Wednesday 11 September 2013

Biar Sajalah


Salam semuanya, ary ni aku rasa aku nk coretkan sesuatu agar diri ni tenang dan aku rasa apa bila aku mencoretkan sesuatu aku akan rasa lebih tenang tak adalah rasa cam orang bisu jer yang duduk mendiamkan diri, kerana kita manusia kita perlu berbicara bukan mengunci mulut ni, apa bila kita bercakap maka akan kuranglah stress dan kepala serta pikiran kita akan rasa lebih tenang...

Aku tak tahu bagaimana nk mulakan, apa lagi mengenai rakan ku itu, baru baru ni berlaku lagi pertengkaran kecil pada aku aku bersikap profesional. Biarlah aku dah tak mau pikir, aku dah berusaha nk pulihkan persahabatan aku dan dia tapi nampaknya dah berakhir aku pon dah give up dan berserah saja, bukan aku tk mau berbaik baik tapi aku sedang cuba perlahan lahan, tapi apa yang berlaku makin ketara jadinya.Sehingga siap menegurku dia tak akan memaafkan diriku atas apa yang berlaku,apa yang berlaku dan aku sendiri pon tak tahu kenapa dia cakap cam tu, tak apalah sekiranya tk mahu maafkan aku, aku nk buat macam mana, pada aku aku dah maafkan mereka mereka semua, andaikata kalau dia tak mahu maafkan aku tak apa itu antara dia dengan pencipta...





Untuk pengetahuan semua rakan sekerja ku bercuti selama sebulan. Aku tak ada masalah sekiranya dia nk cuti sebulan ker setahun ker. Pada aku biarlah mungkin dia mahu mencari ketenangan diri dia, aku harap semoga dia temui apa yang dicarinya selama sebulan ni. Dalam hati aku ni kesian pon ada  ke atas apa yang dia lalui bukan sebab dia minta simpati ker apa ker, anggap saja tanggungjawab sebagai kawan tak lebey dari itu...Korang semua mestilah aku caring dah jadi partner aku dah duduk sebelah aku mestilah aku hormat dan hargai....Tak gitu...tapi tak tau lah kalau sebilangan orang tk buat cam tu tu hak dan masing masingnyer cara dan adab..

Sebelum kawan aku bercuti, ada berlaku sedikit pertengkaran antara aku dan dia dan aku malas nk panjang panjang kan pertengkaran tersebut, biarlah dia nk cakap apa dia cakaplah, kita semua sedia maklum orang perempuan kalau dah bertengkar baik kita diam kan diri aja kalau kita bertekak sama confirm tak akan habis...Mesti korang nk tahu kan apa yang berlaku, aku terus terang di sini, di sini aku tk berniat untuk memburukkan sesiapa mahupun pembaca atau orang yang terlibat, macam aku cakap sebelum ni blog ini sajalah yang aku ada untuk mencurahkan segala galanya dan tak adalah aku berdiam diri dari pukul lapan hingga pukul lima.Kalau korang baca berulang kali dan lihatlah ke arah positif korang akan memahami siapa diriku yang sebenarnya dan janganlah baca dari sudut negatif...

Kawan aku mengatahui mengenai blog ni, dan aku dapati dia betul betul marah. Aku diam diri aja dan aku pon ada jelaskn keadaan yang aku maksudkan, dia tak memahami apa yang aku tulis ni. Dan lagi satu ni blog apa saja kita boleh tulis asalkan tidak menjatuhkan maruah Negara,  blog ni lebih kepada luahan perasaan aku...




Aku sedih juga dengan apa yang berlaku hingga ke pengetahun pihak atasan, mengenai hal ni, aku tahu mesti korang akan cakap punya ek eleh benda ni pon nk kecoh ker, tapi nk buat cam mana setiap manusia punyai pemikiran yang berlainan dan tak akan sama..Bukan aku nk menyalahkan sesiapa, kalau kita cari salah siapa sampai ke bila bilalah tk akan habis ni cerita....




Nanti apa bila dia kembali bekerja aku tk mau berkata apa apa. biarlah dia dengan dunia dia sendiri, kerana aku tak rasa rugi pon kalau dia tk nk menegurku kerana ada rakan aku pernah menegurku secara tk langsung dan aku dapati teguran itu  boleh aku guna pakai, iaitu senyum saja dan jangan tunjukkan yang kita ada masalah, biarlah masa berlalu pergi dan kita lihat sajalah apa yang allah telah rencanakan untuk kita semua..

Aku tahu apa alasannya dia bercuti selama sebulan. Tapi di sini aku tak mahu beritahu sebab ada  benda kita perlu rahsiakan, kerana menghormati.Selama sebulan aku membuat dua kerja, kerja aku dan kerja rakan ku itu, kerana semua orang tahu aku adalah penganti kalau dia tk ada, dan dia adalah penganti aku kalau aku tiada....maksud aku kalau bercuti ker apa ker begitu juga dengan dia..Teruk juga keadaan aku nak menjawab dua telepon, aku hanya mampu bersabar dan layan aja dua dua telepon tu selagi aku boleh layan aku layan kalau tk  boley anggap saja aku dah gantung diri....

Di sini aku terangkan berulang kali mengatakan bahawa aku tidak punyai sebarang masalah dengan sesiapa apa pown. Peperangan aku dah lama berakhir sekarang aku mencari keharmonian dalam kehidupan, aku yang dulu bukan lah yang sekarang...Hanya beberapa kawan rapat dan adeq aku mengetahui siapa aku satu ketika dulu. Tapi macam aku cakapkan benda dah berlalu biarlah ia berlalu dan lupakan walaupon pahit untuk ku telan tapi apabila kita berjaya maka akan rasa manisnya pula...Setiap sakit pasti akan sembuh...

Aku bukanlah nk cakap yang aku ni baik sangat ker apa ker suci ker apa apa ker. Aku ary ary cerminkan diri ini dan sedar akan kekurangan serta kelebihan diriku.Aku pon manusia mungkin ada dua tiga langkah aku tersilap dan tersalah, kawan kawan nilah yang harus menegurku supaya kita semua akan jadi sempurna dalam kehidupan ini.. Kalau aku salah tolong betulkan, kalau aku betul sokonglah selalu...Bukankah cara ini lagi bagus dan mengembirakan semua orang...





Aku harap benda benda ni akan berlalu pergi dan aku dah tak mahu  terima tekanan dari rakan sekerjaku lagi setelah sebulan berlalu. Aku harap lepas ni aku leh luahkan sesuatu yang lain, tapi kalau aku still terima tekanan demi tekanan dari rakan kerja maka aku akan tulis lagi untuk mengcooldown kan diri aku ni, pada korang memang nampak remeh temeh tapi kalau dah ary ary nk mengadap korang tentu paham kan..

Selama sebulan aku rasa tenang pon ada dan epy pon ada, aku tk cakap kat sini yang aku gembira dia tak ada, bukan niat aku cam tu maksud aku, aku tk nampak muka tension dan muka yang tk puas hati, jangan salah paham, aku pernah suggest pada rakan aku tu kalau tk boleh bekerja sama dengan aku berbuat lah sesuatu maksud aku buat pertukaran ker apa apa ker, mungkin apabila dia di tempat baru dia akan temui keamanan berbanding di sini macam dia juga pernah tegurku aku satu tika dahulu kalau tk boleh kerjasama dengan dia aku buatlah pertukaran....Tapi aku amik langkah inisiatif dan berubah ke arah positif alhamdulillah kini aku dan kembali seperti dulu...Sometimes good guys need a break.....

Pendapat aku mengenai dia, dahulu aku lebih suka dan punyai perasaan yang gembira kerana dapat rakan sekerja yang baru, mestilah bro n sis sama sama nk bekerjasama bukan lone ranjer macam nie, nak bekerja bukan untuk satu tempoh yang singkat tapi tempoh yang lama dan memakan masa bertahun tahun.Tapi dia yang dulu berbanding sekarang adalah manusia yang berlainan. Terus terang aku cakapkan aku lebih sukakan yang dahulu sikap dia havoc, ceria, cool, gila-gila, can be trusted, semua nya best arr, tetapi sekarang semuanyer berlawanan dan aku sudah tidak mengenali dirinya lagi, rakan yang berkerjasama dengan aku, perubahan yang sungguh ketara sekali...Dia pown pernah memberitahu bahawa dia tak akan menjadi dia yang dahulu..Jadi aku hargai dan hormati keputusannya, walau pon aku dah tahu apa akan
terjadi dan kesan kesannya...

SEKADAR RENUNGAN

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa                                                    
terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
yang langsung tidak lucu dan kelihatan
bodoh, dia sebenarnya seorang yang
mempunyai jiwa yang sangat sunyi.....

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia
orang yang kuat bersedih...

3. Apabila dia kurang bercakaptetapi pantas
dalam berbicara, bermakna dia menyimpan
seribu rahsia

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
airmata, dia seorang yang berhati
lembut...

5.  Kalau senang menangis meskipun benda
yang kecil sahaja, dia seorang yang berhati lembut...

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun
perkara sekecil kuman, itu  bermakna dia
perlukan kasih sayang...

Berusahlah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri
bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya di situ.....








No comments: