Tuesday 29 October 2013

Sukarkan Keadaan





Salam bertemu kita kembali hendaknya, terutama sekali pada yang memberi perangsang kepada aku melalui blog ini, iaitu adeq aku, Doktor yang sering menjadi personal assistant aku (PPUM) dan tak dilupakan pada rakan rakan aku yang bagi support pada aku tanpa jemu. Walaupon mereka  tak tahu apa yang berlaku sebenarnya cuma beranggapan seperti tahu apa yang aku lalui. Aku cuma boleh mengucapkan terima kasih kerana berbuat demikian, aku hargai jasa jasa korang semua.. Mestilah aku bersyukur sangat sangat dengan apa yang Allah s.w.t kurniakan pada aku. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...

Di sini aku nk mencoretkan apa yang berlaku kepada diri ku sejak dua menjak ini. Pada pendapat aku tahun 2013 bukan lah satu tahun untuk aku beraksi dengan jayanya. Ianya satu tahun yang penuh liku liku dan cabaran yang perlu aku tempuhi sendiri walaupun aku banyak tempuhi macam macam dugaan dan cabaran yang hebat hebat daripada rakan terdekat sehingga lah rakan rakan yang jauh, dan tambahan pula ada rakan yang tk mahu menganggap aku sebahgian daripada mereka..tersentap dan remuk juga hati aku bila terkenangkan perkara perkara sedemikian. Seperti biasa dan seperti selalu aku hanya mampu tersenyum sendiri dan bersabar tetap bersabar walaupon payah untuk aku tempuhi tapi nk wat macam mana, hanya mampu berdoa agar mereka mereka berubah dan berdoa supaya aku perolehi hidayah dari Allah s.w.t..

Di sini aku harap korang semua jangan salah paham bukan aku nk salah kan tahun ker bulan ker, tapi sudah tersedia maklum setiap tahun, bulan atau ari atau mingu berbeza terhadap setiap manusia dan aku percaya, tahun, bulan , ary dan minggu ada ceritanyer tersendiri




Inilah yang aku mahu sampaikan pada apa yang aku lalui, sungguh kejam apa bila aku memikirikan kembali. Sudah tentu dan tk lain tk bukan perangai di tempat kerja aku sekarang ni, untuk mengganaskan lagi aku meyifatkan sudah wujud dua puak, aku tak tahu lah nk tergolong dari puak mana. Kalau di negara barat dah jadi Syiah dan Sunni..lebih kurang macam tu lah ejaan nya.

Apa yang aku nk sampaikan di sini ialah, di opis aku ni aku dapat saksikan macam macam perkara sehingga kekadang aku sendiri ingin membantu tapi tak tahu nk mulakan macam mana. Sama ada melawan arus atau pun ikut saja arusnyer seperti rakan rakan aku yang pernah menasihati aku satu tika dulu jangan melawan arus..

Untuk pengetahuan semua ada lah seorang pekerja di sini, aku meyifatkan pekerja yang memerlukan pertolongan, kita manusia akan tempuhi macam macam ragam n masalah, kekadang aku percaya setiap yang berlaku tu punyai asebab asebab yang tersendiri. Berbalik pada citer topik yang asal.

Sebenarnya aku sendiri pon tak tahu nak mulakan macam mana. Dah hampir jadi ngan ketam kompius lak. eh macam super spontan lah pulak, tak best arr asyik nk serius memanjang.

Kat opis ni aja aku dah terima dua memo tunjuk sebab. Al hamdulillah kedua dua memo tersebut aku settle satu persatu, aku sendiri pon tak tahu menahu akan hal tersebut, kerana  aku tk mahu melawan arus, dan dahulu apabila aku melawan arus dua tahun kena pulau. Sakit dan terseksa diri ni hanya Allah saja yang tahu namun aku tetap bersabar dan bersabar. Kes yang terbaru agak serius jugaklah sebab melibatkan aku secara tak langsung, padahal aku tak tahu apa apa pun hujung dan pangkalnyer hanya bertindak mengikut arahan seorang senior, seorang yang aku pikir arif dan orang yang berpengalaman dalam hal hal pentadbiran, last last bila kena baru lah aku tahu apa yang sebenarnya terjadi..

Pada aku rakan aku tu salah memang lah salah, tapi aku percaya ada kala manusia harus diberi peluang untuk bertaubat dan sapalah kita yg hendak menghukum sesama manusia, di mana perjanjian sewaktu kita lahir dahulu kita adalah hamba kepada Allah bukan hamba kepada sesama manusia...

Apa yang aku perhatikan bila sesuatu masalah menimpa pada rakan kita, maksud aku rakan rakan yang lain, aku dapati mereka hanya melihat tanpa mahu berbuat apa apa. Sedangkan pada amatan aku mereka semua adalah kawan baik, makan bersama, tolong menolong bersama sama, cover mengcover antara satu sama yang lain, tapi bila sudah tidak ada pemahaman bila sudah tidak sekepala berlainan sungguh reaksi mereka antara satu sama yang lain. Sungguh ketara aku melihat mereka. Aku bukanlah nk menyebelahi sesiapa atau punyai niat apa apa, macam aku ungkapkan tadi. walaupun dia kawan kita dia buat kesilapan kita nielah yang harus membinbing dia bukan menghukum dan bercakap macam macam tentangnya. Di mana tanggungjawab selama mengenali antara satu sama yang lain.

Maksud aku, kita manusia seringkali tersilap langkah dan adakalanya kita lakukan beberapa perkara bodoh dalam kehidupan kita. Begitulah juga salah seorang daripada pekerja di sini, manusia tak akan lakukan sesuatu perkara kalau tidak berada dalam keadaan terdesak dan aku percaya walau sebesar mana pun kesilapan kita tiada kata kata  yang indah selain ucapan MINTA MAAF...kata kata ni cukup azimat kalau orang yang berada dalam keadaan mengamuk macam harimau pon tapi kalau kita hamble kita ucapkan minta maaf kita akui kesilapan kita api yang panas pon leh menjadi air yang sesejuk salju...Pada orang yg tidak tinggalkan solat, merendah diri menyedari betapa kecilnya diri kita pada Allah mereka nilah yang akan nampak apa yang berlaku pada umat islam zaman kini..aku yakin umat islam akan menjadi umat yang terkuat satu hari nanti......

Maaf kalau apa yang aku coretkan ini, aku sedih kerana sesama islam pon tk bersatu macam mana. aku tak hairan kalau India ker Cina ker apa apa ker yang buat cam gini aku tak hairan kerana allah sudah menjanjikan kepada mereka kesenangan di dunia dan diakhirat belum tentu, berbanding umat islam cucu cicit Nabi adam, berperang sesama sendiri, membunuh sesama sendiri....Macam mana agakanya pengakhirannya.

Dalam hidup ni kita tak tahu nasib kita nanti macm mana. Sedangkan yang sudah berkawan lama pon leh jadi macam ni. Bila aku kenangkan kembali waktu aku di sektor swasta tak pernah pun aku jumpa benda benda sebegini. Semuanya best berpandangan jauh dan tak pernah pon kita orang bermusuhan atau tak bertegur sapa atau apa apa lah yang boleh merosakkan ukhuwah atau nama organisasi tempat kita orang bekerja. Kita orang bekerja dalam satu pasukan dan kalau seoarang ada masalah semua orang akan datang memberi sokongan, cukup tahun kita konvoi beramai ramai mengenali keluarga antara satu sama yang lain..Rindu betul aku saat saat macam tu. Agaknya bila lah kat tempat keje ni akan berlaku situasi macam tu....Agak agaknya akan berlaku tak kat tempat keje aku sekarang atau hanya berlaku dalam mimpi aja.......




AKU BUKANLAH SASTERAWAN NEGARA, AKU HANYA MANUSIA BIASA, YANG MENULIS UNTUK LUAHAN RASA JIWA DAN HATI INI.....

Aku harap dan aku berdoa agar rezeki ku bertambah dari hari ke hari, dan nampaknya sampai di sini sajalah coretan aku untuk kali.. In Sya Allah satu hari nanti aku akan punyai kehidupan yang lebih selesa, ekonomi yang lebih kukuh......AMINNN......
















1 comment:

  1. Keadaan macam ni mmg bnyk berlaku dmn2 tmpt kerja zarul... cuma tu semua terpulang dari kita sendiri. Sekiranya kita tengok perkara tu salah kita betulkan. Tegur dgn niat ikhlas..jika diam seperti kita menyokong perkara yg salah. Selebihnya adalah urusan mereka dgn tuhan. Yang penting kita telah tunaikan kewajipan kita selaku sesama manusia dan seagama. Niat disertakan Usaha dan selebihnya Tawakkal...

    ReplyDelete