Monday 30 September 2013

CITER YANG AKU MINAT





Salam kembali, alhamdulillah dan di harap semuanya ok ok saja, Ary ni aku nk menceritakan sesuatu, iaitu tentang karton kegemaran yang aku paling minat. Aku rasa baik korang korang pun ikut sama menonton cerita kartun ni. Bagi aku kartun ni paling best dan kekadang aku terpikir gak kenapa  malaysia tk leh nk wat kartun animasi macam ni yer. Jalan ceritanya terlalu simple tapi penangan ceritanya memang pukul habis arr buat aku terkejar kejar setiap ahad.

Pada sapa yang tk pernah menonton, di sini aku bagi sikit info, citer ni ditayangkan setiap ary ahad pukul 10.30pagi hingga pukul 11.00 pagi di tv 7. Sebenarnya ada dua cerita kartun yang aku minat pada ary sabtu citer INAZUMA ELEVEN masa dan waktu yang sama cuma berbeza ary, yang ni ary sabtu manakala FAIRY TAIL ary ahad.



TOKOH TOKOH FAIRY TAIL

NATSU & GRAY FULLBUSTER

Dalam paling banyak watak yang ditayangkan inilah yang menjadi kegemaran aku iaitu NATSU. Pada aku dia memang kuat. Orang mengelarnya NATSU DRAGNEEL mempunyai Kuasa Naga Api....Dia mempunyai sifat sembrononya dan selalu bertengkar dengan rakan rakan fairy tail yang lain. Antara rakan baiknya GRAY FULLBUSTER dengan kuasa Ais dan ERZA SCARLET. Dari dahulu lagi Gray memang suka mencari pasal dengan Natsu walaupon semua orang tahu kesudahanya adalah teruk sekali, manakala hubungan Natsu dengan Erza Scarlet pula, Natsu sering menentang Erza untuk beradu kekuatan dengannya kerana dengan cara macam ni Natsu dapat membuktikan berapa kuatnya dia, itulah Natsu suka mencari pasal sehingga membawa kepada peperangan, tapi walau macam mana mereka berperang antara satu sama yang lain akhirnya mereka tetap bersatu untuk mengatasi apa apa halangan dari puak sihir yang jahat kiranya diaorang diaorang ni dari puak sihir yang baik arr...



ERZA SCARLET

Erza adalah seorang perempuan yang sangat kuat dan memiliki baju zirah (BAJU SAKTI) yang berbeza beza dan senjata tempur yang paling kuat di Fairy Tail, Erza juga boleh dikategorikan sebagai Penyihir Kelas S (S-Class) ranking paling tinggi.



Pada sapa sapa yang belum melihat citer kartun ni, aku sarankan startlah melihat dan mulalah kejar episod episod yang korang tertinggal tu, tapi sayang nya citer karton ni berepisod, aku terpikir gak setiap yang mula pasti ada akhiranya, apabila tiba akhiranya sudah pasti citer kartun ni pon akan tamat sudah tentu aku akan teringat punyalah, bukanlah nk cakap aku ni budak budak ker apa ker. Adakala aku percaya kita kena jadi kebudak budakan agar kesedihan dapat berkurangan dalam diri kita semua, maksud aku mencari keceriaan itu yang penting.

Apa yang aku dapati kalau korang perasan kebanyakkan watak watak kartun semua tidak beremosi, daripada layan drama drama yang sedey sedey tu dan akhirnya buat jiwa kita semua kacau buat apa. Lebih baik kita menonton sebuah cerita yang boleh membuat kita terpegun apy jer kesudahannya, kalau korang perasan kartun kartun yang dimainkan di kaca tv gaduh macam mana sekali pon diaorang diaorang tu akhirnya semua baik baik seoalah olah tak ada apa apa yang berlaku..Sama lah jugak macam Fairy Tail ni, kalau korang tengok diaorang antara satu sama yang lain kalau dah berlawan hancur semuanya tapi dalam beberapa saat boleh pula pergi kedai lepak minum bersama sama, tido satu umah bersama sama take care each other dan berganding bahu bersama sama sekiranya malapetaka melanda.

Kekadang apa bila kita melihat sesuatu rancangan terutama kartun, bukan semua kartun tu merapu ada diantara cerita yang di pamerkan kita boleh amik iktibar dan ada cerita yang yang tonton hanya sekadar suka suka dan ada cerita yang kita tk leh amik iktibar...Walau bagaimana pun ini cuma pandangan aku, dan kita manusia punya persepsi yang berlainan...

Nasihat aku kepada pembaca cubalah menonton cerita kartun yang aku sarankan ini, aku yakin kalau korang tengok berkali kali sure korang semua pon pasti terhibur...Oklah sampai di sini dahulu nukilan aku sehingga kita bertemu lagi di nukilan akan datang........




No comments: