Monday 30 September 2013

Pengajaran




Ada masa kita kata tak apa....tapi kita rasa terluka.......Ada waktu kita cuba lupa tapi masih ingat......Adakala kita sudah rasa redha tapi kita masih rasa derita........Sampai satu tahap kita mesti paham perancangan mungkin baik tapi perancangannya lebih indah cuma kita perlu yakin Allah menyediakan sebab atas segala sesuatu .....


Mesti Baca Dan Cuba Untuk Memahami Maksud Yang Mendalam Ini...

1) Solat bukanlah "Tayar Ganti" yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'Stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2) Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?. Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3) Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia Mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4) Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan teruk, jangan sedih, ia juga takkan kekal lama..

5) Kawan-kawan lama adalah emas,
    Kawan-kawan baru adalah berlian,
    Jika anda mendapat sebutir berlian,
    Jangan lupa emas tersebut kerana untuk
    Memegang sebutir berlian, anda,
    Sentiasa memerlukan tapak emas.

6) Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7) Apabila Allah swt menyelesaikan masalah masalah anda,  anda percaya memiliki kemampuan. Apabila
Allah S.W.T tidak menyelesaikan masalah masalah anda, Dia percaya akan kemampuanmu.

8) Seseorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan?'' ''Dia menjawab. ''ya, kehilangan visi anda!''

9) Ketika anda mendoakan orang lain, Allah S.W.T mendengar kepada anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan berbahgia, ingatlah bahwa seseorang telah mendoakan anda.

10) Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok , ia menghilangkan kedamaian hari ini..

Setiap manusia ada hati, tapi adakah kita semua mengetahui bahawa hati kita ni terdapat beberapa kategori. Marilah kita renungkan dan lihat kategori kategori hati yang dimaksudkan..

4 JENIS HATI

  • Hati Yang Terang Seperti Lampu--- Itulah Hati Orang Mukmin
  • Hati Yang Gelap Dan Terbalik---Itulah Hati Orang Kafir

  • Hati Yang Tertutup Dan Terikat Pada Tutupnya---Itulah Hati yang Munafik
  • Hati Yang Berlapis-lapis---Itulah Hati Yang Dimana Terdapat Iman Dan Munafik 


  





No comments: