Monday 30 September 2013

Mari Kita Renungkan

Aku Ingin Menjadi Seorang HambaNya Yang Bersyukur


Cuba lihat sekeliling anda, berapa jenis kategori kawan yanganda miliki. Walaupun mereka tergolong di dalam kategori yang  berbeza, tapi masing masing mempunyai ciri-ciri yang menawan. Bila anda memerlukan 

pertolongan mereka, tak kita kawan anda tergolong dalam kategori mana, mereka tetap menghulurkan bantuan. Di sini ada beberapa kenis kategori kawan yang kita perlukan atau kita dapati...Setiap satunya dan mengapa supaya kita boleh menilai mereka mereka ini dengan lebih dekat lagi dan agar kita ketahui kawan jenis apakah yang berada di samping kita.

1) KAWAN YANG MENDENGAR

Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili kita salah atau tidak, mereka tidak akan menyampuk luahan hati kita dan tidak akan memberi nasihat sehingga kita meminta, Kita patut tahu memiliki kawan jenis ini sebagai tempat untuk kita meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan macam ni juga sangar bagus menyimpan rahsia...

2) KAWAN YANG JUJUR

Kawan  jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang kita dengar. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biabad. Kawan jenis ini yang akan memberithau kita sekiranya teman lelaki/ teman perempuan kita curang atau sekiranya baju yang kita pakai tidak sesuai  dengan penampilan diri kita. Namun selepas dia mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk kita kembali atau meminjmkan baju yang sesuai untuk penampilan diri kita....

3) KAWAN PENGEMAR FESYEN
Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Guess. Maka, anda patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya anda ingin berbelanja besar untuk satu-satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa yang tinggi dan rasa fesyen yang sempurna. Namun perkara yang paling menarik, anda mempunyai akses penuh kepada almari beliau. Hebat bukan?

4)KAWAN YANG CERGAS
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau yoga studio yang baru dibuka berdekatan dengan rumah anda patut dicuba atau tidak? Tanya saja si cergas. Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia masakan rendah kalori yang lazat dan enak. Ingin berjoging tapi tiada yang teman? Ajak saja mereka ini, mereka sangat berbesar hati menemankan anda bersenam di taman.

5)KAWAN DIVA

Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada musuh. Yang pastinya hanya suka berlagak diva dan tahu semua perkara.

6)KAWAN YANG LASAK
Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang boleh menolong anda. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharap.

7)KAWAN YANG AMBIL BERAT

Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.


Sekarang lihat pada diri anda sendiri, jenis kawan bagaimanakah anda dan berapa jenis golongan kawan yang anda ada. Namun, kawan yang bersikap jujur dan baik hati tetap disukai ramai!.

SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA

Menjadi pendengar yang baik adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi yang berkesan. Cuba perhatikan kehidupan seharian anda. Cuba perhatikan mereka disekeliling anda. Anda akan dapati jumlah mereka yang benar-benar menjadi pendengar yang baik adalah terlalu sedikit. Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan pendengar yang baik. Kerana tidak menjadi pendengar yang baik, maka anak-anak anda bermasalah. Faktor ini juga penyebab keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Anda juga mungkin tidak begitu disenangi oleh mereka disekeliling anda hanya kerana faktor yang sama.

Terdapat dua sebab utama kenapa anda mesti mengetahui rahsia untuk menjadi pendengar yang baik. Pertamanya anda mempelajari apa yang anda tidak ketahui hanya setelah anda sanggup mendengar. Kedua, manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik.

"I don't sit on top of a mountain and get these visions of what we ought
to do, I have to find out from other people. I have to do a lot of listening".
- Richard C. Buetow -
Director of Quality, Motorola Inc.

Mereka yang telah berjaya seperti Buetow juga mengambil langkah untuk menjadi pendengar yang baik bagi membentuk matlamat syarikatnya. Dia tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar yang baik.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi pendengar yang baik:
1. Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
2. Berikan perhatian sepenuhnya.
3. Berikan 'eye-contact'. Lihat tepat kedalam anak matanya.
4. Anggukkan kepala sebagai tanda gerakbalas anda.
5. Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya.... ya.. aha".
6. Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
7. Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.
8. Elakkan dari mengkritik.
9. Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
10. Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat.
11. Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.







Anda perlu mempraktikkan kaedah yang diberi di atas setiap hari sehingga ia mula menjadi tabiat baru anda. Perhatikan bagaimana mereka disekeling anda mula mengutamakan anda. Anak-anak mula mahu meluahkan perasaan dan berbincang. Suami atau isteri mula mahu lebih berinteraksi. Rakan-rakan mula menjadikan anda teman karibnya. Orang baw
ahan anda mula menghormati anda sebagai ketua. Begitulah berkuasanya bila anda mahu menjadi pendengar yang baik.



No comments: