima kasih...Hiduplah tanpa keraguan, tanpa kecemasan dan tanpa kebimbangan...hari hari tanpa kejenuhan dan keluhan. aku kena dekatkan diri pada pencipta. Jika aku menyerah pada keputusasaan aku tidak dpt berbuat sesuatu pown dan tak akan dapat meraih kebahgiaan, Jika aku curahkan semua penderitaan anda kecuali pada mereka yang mahu membantu meringankan beban aku dengan fikiran dan nasihat mereka yang dapat mendatangkan kebahgiaan bagi diri aku......



No comments:

Post a Comment

Tuesday 16 July 2013

Bermulanya Sebuah Kisah






Ini blog aku yang pertama, aku lebih mengambarkan diri aku seperti gambar di atas. Walaupun nampak ganas tapi ada sikit kelembutan di dalam setiap perkara, begitulah juga manusia di atas muka bumi ini.terdapat macam macam ragam kekadang sampai aku sendiri pown tak memahami, kekadang aku rasa sayu dan kasihan pada mereka, kekadang aku rasa tk kasihan langsung, tak tahulah ngapa apa perasaan cam gitu.. Maka bermula lah sedikit coretan mengenai apa yang aku lalui dan sedikit falsafah serta prinsip kehidupan yang ada pada diri aku ini.

Orang yang paling rapat dengan aku bukan lagi kawan kawan, walaupun kitaorang duduk satu tempat kekadang langsung tak bertegur sapa selama mana aku sendiri pon tak tahu, diaorg ada keje diaorang sendiri jugak jadi tk perlulah aku nk salah kan diaorg sebab masing masing ada life dan aku tgk pon diaorg seronok aja kalau aku tiada bersama.Tak apa lah aku dah tak nak harapkan apa apa, biarlah apa yang berlaku setiap memori yang indah akan aku ingati walaupon pahit aku kena terima jugak..

Setiap manusia dalam dunia ini Allah uji dengan pelbagai MASALAH, bagi aku setiap kali ada masalah, aku takkan terus refer ke manusia itu, manusia ini, tetapi dalam hal aku aku buntu dan aku terus refer kepada sesiapa saja untuk mencari jawapan bagi setiap persoalan yang wujud dalam pemikiran aku.Buat apa aku nk pergi dekat orang yang tak mahu tolong dan aku dah tahu tak akan membantu.Pada aku masalah tetap datang dan pergi cuma terpulang pada diri setiap manusia nak tangani dan akhiri nyer macam mana. Pada pendapat aku kalau kita think wisely in sya allah kita kan akhiri dengan senyuman kalau kita tk dapat nk berpikiran wisely maka akhiran pikir sendiri lah

Sebenarnya pelbagai dan macam macam peluang pekerjaan yang lebih baik aku dapat, tapi bila terkenangkan rakan yang di mana kami tekad bersama sama untuk berjaya, aku menolak setiap tawaran itu dengan keikhlasan. Pada aku tak apa yang penting tk hilang rakan, biarlah slow slow menuju ke puncak kejayaan yang pasti cepat atau lambat aja perjalanannya, aku yakin dan akan rasa seronok apa bila melihat rakan aku tersenyum puas bersama sama aku menikmati kejayaan..Tapi seperti yang aku katakan itu semua adalah satu ketika dahulu, dan apa yang aku lakukan sia sia saja. akhirnya jatuh terduduk tanpa berkata kata.

pada aku kawan adalah kawan, sahabat adalah sahabat, teman adalah teman kawan baik adalah kawan baik. kawan yang pernah jadi kawan baik aku, yang aku beritahu itu ini dan macam macam lagi kini hanya tinggal kenangan, semua yang terjadi hanyalah sekelip mata dan aku tak tahu macam mana nk cari penyelesaian. Ramai yang beritahu pada aku bahawa lupakan tk guna pertahankan kalau org dah tk mahu kat kita...

Aku terpaksa untuk harungi dugaan dan cabaran yang baru pada aku, walaupon sungguh sakit untuk aku tempuhi aku terpaksa redah jua. Dahulu aku lebih mengutamakan rakan, aku sanggup buat apa sahaja atas nama kawan. Tapi kini hanya tinggal kenangan sahaja sebagai hiburan diri. Banyak cara dan macam macam yang aku lakukan untuk pulihkan semula keadaan, semua cara atau method yang aku guna semua temui kehampaan, akan benarlah bak kata orang tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Rakan yang dahulunya aku hormati aku sayangi, aku dan dia  menjaga antara satu sama yang lain dan macam macam lagi yang kami lakukan atas dasar tanggung jawab sebagai rakan, kini apabila bersua seolah olah kami semua tidak mengenali antara satu sama yang lain.Ukhuwah yang terjalin lama hancur macam itu saja Aku terpikir jugak sampai bila keadaan harus begini Walau macam mana pon aku masih bersabar moga di suatu ary nanti akan terlihat keikhlasan aku di dalam perhubungan yang dinamakan RAKAN....AMINN...


.
Aku pon sebagai manusia ada lakukan kesilapan bukanlah nk cakap yang aku ni perfect sangat tak adalah, jadi aku sedar sebagai manusia yang normal aku tk leh lari dari dugaan. Ramai antaranya suruh aku bersabar dengan apa yang aku lalui bersama rakan aku. Pada aku rakan rakan lah naikkan aku rakan rakan lah yang jatuhkan aku.

Sekarang aku tak tahu nak buat apa,  ternyata sekali keadaan seperti ini sudah tentu tidak menyeronokkan, ada yang mengatakan SILENCE IS THE BEST MEDICINE..Aku tak sangka bahawa hanya aku saja menganggap rakan padahal sebelah pihak lagi tk pernah menganggap seperti apa yng aku pikir.Dahulu kami berbual bual bekerja seperti satu pasukan kongsi suka dan duka tapi kini hanya  SENYAP, SUNYI,SEPI..


Pertemuan kita di suatu hari
Menitiskan ukhwah tang sejati
Bersyukurku ke Hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci


Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua


Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba Mu


Mencari hidayah daripada Mu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati Hamba Mu
Di atas perpisahan ini


“Teman, betapa pilunya hati menghadapi perpisahan Ini.
Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama. Semoga
Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini. Teruskan
Perjuangan”


Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba Mu


Senyuman yang yersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu


Semoga, Tuhan berkatimu

Pernah dengar orang berkata kata ( Antara lelaki dan Perempuan tak boleh jadi kawan baik) aku tak percaya kalau dah namanya kawan sepatutnya mesti ada kepercayaan antara satu sama yang lain, prinsip aku apa bila berkawan aku akan lakukan bersungguh sungguh, kerana aku percaya sekarang adalah masa untuk aku cari kawan yang boleh menangis bersama biarpon berlainan gender. Tapi akhirnya aku yang menangis keseorangan.Pada aku aku percaya kalau betul ikhlas kita berkawan kita akan pertahankan dan menyokong antara satu sama yang lain, kita akan pastikan rakan kita sama sama kecapi kejayaan di dalam kehidupan yang penuh mencabar ini....




No comments:

Post a Comment