Wednesday 16 January 2019

OWH VAPE



Image result for VAPE




As salam pada pembaca pembaca blogku dan rakan rakan yang terutama kaki VAPE dengan slogan yang sering korang laung laungkan tu boleh dikatakan sering kali aku dengar antaranya VAPE ON ALWAYS BROTHERS....perghhhh terbaik korang nyer slogan.....Dan yang paling aku bangga adalah pengedar dan pengusaha VAPE adalah dari anak anak melayu...Terbaik aku salute korang GUYS n SIS...Orang cina pon tak berani nak tempuhi pasaran VAPE ni.....

Ary nu aku nak cerita sikit pasal sejarah VAPE....Aku percaya ramai antara kita tak tahu dan kalau ada yang dah tahu tu...duk diam diam jer yer SIS n BRO layan kan aja..Alright...ON

Straight to the point..Sejarah VAPE..Aku percaya yang hisap VAPE tu bukan semua tahu asal usul VAPE ni..Apa lagi kita roll dan sama sama kita ketahui asal usul  vape ni..Tak guna hisap vape sealam berpuluh tahun akan tetapi sejarah VAPE tak tahu..Apa Apa VAPE ON..Lepas ni kalau ada yang tanya jangan wat muka innocent leh citer VAPE HISTORY ni..Dan yang paling aku nak beritahu SMOKING KILLSSSSSSSSS 

Vape mula dicipta dan di perkenalkan pada tahun 1963 oleh Herbet A.Gilbet.Sayangnya ketika itu ia tidak dikomersialkan dan kemudian ianya lenyap pada tahun 1967..Damm dah begitu hampir dah tetali kecundang sekejap...

Rokok VAPE yang ada sekarang dicipta oleh orang CINA di CHINA.Seorang legend kemunculan VAPE yang diberi nama HON LIK..Pada tahun 2003 dengan menukar nikotin dalam bentuk wap yang dilarutkan dalam cecair propylene glycol..Kemudian wap nikotin inilah yang disedut masuk ke dalam paru paru seterusnya ke aliran darah..Tujuan penciptaan ini adalah untuk memberikan dos nikotin kepada perokok supaya tidak perlu menyedut asap rokok yang lebih banyak bahan kimianya

HON LIK ni mencipta vape atau rokok elektronik setelah ayah dia meninggal akibat kanser paru paru sebab heavy smoker ayah dia Bro n Sis..Jadi beliau amik inisiatif untuk mencipta vape bagi membantu golongan perokok berhenti merokok dan boleh kurangkan risiko kematian....

Sedikit Details mengenai fungsi nyer VAPE tu....Rokok elektronik terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu BATERI,ATOMIZER dan PENYEDUT..Secara ringkasnya Bateri memebekalkan tenaga elektrik kepada atomizer dan punya satu coil antara atomizer tersebut.maka tenaga arus elektrik tu akan panaskan coil yang ada pada atomizer tu dan cecair E-Liquid menjadi wap..Pengguna akan menydut wap ini melalui penyedut..

pada hari ni sudah terdapat pelbagai model yang boleh didapati di pasaran dan ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu elektronik n mekanikal..Model elektronik mengandungi cip elektronik yang dapat mengawal kuasa elektrik yang dibekalkan kepada atomizer.manakala model mekanikal pula tidak mengandungi sebarang kawalan namum ianya lebih digemari dan mudah dikendalikan kerana sifatnya yang sukar rosak.....

Macam tulah kisah vape dan sedikit sejarah Vape..Tapi aku respect sapa yang hisap vape ni berbanding yang hisap rokok tu..Sapa yang hisap ni aku percaya diaorang ni wangi aja..sapa yang hisap rokok ni sudah pasti berbau busuk dan macam macam lagi..silap ary bulan kalau cioum orang rumah pon boleh pengsan..begitulah pandangan murni aku pada VAPE and ROKOK. 


Image result for flavour vape


No comments: