Sunday 1 September 2013

Terpikir






Hari ni aku nk menceritakan sesuatu yang agak menarik, aku harap pada pembaca -pembaca sekalian terhibur dan aku cuba untuk mencoretkan sesuatu  yang tidak ke arah kesedihan, almaklumlah blog aku ni asyik cerita yang sedey sedey jer melanda dalam diriku. Tapi untuk ary ni aku cuba elakkan supaya cerita yang bakal aku nak tulis ni akan membawa kegembiraan...

Seperti yang pernah aku terpikir, andai kata kalau penulis nyer rasa sedey  maka setiap cerita yang ditulis akan lebih membawa kepada kesedihan andaikata kalau penulis berada dalam keadaan gembira maka setiap perbualan atau percakapan lebih membawa kepada keceriaan dan keseronokkan...Jadi sebelum aku meluahkan apa yang bakal aku coretkan, aku harap keadaan akan ok dan harap harap selepas ni kegembiraan yang akan datang, tapi ni apa yang aku harapkan belum tentunya terjadi kalau Allah s.w.t tak meredhoi kita semua, kalau terjadi aku hanya boleh berkata Aminn....hilang kesedihan dan muncul sinar baru yang lebih menyeronokkan..

Begini bermula coretan untuk kali ini, baru-baru nie aku pergi jalan jalan open house, macam macam ragam manusia yang aku jumpa sambil sempat lah melihat tuan rumah  bertungkus lumus melayan  tetamu yang datang tak putus putus. Aku bersyukur kerana open house umah aku telah selesai lama dah, jadi sekarang giliran aku memenuhi dan menghormati jemputan jemputan yang datang  kepada aku. Alhamdulillah segala gala menu yang dihidangkan sungguh sedap sekali dan dapatlah aku merasa daging rusa dan spagethi yang pada aku sedap sekali, sampai ary ni teringat.( Siap minta resepi lagi tu )..

Last jemputan rumah terbuka iaitu rumah kawan aku, dia duduk kat ampang, Taman Dagang. Memang agak mencabar juga aku nk mencari rumah dia, tapi alhamdulillah sampai juga aku ke rumahnya. Sungguh baik layanan mereka kepada aku, terharu aku dibuatnyer, terpancar keiklhasan pada wajah mereka suami isteri.
seronok aku berkunjung ke kediaman mereka..


Photo: Hi

Di sini bukan aku nk mengatakan yang rumah terbuka lain lain kurang meriahnyer, tidak bukan niat aku cam tu, rumah terbuka yang aku pergi di Ampang Taman Dagang tu adalah rakan sekerja aku yang baru, cuma dia bertugas di  unit berlainan,walaupon sebelum ni kitaorg tidaklah rapat semana pown, cuma baru jer nak rapatkan diri sambil mengenali ahli keluarga antara satu sama yang lain..

Apa yang aku nk cakapkan adalah walau pon perkenalan aku dgn dia singkat, tapi bersyukur kerana suami dia sporting habis seolah olah melayan aku seperti kitaorg sudah kenal lama, siap offer lagi pada aku andaikata kalau tiba ke KELANTAN jemputlah datang ke rumah malah siap nk jadi pembantu pelancong, dan yang mengejutkan aku adalah suami kepada rakan ku itu siap offer jangan risau penginapan ditanggung, duduk jer umah kampung..Alhamdulillah perkenalan yang aku tak sangka sangka, bersyukur aku kerana aku memang tk pernah nk sampai ke KELANTAN dan TERENGGANU, mungkin peluang ini yang aku tunggu tunggu selama ini kerana almaklumlah aku tiada sapa sapa kenalan di negeri pantai timur..

Alhamdulillah sempat juga aku penuhi niat di hatiku untuk makan malam bersama sama diaorang sebelum mereka berangkat pulang ke kampung, seronok makan bersama diaorang banyak juga topik yang dibualkan dan aku pon dah tahu serba sedikit mengenai perniagaan bundle bundle ni, manalah tahu kot kot ada rezeki kita leh bukak stokis bundle demi memantapkan lagi ekonomi kita semua, manusia hanya merancang tuhan yang akan memakbulkan setiap rancangan tersebut, cuma dalam hati aku satu hari nanti aku mesti  bawak mereka ke restoran kegemaran ku di subang, ingin ku perkenalkan kepada suami dia Kedai Shisha terbaik dalam hidupku, In Sya Allah dan minuman Chocolate blend. My Favourite...macam suami dia
pesan kepadaku jangan risau setahun sekali kitaorang mesti datang ke Kuala Lumpur, apa apa pon aku tunggu korang, bila dah datang ke sini jangan lupa maklumkan pada aku..


(SEKADAR RENUNGAN BERSAMA)

Kehidupan kita di dunia ini tak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan,apa yang adalah hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.....Jaminan yang abadi hanya ditemui apabila kita kembali pada ilahi kelak..

Kita Berkenalan---Allah Yang Rancang,
Kita Rasa Suka---Allah Yang Beri,
Kita Bersama---Allah Yang Aturkan,
Kita Berbahgia---Allah Yang Detikkan.

Cuma aku rasa sedikit kehilangan kerana bulan lepas dia last bekerja di sini,  dia bertukar ke kelantan bersama sama suami dia. Aku rasa rugi kerana tk sempat nk berkenalan lebih lama dengan diaorg, diaorang baik pada mataku, bertuah suami dia kerana mempunyai seorang isteri yang tabah berdikari berani dan tahu menghormati kawan kawan, itulah yang aku dapat lihat kepada dirinya. Apa yang aku harapkan adalah perkenalan antara aku dan dia berterusan sebagai kawan baik, sebenarnya seronok berkawan ni tambahan pula apabila kita ketahui dia benar benar ikhlas antara satu sama yang lain., dan yang aku tak perlu risau sekarang ni kalau aku ke Kelantan aku sudah punyai rakan yang boleh aku tumpang menginap apabila aku berkunjung di sana..Syukur alhamdulillah...Semoga ukhuwah ini terus berkekalan dan sama sama kita berusaha mempertahankan..




No comments: