Tuesday 15 January 2019

KEGAGALAN SEBUAH PERJUANGAN


As Salam bertemu kita kembali.sudah agak lama saya tidak menulis apa apa di dalam blog ni.Tapi alhamdulillah walaupon agak lama tidak menulis tapi ianya tetap dalam ingatan..Sebelum saya mencoretkan sesuatu saya mendoakan gar pembaca pembaca rakan rakan sahabat sahabat dan kepada yang mengenali diri ini agar senantiasa berada di dalam keadaan sehat sehat hendaknya dan dimurahkan rezeki olehnya....AMIN


Related image


Sebelum saya meneruskan izinkan saya menulis sedikit kata kata pembukaan untuk kali ni agar semua memahami apa yang berlaku..Untuk pengetahuan semua ianya adalah mengenai sebuah perjuangan.Saya dan rakan rakan yang dipercayai cuba wujudkan sebuah kesatuan..iaitu kesatuan Pegawai Khidmat Pelanggan.

Pada awal mulanya pertubuhan ini semuanya berjalan lancar dan kecundang pada pengakhirannya..saya redho dan terima sajalah keadaan yang berlaku.yang pasti saya sudah mencuba dengan rakan rakan untuk mewujudkan sebuah perjawatan pegawai khidmat pelanggan ke arah yang lebih berprestij

Biarlah saya menceritakan sebuah kegagalan yang berlaku...di dalam hidup saya saya tidak merancang untuk gagal dan ternyata sukar untuk saya nak terima akan keadaan seperti ini...alhamdulillah setelah sekian lama saya sudah boleh menerima keadaan yang berlaku dan saya gembira kerana ekoran daripada peristiwa itu saya dan rakan rakan dapat mengenali semua pegawai khidmat pelanggan  sikap sikap mereka dan cara pemikiran mereka..

sudah semestinya ianya adalah kerana sikap..sikap tak nak berjaya dan tak boleh nak lihat orang berjaya..puas saya turun ke sana sini..ke setiap negeri buat penerasngan kepada pegawai khidmat pelanggan akan tetapi jawapan yang di ajukan adalah siapa yang suruh wujudkan kesatuan..siapa yang memilih tuan tiuan dan puan puan..puas saya dan rakan rakan yang okey menjawab setiap satu persoalan dengan tabah..daripada keadaan tenang hingga tegang ler..

Negeri yang pegawai khidmat pelanggan nyer complicated..PERAK, SELANGOR, JOHOR. Pengalaman yang saya tidak boleh lupakan apabila berhdapan dengan wakil pegawai khidmat pelanggan negeri PERAK.orang nya nampak comel comel akan tetapi tak tahu bagaimana nak terangkan waktu perjumpaan itu berjalan...dah lama nama pon mesyuarat..diaorg yang hadir ni siap rakam apa yang kitaorg perkatakan di dalam mesyuarat tersebut..

Terdapat juga wakil wakil pegawai khidmat pelanggan yang terbaik...saya tabik spring pada mereka mereka..Antaranya wakil pegawai khidmat Pelanggan dari negeri KELANTAN dan PAHANG...diaorg ni terbaik dan tahu apa yang diperlukan oleh perjawatan mereka..tapi sayangnya untuk wujudkan kesatuan pegawai khidmat pelanggan perlukan sokongan yang begitu padu dari setiap ahli untuk wujudkan kesatuan tersebut..tapi malangnya akibat tidak bersatu dan berebut jawatan di dalam kesatuan yang bakal ditubuhkan kelak maka hancur sebuah kesatuan hancur sebuah harapan..walau puas saya cuba satu kan dalam erti kata yang lain aku cuba repair .aku cuba dengan rakan rakan aku yang sporting.cuba selamatkan keadaan daripada parah dan terus hancur

banyak manfaat seiranya pegawai khidmat pelanggan punyai kesatuan..tapi apakan daya.tak mampu nak tubuhkan...malah soalan soalan annoying yuan yang kerap ditanya..kita org tak nak aku yang jadi president kesatuan..Masya Allah tak pernah ku menduga aku punyai niat seperti ini...dan aku terkejut ngapa mereka yang tidak menyokong kesatuan boleh berkata kata sebegitu..sedangkan beratus kali aku mengatakan aku tak mahu jawatan apa apa pon di dalam kesatuan yang bakal ditubuhkan itu..Niat aku ketika itu adalah bantu mereka mereka ni dapatkan satu kesatuan dan pilihlah orang yang layak utk memimpin akan kesatuan tersebut..

aku akui cara aku serius,cara bekerja aku amat jauh sekali.mungkin ni kerana aku pernah bekerja dengan cina india orang putih n jepun..aku tak suka kerja yang tangguh tangguh, orang orang yang tak reti punctual masa kedatangan..orang yang buat keje sambil lewa..orang yang tidak amanah terhadap tugas tugas yang diberikan

Di dalam wassap setiap perkara mengenai aku hangat macam pisang goreng BRO n SIS..ada rakan yang pernah berkata keadaan aku seperti SINGA YANG TERCEDERA..ada rakan pegawai khidmat pelanggan yang MENCABAR aku untuk bersemuka dengan aku..citer pasal kesatuan..BRO n SIS aku hairan aku yang tidak kenal mengenal dengan mereka  mereka mencabar aku...paling tidaknya  aku cuba membuat sesuatu dari pada diaorang asyik mempersoalkan tanpa ada apa apa tindakan untuk majukan perjawatan pegawai khidmat pelanggan..

Tambahan pula perkara aku sedey teramat sekali.Perubahan sikap dan diri oleh setiausaha aku sendiri..Setiausaha aku sendiri yang akulantik..Aku letak kepercayaan aku pada setiausaha aku itu tetapi  akhirnya kepercayaan aku itu dibalas dengan kekecewaan....Terus sehingga sekarang langsung tidak bertegur sapa.Malahan setiap dokumen yang ada pada beliau terus dia simpan untuk tatapan dan simpanan dia sendiri puas aku cuba dapatkan dokumen tu untuk serahkan pada orang lain yang sanggup meneruskan perjuangan untuk wujudkan kesatuan pegawai khidmat pelanggan..Ini lah antara setiausaha aku yang aku percaya boleh dikatakn semua bab atau semua saat saat akhir berubah sikap

Waktu kitaorang berjumpa dengan President Cuepacs ada rakan yang aku sendiri percaya menasihati aku supaya aku jangan bersuara..Dah dilantik orang lain untuk memulakan perbincangan...Aku tak kisah apa diaorg nk cakap.aku cuma tak nak biuat sesuatu kerja yang rugi...Aku terkilan dengan sikap mereka..sampai hati BRO n SIS mereka sound aku cam tu...mujur masih ada kawan kawan yang hadir memberi aku semangat.yerlah bro n sis bukan nak touching tapi agak agak ler aku punya punya hati..Hati aku ni tak lah kental sangat..hati aku ni bertimbang rasa..mudah mengasihani pada orang lain..Tetapi akhirnya waktu perbincangan itu aku terpaksa juga bersuara dah masing masing senyap.Macam aku katakan aku kalau nampak peluang aku terus rebut tak tangguh tangguh punya
Aku jenis mengejar peluang aku tak tunggu peluang itu datang..Aku ada prinsip prinsip aku sendiri di dalam perjuangan.

Sakit hati tak dapat nak digambarkan tapi apakan daya kehendak takdir..WALAUPON AKU TAK PERNAH GAGAL DENGAN APA AKU USAHAKAN..Aku temui kegagalan di dalam penubuhan kesatuan pegawai khidmat pelanggan yang tak tertubuh akhirnya..

Aku harap satu hari nanti mereka mereka itu sedar betapa pentingnya untuk wujudkan kesatuan pada perjawatan mereka itu.walaupon aku percaya apabila mereka sedar maybe sudah terlewat atau terlambat pada mereka untuk memprestijkan perjawatan mereka itu...Mungkin memerlukan seseorang yang lebih power dan dapat membuka minda pegawai khidmat pelanggan agar mereka dapat berfikir...

In Sya Allah aku menunggu orang tersebut...maybe aku lagi sekali ker...maybe ada orang lain yang akan muncul...maybe ada dari orang yang tengah baca apa yang aku coretkan..Manalah tahu..sebab kita tak dapat nk meramalkan apa akan berlaku keesokkan harinya...Where Is He? or Where Is She?

Dan aku bersyukur setelah pengalaman yang aku tempuh ini aku dapat mengenali siapa sebenar pegawai khidmat Pelanggan..Wahai pegawai Khidmat Pelanggan Berubah lah dan Berbuat sesuatu untuk majukan perjawatan. tatkala ini semua jawatan berebut rebut untuk majukan jawatan diaorang termasuk tuntutan tuntutan yang mereka sedang usahakan dan gred gred yang lebih tinggi untuk mereka dapat dan juga kebajikan terhadap perjawatan perjawatan mereka...

Tapi Pegawai Khidmat Pelanggan hanya melihat saja dari jauh..tanpa mengusahkan supaya ianya jadi  sebuah realiti..............








No comments: