Tuesday 20 August 2013

MEREKA TK AKAN BERUBAH






Salam semua ary ni aku nk menceritakan tentang keadaan semasa, Aku harap tiada lagi anasir anasir yang tk sepatutnya atau menggangu aku. Aku bersyukur akhirnya tak ada sesiapa menggangu aku lagi, tapi aku tak tahu lah sampai bila keadaan harus berlanjutan seperti ini. Apa yang aku kena buat adalah supaya hati dan perasaan aku ni kuat dan tk guna memikirkan dan mengambil berat orang yang tk nk berkawan dengan kita..Tak perlu terhegeh hegeh pada mereka dan yang pastinya kerja aku pon lagi senang dari ari ke ari. Agaknya inilah hasil yang aku dapat setelah bersabar hari demi hari..

Aku terpikir jugak adakah keadaan cam ni hanya sementara, pada hemat dan amatan aku keadaan macam ni hanyalah sementara kerana kita tk tahu esok atau lusa apa yang akan terjadi, sama ada kena tikam ker atau ada yang ibarat ayam menyorok kepala tetapi bontot tertonggeng..

Perubahan yang aku dapat lihat sekarang ni, rakan baik aku tu, lebey banyak diam kan diri berbanding dulu, baguslah kalau macam tu, tapi ramai yang mengatakan pompuan ni ada dua mulut, mulut atas dan mulut bawah..aku tak kisah semua tu yang pastu lantak lah mereka, sendiri pikir dah ada kepala hotak bukan kecik lagi...

Semalam aku half day, mengikut keadaan dan undang undang opis ni, aku mesti memaklumkan pada rakan aku sekiranya aku mahu kemana mana. Aku hantar dua SMS, ini SMS yang aku hantar....SALAM AWAK ARI NI SAYA HALF DAY ADA OPPONMENT PPUM HARAP MAKLUM......Untuk pengetahuan korang dua kali sms yg aku hantar tapi satu pon dia tk reply..aku tak hairan untuk nk pastkan dia dpt sms yang aku hantar aku hantar pada kawan baik dia, kawan baik sehidup semati dia tu  dengan sms  yang sama ni ayat sms  yang aku hantar SALAM MAKLUMKN PADA KAWAN BAIK AWAK TU SAYA HALF DAY DAN SURUH DIA BACA SMS DIA......Last last aku maklumkan pada Chief Clerk suruh maklumkan sendiri pada partner aku tu yang aku half day...Korang tgklah benda simple jer tapi tak tahu ngapa  mereka mereka nk rumitkan keadaann jadi parah macam ni..Kalau keje kat syarikat profesional or multinasional dah lama fail terbang ke muka... Tapi biarlah aku tak mahu pikir pon dia nk reply ker tk nk reply ker aku tak kisah kerana pada aku aku dah maklumkan..Mungkin jugak suami dia tk kasi dia reply messsage dgn aku mana lah tahu harap ker apa apa ker...Aku bukan apa cuma geram aja bila pikirkan keadaan macam ni last last aku juga yg diaorg salah kan nk rumitkan lagi keadaan..Sekarang aku dah tk kisah apa yang diaorang nak cakap cakaplah kerana aku dah tk hairan apa yang diaorg nk cakap cakap lah. Aku dah tk kisah kerana aku masih berdoa sehingga ke hari ni..untuk mereka yang pernah menjadi sahabat aku walaupon hanya di mulut akau jer cakap bergitu..biasalah dan bersabar lah wahai hati..





Biarlah aku dah tk mahu berpikir dan kalau aku terpikir pon hanya kenangan yg ada dalam memori aku bahawa satu ketika dulu mereka mereka  ini adalah sahabat baik aku cuma mulut aku jer yang ngaku cam tu, dan rata rata kawan aku cakap bahawa mereka mereka ni tk boleh nk berubah. Ehmmm bukan aku yang cakap rata rata orang yang jumpa aku cakap macam ni..

Seperti yang aku beritahu pada korang semua ini blog aku apa yang aku tulis adalah apa yang aku lalui, kalaukorang tk berminat untuk membaca ker apa apa ker aku tak kisah kerana apa yang aku tulis ni adalah apa yang aku lalui....Tu ajalah aku rasa sampai di sini saja lah utk kali ni. Aku sudahi coretan aku untuk kali ni dengan ucapan minta maaf kalau ada terkasar bahasa ker atau apa apa ker. aku tk bermaksud utnuk tujuk pada sapa sapa kalau sapa yang terasa aku tujukan pada mereka berbuatlah sesuatu...




No comments: