Friday 25 September 2015

Tak Tahu Apa Nak Dicakapkan



Photo: Ayokk tak tahuu ! Semua da mogok σΎ°‘

As salam, di sini aku ingin menceritakan apa yang berlaku di tempat kerja aku. Seperti mana yang aku telah postkan di atas, sungguh sedey jugak aku membacanya gara gara kesilapan yang kecil terjadi perkara yang besar macam ni...

Untuk pengetahuan semua tempat kerja aku menganjurkan satu team building di Pahang, Taman negara. Sebut saja Taman Negara mesti semua orang excited punya, almaklumlah kenindahan Taman tersebut memang memukau jiwa arr, cun habis tempat ni tambahan pula ngan air terjun, serta sungai sungai yang tak pernah tercemar. Kalau sapa  yang bercamp disini atau membuat apa apa aktiviti di sini korang tahu lah bagaimana keindahan kawasan tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata kata...Kalau bahasa Inggeris tempat ni dinamakan THE NATIONAL PARK...Teringat pula aku cerita yang pernah aku tonton kat televisyen satu tika dulu...NATIONAL PARK RANGER..Cuma dinegara luar tempat ini dikawal dengan ranger berkuda di negara aku biasa biasa aja...Itulah kelebihan Taman Negara Malaysia...In Sya Allah aku akan menganjurkan satu team building bersama rakan rakan aku di luar ke Taman Negara Pahang untuk aku menghayati semula keindahan kawasan tersebut bersama rakan rakan yang turut serta






Berbalik semula pada cerita yang aku maksud kan di atas..Team Building yang berbulan di rancang tidak menjadi gara gara kesilapan teknikal oleh pusat pentadbiran. Kemungkinan dari segi perancangan mungkin mengalami masalah masalah yang tidak dapat dielakkan. Pada aku sesiapa saja boleh melakukan kesilapan dan kita memang ditakdirkan untuk membuat silap kerana itu telah membuktikan kita semua adalah manusia tidak terlepas dari lakukan kesilapan.. Sedey memang sedey kerana ramai kawan kawan aku yang terlibat bertungkus lumus dari mula hingga akhir untuk menjayakan kursus tersebut akhirnya dibatalkan oleh sebab sebab tertentu..

Ekoran dari pembatalan team building tersebut ramai kakitangan atau pekerja yang marah dan ada yang mempersoalkan tindakan management. Aku pon turut bersimpati kerana rata rata kawan aku sudah bersiap sedia untuk menyertai kursus tersebut termasuklah persiapan persiapan yang mereka lakukan, akhirnya pada mereka sia sia saja kerana aku percaya setiap benda melibatkan kos.Tahu tahu sajalah apabila melibatkan kos susah untuk kita mahu berbicara. Tapi kalau kita lihat dari sudut positive kecewa memanglah tapi mungkin ada hikmah nyer yang tersurat dan tersirat. Pada aku senang saja project that failed and project that success.. Aku percaya pentadbiran di sini pon terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh pengarah di sini dan dalam diam diam sudah pasti  pentadbiran akan membuat satu lagi kursus team building untuk menebus semula kegagalan dari kursus yang tidak berjaya tu...Jadi tak wajarlah apabila kita mempersoalkan kepada management kerana kita pon tergolong dalam pentadbiran tersebut. Aku yakin pentadbiran pon akan ada langkah langkah lain untuk dilakukan pada masa akan datang..

Maka kita dapat melihat beberapa komen komen yang rata rata kebanyakkan daripada staff di sini merungut. Aku paham bayangkan bila kita dah bersiap siap akhirnya tak jadi confirm leh hangin seluruh badan. Silap silap pressure dalam badan  pon meletop,itu baru di tempat kerja balik rumah confirm kena bahan ye ye je siap. Normal lah sebagai manusia mesti akan berpikiran sebegitu..Setelah dua tiga ary barulah kemarahan akan reda..Nak sebut mengenai kemarahan atau sikap manusia aku rasa aku kan coretkan sikit ilmu yang aku dapat dari Doktor Profesor Madya UKM....Cara pemikiran kumpulan pekerja. Secara tak langsung aku dihantar kursus oleh Western Digital tempat kerja lama aku untuk memahami kehendak dan keperluan serta cara berfikir setiap golongan tersebut...

  1. GOLONGAN PEKERJA BAWAHAN
  2. GOLONGAN PEKERJA PERTENGAHAN
  3. GOLONGAN PEKERJA ATASAN

Apabila sesuatu kursus dibatalkan maka akan terdapat big impact terhadap persedia yang telah dilakukan oleh rakan rakan aku. Bukan mudah nak atasinya satu persatu, tambahan pula melibatkan pihak pihak luar. Alhamdulillah boss aku telah menagani setiap masalah yang berbangkit ekoran daripada pembatalan tersebut sehingga ke hari ni aku masih tertanya tanya macam mana boss aku lakukan setiap rintangan dan cabaran yang dialami kesan daripada pembatalan kursus tersebut, aku bagi hint contohnya nak maklumkan tempat kursus tu bahawa tk jadi hadiri, kedua nak memaklumkan pengurusan bas luar, ketiga nak memaklumkan setiap pekerja bahawa kursus tersebut dibatalkan kerana ada yang sudah bercuti and then imej pentadbiran turut terlibat juga.. Sehingga ke ary ni aku masih bertanya pada boss aku yang dahulunya kini sudah bertukar macam mana dia handle benda ni, look very easy but extremely dangerous..









No comments: