Tuesday 3 September 2013

Naik Lagi





Salam  ari ni aku agak tension sedikit mengenai apa yang telah terjadi, ada satu sebab aku rasa tension  sedikit, gara kenaikan harga minyak, kerana aku bukan nk marah marah ker apa apa ker, walau macam mana pon aku kena hormati keputusan yang dibuat oleh perdana menteri kita. Sebagai rakyat aku terpaksa akur sahaja dengan pengumuman yang telah dibuat. Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen….
Yang aku agak marah sebabkan diriku sendiri, aku langsung tak dengar berita atau pengumuman yang dibuat di setiap radio, almaklumlah aku lebih melayan cd apa bila berada di dalam kereta., so pengumuman pengumuman penting aku terlepas kiranya.Aku hairan juga apabila memandang rata rata stesen minyak ramai giler orang dah macam federal highway dah, terpikir juga diaorg ni ngapa tetiba rajin sangat sampai semua stesen minyak diaorang serbu aku lihat pening gak operator  stesen minyak mengawal lalu lintas. Yang begitu sesak sihingga aku pon amik masa dekat 30 minit jugalah…..


Yang aku tahu harga minyak akan naik dalam 20 sen, baru saja aku tahu, itu pon setelah kawan aku daripada pulau pinang menghubungiku dan memaklumkan aku. Bahawa sudah sedia maklum ker belum, aku pon hairan tetiba pengerusi PKP berkata kata sedemikian, terpikir juga aku apa dah jadi pada jawatan PKP, tak pernah president pkp menelefon aku malam malam cam ni.. Last last sangkaan ku meleset kerana lain yang aku pikir lain pula yang disampaikan. Terkejut juga  aku dgr mengenai apa yang disampaikan, yelah korang bayangkan kan aku sendiri pon susah nk menelefon Presiden PKP ini, apatah lagi beliau sendiri yg call…Aku rasa ajaib pulak....Itulah Presiden PKP kita En Yuswandi...Aku ni sekadar President  PKP Sulit 1 aja...

Lalu beliau pown memaklumkan aku bahawa harga minyak akan naik. Bagaikan terkejut gak aku mendengar, sementara masih murah minyak ni baik aku gi full kan tangki minyak keta aku. Beliau memaklumkan pada aku mungkin naik 20 sen atau 30 sen., dengan pantas aku terus menuju ke stesen minyak, memang tk dpt dinafikan stesen minyak memang penuh setiap kali berlaku kenaikan harga minyak. Mujur ada president pkp tu memaklumkan pada aku kalau tidak tentu ari ni  kena rm2.10 seliter…
Aku dengan yakin terus bergegas mencari stesen minyak yang terdekat, untuk pengetahuan korang aku memilih stesen minyak Shell.. bila tengah beratur ke stesen minyak aku terpikir gak, erk confidentnya aku  masuk stesen minyak ni tanpa memikirkan ada ker wang dalam wallet aku, arghhhhhh sudah, check punya check mujur lah ada wang kecemasan yang aku sentiasa  bawa ke mana  saja aku pergi, khuatir kot kot ada emergency, kalau tidak macam mana aku nk ke bank pastu nk patah balik untuk isi minyak. Confrm lagi teruk aku terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dah sama seperti federal highway…

Nak dijadikan cerita sedang aku beratur, adalah akak yang sorang ni datang lalu mengetuk tingkap kereta aku, aku pown hairan gak atau pon alamak aku dah halang ker laluan dia dan terpikir gak macam mana nk undur kan kereta semua tempat sesak, yang sudah isi nk keluar dari stesen minyak pon tk boleh yang nk masuk isi minyak pon masih queue lagi, aku pon bukak lah tingkap dan bertanya pada akak tu, ada apa akak, akak tu cakap  dengan aku , dik  apesal akak tgk ary ni ramai sgt orang isi minyak ada apa apa ker.akak pon ikut beratur isi sama, Cuma nk tahu ada apa sampai ramai cam ni. Aku pon beritahu pada akak tu, akak harga minyak nk naik 20 sen tgh malam ni, jadi sebab tulah ramai orang berebut rebut nk mengisi minyak.. Pastu aku tgk muka akak tu dia terkejut dan siap berkata kata banyak naik tu dik naik 20 sen…aku Cuma diam aja  tanpa berrkata kata dan memahami kenapa akak tu berkata demikian...


Keadaan di stesen minyak, masy allah. Ada yang ngamuk, sambil aku memerhati keadaan sekeliling, dan semalam aku lihat rata rata pengguna mengisi minyak kereta mereka dengan melimpah limpah. Sungguh ketara sekali  dan kesannya kenaikan harga pada rakyat seluruh Malaysia, berebut rebut mereke mahu mengisi tangki kereta mereka dengan sepenuh penuhnya...

Memang tepat harga minyak seperti diwawarkan oleh media massa, radio radio tepat pukul 12 tgh malam harga minyak dah naik dari rm1.90 kepada rm2.10 Ron 95. Maka bermulalah aktiviti berjimat cermat oleh setiap lapisan masyarakat yang hidup di bumi Malaysia…

Saranan aku adalah walupon harga minyak naik membuatkan semua orang terasa keasannya maka berbelanjalah dengan bijak rancang ekonomi bersama sama utamakan yang perlu didahulukn yang dikemudian kemudiankan.Tu ajalah yang yang dapat aku katakan kerana aku pon terasa juga dengan kenaikan tersebut, apa apa pun kita kena akur keputusan kerajaan kerana mereka sedaya upaya mahukan rakyat Malaysia punyai kehidupan yang lebih baik...

Sebut pasal minyak , aku baru nk pasang niat. Aku rasa kalau dah cukup masa dah tiba seru teringin pulak aku mahu membeli PROTON INSPIRA 1.8. siap angan angan nk convert kepada MITSHUBISIHI lagi. Tapi denagn kenaikan harga minyak ni buat rancangan aku stop sekejap dan mesti berpikir panjang lebar sebelum aku membeli apa- apa kenderaan. Biarlah buat masa sekarang aku setia dengan kereta kesayangan ku Proton Wira. Kereta terbaik aku, kemana saja  aku mahu pergi tetap sampai. Thanks my WIRA.Niat aku aku mahu ada dua kereta, satu kereta wira aku  yang akan bawak ku kemana saja aku mahu pergi dan bakal PROTON INSPIRA 1.8 kalau jadilah akan ku gunakan untuk perjalanan yang jauh jauh saja. Tapi seperti yang aku katakan kita manusia hanya merancnag. Kalau ada rezeki adalah merasalah aku membeli PROTON INSPIRA 1.8…









Dan allah yang akan memakbulkan….AMINNN… walau bagaimanapun aku berbangga denagan setiap rezeki yang diberikan kepadaku oleh nya, kalau ada rezeki lebih kepadaku Alhamdulillah……

Last but not least aku harap pada rakan rakan yang mengenali aku, rancanglah perbelanjaan betul betul dan jangan panic dalam apa jua situasi. In Sya Allah berkat doa kita pasti allah mudah kan setiap perkara, kerana itu lah yang aku dgr rata rata m anusia berkata kata sedemikian…Jangan mengamuk ngamuk, kerana pagi ni aku dapati dalam facebook rata rata sedang meluahkan perasaan mengenai isu ini aku h arap mereka akan  relax dan buat perancnagan kehidupan yang lebih mantap lagi untuk menempuhi cabaran dan dugaan dalam hidup ini…..


No comments: