Thursday 3 October 2013

IKHLAS ITU ISTIMEWA BUATKU HADIAH UNTUKMU





Ary ni aku nak menjelaskan maksud keikhlasan. Aku lebih mengambarkan ikhlas itu adalah seperti ini Ikhlas Itu Istimewa Buatku Hadiah Untukmu. Sebab aku percaya ramai orang mungkin punyai pendapat dan pemahaman yang berbeza pada sesiapa yang tk tahu marilah kita renung renungkan, manalah tahu sedikit sebanyak boleh menjadi panduan dalam kehidupan seharian kita..

Aku banyak juga berpikir sejauh mana kita memahami maksud sebenar sebenar ikhlas. Walaupun nampak simple jer tapi belum tentu kita punyai kesempurnaan dalam mencari keikhlasan di dalam kehidupan seharian kita, dan bagaimana kita mahu menempuhi serta gabungan keikhlasan di dalam diri kita ini.

Ikhlas merupakan sesuatu yang amat penting di dalam diri kita dalam melakukan segala aktiviti seharian kerana ia merupakan syarat diterimanya amalan kita  yang berlandaskan  sunnah Rasullullah SAW dan Allah juga senantiasa memerintahkan kita untuk selalu ikhlas dalam beramal. Ini kerana ikhlas kerana Allah adalah syarat diterimanya amalan kita. Selain itu ikhlas adalah parameter keberhasilan setiap langkah amal, bukti kecintaan , bukti kualiti diri seorang hamba dihadapan penciptanya. Jika kita melakukan suatu amalan, walaupun berdarjat amalan soleh, apabila ia tidak dilakukan dengan penuh keikhlasan, maka kita tidak akan mendapat balasan pahala dari Allah S.W.T.....



Kita semua sudah mengetahui , menjadi lumrah seorang manusia yang sentiasa menjadi sasaran iblis untuk disesatkan . Namun Jika segala amal yang dilakukan dengan penuh keikhlasan mampu menyelamatkan setiap manusia dari tipu daya  iblis laknatullah, seperti firman Allah yang bermaksud,

“(Iblis) menjawab, “Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka (manusia) semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (orang yang ikhlas) di antara mereka”.
(Surah Sod:82-83)
Namun, ternyata jalan menuju keikhlasan tidaklah semudah yang di sangkakan, kerana terdapat sangat banyak rintangan dan cabaran dalam menempuhi keikhlasan tersebut. Sesunguhnya amat banyak tipu muslihat yang boleh menggelincirkan setiap kita dari  beramal ikhlas, dari mulai  takjub pada kelebihan diri sendiri 'RIYA' dan segala penyakit hati sehingga sampai ke tahap menyombongkan diri dengan sang pencipta kita....Na'uzubillahi min zalik.....

"Tuhanmu telah meletakkan sifat kasih sayang pada diriNya, (iaitu) barang siapa berbuat kejahatan di antara kamu kerana kebodohan, kemudian di bertaubat setalah itu dan memperbaiki diri, maka Dia Maha Pengampum, Maha Penyayang".

(Surah al-An'am:54)

Untuk mendapatkan keikhlasan sejati, pertamanya harus memahami mengapa keikhlasan itu penting, ia harus memiliki keinginan untuk mendapatkan tingkat keikhlasan tersebut, Hal ini kerana siapa pun yang gagal memahami keikhlasan, ia seterusnya kan mencari kekuatan dan kekuasaan dengan hal hal yang bersifat ke duniawian..Seharusnya seseorang yang selalu melakukan sesuatu dengan keikhlasan, dia bukan hanya akan berjaya menikmati kedamaian di dunia ini sahaja, malah mendapatkan balasan yang besar di akhirat.Ini adalah kerana orang yang demikian tidak bergantung pada harta duniawi, kekuasaan, pemilikan kekayaan dan kehormatan sosial semata-mata. Di sini ada cara lain untuk memiliki serta mengekalkan keikhlasan dalam diri kita

  1. Menumbuhkan rasa takut kepada Allah
  2. Tidak takut kepada sesiapa pun kecuali Allah
  3. Berjuang sekuat-kuatnya demi keredhaan Allah
  4. Mengharapkan balasan hanya dari allah
  5. Memahami bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara
  6. Memikirkan kematian dan hari pembalasan
Sekadar Renungan

CASE 1
Mengapa kita dilahirkan sewaktu baby lagi kedua dua tangan kita menggengam erat, dan apabila kita mati kedua dua belah tangan kita terbuka??

CASE 2
Di dalam sebuah tempat kerja, punyai empat  pekerja pekerja yang ke empat hanya wish pulang kepada tiga orang sahaja, bagaimana perasaan orang yang ke empat itu pula??


CASE 3
Apabila waktu makan atau berbuat sesuatu ada diantara rakan yang kita tidak ajak bersama turut serta??

CASE 4
Bagaimana ada pula manusia yang berlakon suci sedangkan di belakang menikam secara diam diam, berselindungkan wajah yang hodoh tu di sebalik tudung yang suci??


CASE 5
Kenapa Allah senantiasa memberi dugaan seperti pertengkaran di dalam setiap perhubungan antaranya Suami n Isteri, Boss n Pekerja, Sahabat n Sahabat, Rakan n Kerja, dan macam macam lagi??

Akhir kata aku harap apa yang aku sampaikan ini kita semua dapat berpikir dan dijadikan iktibar. Aku harap kita semua dapat lah membuat setiap perkara dengan seikhlas ikhlas mungkin, dan yang pentinng kita semua orang islam dan kita lebih memahami baik buruk sesuatu perkara serta ganjaran dan hukuman yang kita dapat ke atas setiap tindakan kita.


Kepada lelaki jadilah seperti seorang kalifah kepada orang perempuan jadilah diri anda sehebat tudung yang melitupi wajah anda, jangan lah kita mencermarkan diri kita dengan perkara perkara yang tidak disenangi di sisi alllah. Lebih lebih lagi sesama islam masing masing adalah saudara jangan menghancurkan ikatan persuadaraan sesama islam.











1 comment:

  1. 5 Ways to watch online football - YouTube - Videoodl.cc
    How many channels can you watch online football? — You can watch online football youtube to mp3 320 with up to 4 channels, so it doesn't have to be overwhelming. It does. But

    ReplyDelete